Lebih 70 filem pada 2012 tetapi hanya 18 yang ditonton. Lambakan filem gangster yang melanda negara kita, hanya 3 yang menarik perhatian sebelum menonton karya itu sepenuhnya iaitu; Jiwa Taiko, Kepong Gangster dan Budak Pailang. Pandangan peribadi PF, fenomena tahun ini dimana produser lama dan baru berebut-rebut untuk menerbitkan filem rupanya bukan suatu yang baik jika dilihat dengan lebih mendalam hasil produk yang ditayangkan.
Jika anda mengikuti blog ini, mungkin dapat membaca serba sedikit ciri-ciri filem yang menepati kriteria yang dicari. Salah satunya, tidak suka filem yang bertema/plot sama diulang-ulang. Tidak menyalahi mana-mana undang-undang pun tetapi biarlah ianya lebih kreatif dan mengolah supaya kelihatan tidak terlalu stereotype. Walau apa pun, semuanya ditangan karyawan dan kita biarlah bijak memilih supaya tidak dikatakan menyokong perfileman kita dengan membabi buta. Tapi dalam memilih-milih tu pun terkena juga. Disenaraikan filem terbaik (Jan - Dis) menurut kacamata PF.
[Judul] [Pengarah] [Rating]
10. TIADA
9. TIADA
Lain-lain filem :
Kepong Gangster
Budak Pailang
Tahun lepas yang lebih baik : 10 Filem Terbaik Tempatan 2011
1 comment:
bunohan terbaik!
Post a Comment