3 Sept 2012

29 Februari : Cinta Agung Versi Amir Hafizi & Edry Pula



Genre : Drama
Arahan : Edry Abd Halim
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Remi Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : - 
Rating : 2.5/5

Mulanya PF rasa malas nak komen pasal filem yang mencatat sejarah filem 3D pertama Malaysia ini, hingga nak letak tagline kat judul entry pun buntu. Bila baca review-review lain rasa macam terpanggil pulak. Ada yang kata ini bukan filem cinta, tetapi bagi PF itulah yang menjadi tunjang filem ini. Kalau hari itu PF menonton kisah cinta agung versi Pierre Andre, kali ini 29 Februari membawa skala yang lebih besar. Ditulis oleh Amir Hafizi (Hikayat Merong Mahawangsa) dan Edry. Kali ni PF nak komen berdasarkan point-point saja. (Spoiler di sana-sini)

> Apa yang best : 

Footage asal seakan dapat memberi suasana sebenar peristiwa kemerdekaan dan suasana/bangunan/kenderaan pada ketika itu. Walau bagaimanapun, nampak perbezaan yang nyata ketika babak di dalam stadium di mana perbezaan cara pemakaian penonton dahulu dan 'sekarang'. Secara umumnya, busana 29 Februari diberi kepujian. Busana dan solekan Budi semasa hidup dia tak tentu arah di Pulau Pinang memang cool. 

Tema seorang lelaki yang disumpah lambat tua itu jarang dibawa dalam filem kita. 

Soundtrack lagu yang sedap terutama ketika akhir filem ini yang dibuat secara koir atau orkestra membangkitkan rasa kesedihan penonton : judul lagu Jagalah Diri semasa babak Budi berjalan menongkah arus semasa hari kemerdekaan. Ini mengingatkan PF kepada lagu Sedetik Lebih tetapi malangnya lagu Sedetik Lebih tidak dibuat begini di dalam Merong Mahawangsa. 

Keseluruhan cerita yang meminjam latarbelakang semasa penjajahan British dan Jepun amat menarik dan memberi suasana baru dalam filem-filem Malaysia. Selalunya, tema perjuangan (Paloh, Bukit Kepong, Left. Adnan etc) adalah subjek utama tetapi 29 Februari hanya meminjam tema tersebut. 

Lakonan : Debut Jojo Goh dalam perfileman Melayu amat memberangsangkan tetapi tidak 'adiknya' yang terlalu mengawal lakonan. Gandingan Izzue Islam dan Remy Ishak juga menjadi sangat. 

PF suka bila kamera tunjuk shot muka-muka orang Cina di majlis pertunangan Lily dan Alex etc. Budi seakan dilempar jauh dari mereka.

Perpaduan kaum. 

> Yang tak best : 

Sekali lagi plot cinta dihalang oleh orang tua walaun pun ini cerita zaman dahulu. 

PF enjoy jugalah filem ini sehinggalah apabila tiba tahun 2012, rasa itu hilang. 

Umur Budi panjang dari tahun 1896 sehingga 2012 = 116 tahun tetapi hidupnya hanya mengejar cinta (ada la sikit-sikit menjaga kebajikan rumah anak-anak yatim etc tapi hanya melepaskan batok ditangga). Amat bagus jika tema pendidikan ke atau apa-apalah diangkat bukan cinta dihalang oleh ibu bapa yang sudah 10 juta kali kita hadap selama ini. Bukan maksud PF Budi jadi guru, mungkin Budi cuba mewujudkan sekolah ke, bantuan sekolah ke, kemasyarakatan ke.. itu team KRU kena fikirlah. Agaknya team produksi tunduk dengan kemahuan penonton kot! Kata Wartawan ini, dia mengkategorikan filem ini sebagai "biografi fantasi" tapi sayang bagi PF fantasi yang tak kemana. Cinta dan cinta, tema universal katanya... Ya, memang tak salah! Nak buat camna itu hak merekakan. 

Adakah muka orang kena kanser (Lily tua) sebegitu? Nampak plastik dan keras? Perasaan natural dan kesedihan Lily tak dapat dibeza. Mungkin jika ditunjuk muka asal pelakon veteran ini tanpa solekan khas pun ok. Sebenarnya, wajah Benjamin Button pun macam ini jugak. Jangan kata PF nak hentam filem melayu saja. 

Apabila orang sakit dan nazak menyanyi, menimbulkan rasa lucu. PF tak dapat buat pertimbangan di sini tetapi macam ada sesuatu yang tak kena. Teman PF yang menonton ketawa terbahak-bahak (sambil menutup mulut dengan kedua belah tangan) menyaksikan Lily yang sakit menyanyi dan ketika katil beroda Budi dan Lily bertembung. Ada satu babak yang PF kira semua penonton akan kaget selepas Budi terima panggilan (berita sedih) dari Arif kemudian terus menyanyi tiba-tiba, spoil habis mood tu. Bagilah masa Budi berjalan di perarakan kemerdekaan barulah nyanyi ke.. 

Kata atau dialog yang mungkin tidak digunakan pada zaman itu yang dilafazkan oleh Razak semasa penjaga rumah kanak-kanak i.e perempuan tua itu memanggil Budi. Razak berkata "Sapa nak diharapkan (merdeka). Kau? Memang tak la" yang sering kita dengar sekarang dengan intonasi yang khas. 

Setakat ini saja yang boleh difikir. Jika hendak review yang lebih mendalam, bacalah blog-blog lain yang lebih intelektual dan paham bahasa filem. Pada PF, KRU ada banyak kelebihan iaitu kos, CGI dan muzik yang dicipta sendiri tetapi ianya tetap stuck disatu peringkat. Jika korang setuju pernyataan ini mungkin dapat rasa apa yang kurang itu. Ramai yang membandingkan 29 Februari dengan Magika. Rata-rata mendakwa 29 Februari lebih bagus dari Magika yang menang Filem Terbaik FFM tahun bila entah tu. Maknanya, filem Malaysia dah maju. Betullah tu! 

*Teringin juga tonton dalam 3D tapi pada masa itu tiada tayangan 3D.

2 comments:

MG Hanan said...

bERbaloi ke tengok ni? takut menyesal pula kalau tengok.

PerangFilem said...

Tengok sajalah sebagai hiburan.