26 Mar 2015

Penunggu JENGKA


Arahan : Ramdan Che Hassan & Nyon Othman
Genre : Seram
Tahun : 2015
Rating : 2.5/5


Ulasan mengandungi spoiler.

Fuuh lama tak menulis. Ulasan untuk filem tempatan pun semakin tak kedengaran mungkin sebab setakat tahun ini tiada filem yang menarik untuk dikongsi. Nampak gayanya, filem tempatan khususnya flem berbahasa Melayu boleh kata semakin merudum. Trailer Jengka sedikit sebanyak menggamit naluri daripada kebosanan deretan filem yang menunggu tayangan.

Filem ini mengambil konsep found footage yang diselang seli dengan lakonan semula seperti konsep Villa Nabila tetapi tidaklah mempunyai ciri-ciri docu dalam Villa Nabila. Pengarah baru Ramdan dan Nyon sebagai protege Aziz M. Osman tidak lepas dari mengikut trend filem seram terkini yang melanda Malaysia ketika ini. Filem ini bermula dengan Nini yang sarat mengandung ingin melahirkan anak dikampungnya di Jengka. Bersuamikan Basir (Riezman), Nini memberi peluang kedua kepadanya setelah curang dan berjanji untuk tidak lagi merosakkan rumahtangga mereka. Setiba di kampung, apa yang membahagiakan kini menjadi kucar-kacir apabila Nini meroyan lari ke dalam ladang kelapa sawit dan diganggu apa yang di panggil Penunggu Jengka.

Filem yang bermula dengan pengakuan Raja Azri mengatakan pihak Ace Motion menerima satu kamera yang mengandungi entiti dan kemudian melakonkan semula apa yang terjadi di ladang kelapa sawit. Ianya sangat simple dan mengajak penonton percaya apa yang berada di dalam kamera adalah sesuatu yang benar-benar-berlaku, tetapi terdapat beberapa babak 'kejadian benar' yang dipaparkan juga boleh dianggap berlakon sekaligus kurang kepercayaan terhadap bukti yang diterima itu. Satu faktor bagi PF adalah, kejadian asal itu juga dilakonkan oleh pelakon tv yang boleh dikenali, terutama Basir in real life. Mungkin, pada orang lain ianya bukanlah undang-undang yang perlu dipatuhi dan kemudian dihukum jika tidak menggunakan orang biasa. 'Keaslian' yang boleh dipuji adalah babak-babak hantu dan suasana seram di ladang kelapa sawit. Sebenarnya, situasi itu dah lama PF angankan jika kononnya nak buat filem seram iaitu suasana angker dalam hutan yang sedikit lapang. 

Apabila cuba melakonkan semula, karakterpun jika boleh kena sama paling tidak pun hampir sama. Lebih-lebih lagi, pada skrin yang dibahagi dua dan memberi peluang penonton membuat perbandingan depan mata. (Eh, ini bukan filem biografi semua nak kena sama! rupa fizikal, perangai dan cara bercakap). Ini jelas dengan melihat watak lakonan semula Abang Long (Raja Azri) yang ternyata jauh lebih serius dari watak asal yang agak lurus dan membawa gelak penonton tanpa disedari pengarah mungkin. Tak tahulah pada orang lain jika ianya perkara kecil, pada PF umpama tengok di FB gambar comel, muka flawless apa semua, tapi di luar, muka berjerawat dan selekeh dari digambarkan. Bercakap pasal filem hantu mesti ada orang agama, Ok tak kisahlah tu jika Jengka pun panggil ustaz, cuma rupa bentuk ustaz tak perlulah nampak cliche sangat dengan berjubah dan masuk ke ladang malam-malam. Walaupun begitu, ustaz 'sebenar' berjubah putih, manakala ustaz 'palsu' berwarna gelap memberi makna kontra. 

Sentuh berkenaan cerita pula, cakap-cakap orang tentang 'kekerasan' tempat ladang pula tidak diceritakan dengan mendalam paling tidak pun perlulah ada 1 babak berdialog tentangnya, seingat PF hanya kawan Abang Long saja yang ada sebut 2-3 perkataan tentang hal ini semasa shoot kamera. Sedangkan Abang Long yang telah tinggal lama berhampiran ladang tidak tahu menahu sehinggalah kejadian mengutip bola golf. Yang ini agak pelik sedikitlah. 
Adakah penunggu di situ memang mengidamkan dan 'memanggil' ibu mengandung demi dapatkan bayi? Atau keangkerannya di situ baru saja nak bermula? Penggunaan CGI bagi penampakan penunggu adalah lebih baik jika diminimumkan, kerana kadangkala ianya nampak seperti ..... apatah lagi dengan opening sequence di mana penunggu mencelah ditepi skrin sekaligus adalah spoiler awal Jengka.

Oh ya, terdapat 2 babak seram semasa di rumah Nini di kota sebelum pulang ke Jengka, tidak tahu apakah tujuannya. Nak kata ikut balik kampung, tiada continuity pula. Walau bagaimanapun, bagi pengarah baru yang cuba mengikuti trend semasa, Jengka boleh dikatakan percubaan yang baik. Halalkan sajalah ketawa-ketawa penonton dibalik seram itu. Rasanya lebih baik jika ianya dibikin bukan style begini (realiti dan lakonan semula). 2cents*


59 comments:

Anonymous said...

Da tgok.. actually nampak boring sgt.. jalan cerita pn slow.. oh ye.. footage tu rasenye bkn y sbnar pn sbb lelaki sebenar name basir tu pelakon yang tk bape dikenali..

Anonymous said...

Saya dah tengok.. watak abang long dlam cerita sebenar agak lawak.. hehe.. yg saya xfhm..ada satu scene sbenar waktu abanglong tu bce ayt kursi lps nampak org macam nini.. tp sbenarnya penunggu.. knpa bnda tu xlari lps baca ayat kursi? Ke sbb dia baca xbetul?

Anonymous said...

Kena tipu sia2..cis!!

Unknown said...

Maksod nye, babak y konon2 nye sebnar tu belakon semata2 ??

PerangFilem said...

@ridz amir, ya lah hahaha

Anonymous said...

Abg long pun trkinjal2 nk tukar night vision mode kat handy cam..but penunggu tuu sng2 je tukar masa nk dekat ending tuu.. So agak musykil di situ..sounds fake to me and illogical too..

Anonymous said...

Aku baru nak tengok cerita ni. Cari yg free online. Tapi takdek. Dapat tgk "disebalik tabir" je dkt internet. Lepas tengok di sebalik tabir aku pun nampak gaya macam lakonan adik beradik je video "rakaman asal" tu. Sampai lah aku terjumpa blog ni. Rupanya ramai jgk yg sependapat dengan aku...

Anonymous said...

cite ni nmpak sngat fake lah .. rakaman asal tu pon banyak fake . aku rase rakaman asal tu pon dorang yang cipta sendiri . tngok penunggu tu , dah macam zombie dalam resident evil pon ade . pape pon .. boleh lah .

Unknown said...

and paling penting takkan la family dorang boleh dedahkan wajah sebenar dan cara kematian suami si nini tu..tak logik kalau family dorang setuju dedah kan..hmmm btway cerita ni aku tgk dgn keadaan mengantuk..sound effect je yg over πŸ˜‚

Anonymous said...

Orang Jengka cer komen sikit..

Anonymous said...

Tu lh..abang long snang2 je kencing...habis lenjun.. Hahahahahaha

Aiman said...

Dlam rakaman sebanar ade sounds effect pastu cam Tak rasa suasana malam xde dngar bnyi jekrik or Pape lah..cam xlogik la org ktkan

Unknown said...

Cerita mmg terbaik... kalau nak rasa join paranormal... anda sendiri pun xkan percaya..

Unknown said...

Footage yang kononnya ori tu "hancur" bila nini yg Dlm footage ori tu Cun melecun tapi abang dia si along tu jongos. "nampak sgt nipunya" kata usop wilcha

Unknown said...

Hahahaha..ni bukan penunggu jengka ni, ni 'Alien Jengka' ni.

Anonymous said...

Hahaha propa ja lebih, konon real scene. Tak make sense lah. Hantu dia nmpk beno nipunye. Nora bg 3/10

Anonymous said...

ade.. tajuk: BANGUNAN arahan:khir rahman

Unknown said...

Hantu mcm zombi je.. ada ka hantu mcmtu ? Haha πŸ˜‚πŸ˜‚

:..: hanifactionery :..: said...

scene y last skali sape y pegg kamera?
anyway, nmpak real cite ni .. xboring wlupun cite sejam stengah.. lakonan y bgus.. agak seram.. bole bg 7/10 sebb last scene xsharp sgt..

Unknown said...

Yang aku musykil sbb setiap masa pegang kamera. Takkan dalam kekalutan mcm tu sempat lagi nak merakam? 😰

PerangFilem said...

Maaf Adriana, soalan begini tak patut ditanya kerana filem konsep found footage memang macam tu. Kalut macam mana pun yg penting kena rakam, penting utk siar di pawagam. hehe

Kanari said...

Rasanya hantu yang berlakon tu, bukan hantu sebenar,tetapi mereka ambil pelakon daripada filem Lord Of The Rings si "Golumn" , kah...kah..kah... kurang menakutkan filem jengka, macam bahan lawak pula mereka kenakan orang...

Car Wash said...

Rasanya pelakon hantu yang mereka buat tu sama betul bentuknya daripada filem Lord Of The Rings... mungkin Golumn terlepas kat malaysia kut?? XD

Unknown said...

Nama pun filem..br nak kreatif wat klainan org da kondem...filem luaq muhong p la cm na pun angpa tetap tgk kata best 5 star gak...

PerangFilem said...

@Ros Rosnah, semua filem pun cuba jadi kreatif termasuk filem bodoh.

Unknown said...

Btw, citer ni tetap menarik dan seram berbanding filem seram murahan keluaran MiG..perjalanan cerita yang tak membosankan juga..

Ratings : 4/5 @ 7.5/10 :)

Qalam Syabab96 said...

Cerita ni memang best. 9/10. Cuma xpaham sape yg pegang kamera last scene

Unknown said...

Best jgk citer..trasa la jgk seramnya 2..6☆

Alieff Hakimiee said...

cerita ni memng real....kita kalo baca ayat alquran tpi xtau ap maksud..xjdi..hntu xlari...so baclh quran

Anonymous said...

Bangunan mmg the best dlm byk2 genre begini

Unknown said...

Berukk...kemain dpt kemera rakaman asal pemilik tuan tpi kantoi dol basir tu pelakon jilake..puiiii nk publisiti murahan

Unknown said...

Kalau perhatikan masa scene akhir mase kamera tu gerak sendiri masuk ladang sawit tu kita akan perasan ad bayang² lelaki yg sedang bawa kamera tu

Unknown said...

Nama aqish tu... Puteri salbalqish lokman. Nama kakak dia marlini lokman. Puteri lily lokman, aka wife aziz m osman...????? Nini tu xmacam wife aziz m osman pun... Hehehehhe...

Anonymous said...

kalau awal2 kita tgk sesuatu filem untk mencari kekurangan filem tu, mmg akan jmpa bnyk yg kurang. tp kalau tgk filem untk 'enjoy the film' hahaha mmg xde masalah lah. suasana konflik dlm filem ni prkara biasa dlm kehidupan masyarakat kita...cuma penonton seeloknya ambil pengajaran drpd filem ni tntg bnyk perkara. hehehe mana tau kan, xsyok tgk kat filem nt rasa pengalaman sndiri baru faham kan?! mmglah kejadian sebenar xsama seperti yg diceritakan sbb ketakutan sebenarnya bergantung kpd individu. well... Jengka ada kelebihan trsendiri...

RatuSeram said...

Setuju dengan komen Anonymous 21/04/2016, 09:33.
Saya peminat filem seram, x kisah lah keluaran negara mana..
yang bagus saya puji dan ingat, yang tak best saya takkan search pun kat gugel. Saya tengok dalam kena kondem, ramai pulak yg bg perhatian kat filem ni smpi "rajin" mengomen kat sini.

Walaupun konsep found footage tu dah bnyk pengarah yg apply, tapi "cara" pengarah Jengka olah dan "menggunakan" found footage kekonon tu untuk upkan rasa real keseraman dan penceritaan dalam filem Jengka ni, bagi saya adalah kreatif dan sesuatu yang baru. Percubaan yang boleh dipuji.Takpe lah mereka guna pelakon sedia ada pun utk "found footage" tu, sebab come on laa semua...u all tgk filem takkan u all expect CERITA itu REAL. Nak real sangat, doakan lah semoga terserempak dan alami betul2...terbukak hijab sampai puas, hehe.Dah namanya cerita/movie, tahap expectation tu biarlah logic sikit. Korang tgk Avengers sambil expect dan percaya mmg dunia ni dipertahankan oleh dorang2 dalam costume tu kah?

Suami sado saya yang tak minat filem seram pun boleh stay up hadap filem Jengka ni dgn saya smpi kul 3 pagi tak berganjak dari depan TV tau(aritu baru tayang kat Astro). Dia sendiri menggumam2 keseraman..Cuba ingat balik babak bila "Nini" yg ditemui tu tetiba membengkok ke belakang...wahhhh tergamam abis, real betul. Belum lagi babak cuba menenangkan rasukan Nini kat rumahnya tu..footage tu real betul.

Pelik saya kenapa yang ada elemen2 agak bagus camni tak glamer, filem seram yg terang2 khurafat dan bodoh lg tak logik langsung tu gah seantero Malaysia pulak. So well apa yg saya boleh ckp, budaya filem kat sesuatu negara tu mmg banyak lerr mencerminkan penonton2nya...cemana gaya filem yg diangkat2 dan dibanggakan, gitulah penonton2 yang menyokongnya..Sekian.

Anonymous said...

Haha.... betul tu ... setuju dengan ratuseram tu

Jangan tengok pada kekurangan cerita tu.. tgk pada kebaikan cerita tu.

Jangan cari kesalahan orang lain. Fikirkan positive lahh.. haha.
Sokong filem malaysia... haha

Unknown said...

Baru tgk malam tadi kat astro. Yg best nye baru tau Ade cerita ni. Hahahaha nmpk nau 2015 x amik tau pasal movie.. Tapi OK LA serious takut bab dia jumpa adk dia kat ladang pastu Ustaz ckp bukan Adik dia hahaajaa serammm. Tapi potong bile suami balik dia ckp eh tu dol basir tu. Alamak ingatkan betul semua DLM video sebenar tu. Rupanye x. Huh hilang seram ;)

Anonymous said...

So...video sebenarnya adakah yg sebenar2nya? Sbb basir "real" tu pon pelakon gak. Agak konpius nih. Tp seram law tgk sorang2. Sy ajak kucing temankan.

Cik Putih said...

Kalo dol basir tu mmg dia yg punya real kisah. Tntu dia skrg dah arwah kan..sy pun trtanya2 ..hihi... tapi xde pulak brita ttg Dol Basir dah meninggal... ada ssiapa yg tahu ke... tp mcmna pun sy suka keseramannya.. blh dtrima..brbnding filem Seram dr MIG yg mrapu..yg hantunya budget klakar... lagi tak masuk akal.. dah muak bila slalu sgt buat watak hantu mcm tu .. ermmmmm.....

Unknown said...

Masalah nya pulak tak di sebut jangka berapa..? Yg pelik lagi... Hantu boleh bawa lari video cam... Klu Btul ini rakaman sebenar... Siapa sbnar pembunuh itu..? Mungkin pembunuhan ini telah di rancang...sbb nya knapa mereka tak mencari suami nya nini.. Bagi saya suspek pertama bekas pakwe nini sbb dia tak puas hati nini berkahwin dgn basir.. Yg bWa video cam mungkin pembantu ustaz tadi..bnyk part yg meragukan dlm jln cerita ini...
1. Hantu
2. Bekas pakwe nini
3. Dimana penduduk kg
4. Kenapa basir di biar kn dlm hutan sawit Smpai esok hari...
Apa pun jgn pandang belakang....

Anonymous said...

Sume karut lg mengarut...
Filem ni xlogik bebeno..
Org kg mane org kg...x tlg crik ke nmpak beno selfish disitu...wakaakakakakak

Anonymous said...

Sume lari balek dok bwah slimot kot...haha

Unknown said...

Saya setujuu... hantu mana menganas mcm tuu..

Unknown said...

Dah nama pon berlakon.. baruahhh

Unknown said...

Hantu tu ape...

Unknown said...

Kikikikiki...

Unknown said...

Penunggu tu kau kata mcm zombie...kau da tgk penunggu yg sebenar ke mcm mana rupanya ??

faizal said...

Masa buka pintu nampak tangan tak last scene. Haram xnampak. Lepas tu rakam golumn makan si basir tu. Jadah apa. Kamera golumn bawa kot.lagi satu masa golumn lawan dgn golumn. Troop Golumn org donate lawan dgn troop golumn. Coc. Kalau cerita coc ckp je cerita coc. Senang. Penipu agak2 la. Xpon golumn baik lawan golumn jahat.

faizal said...

Perlakon asal. lakonan semula. Semua perlakon. Video sebenar dan video lakonan semula dua2 diaorg berlakon. Idea yg kreatif. Bagus. Cuma bg nampak real sikit. Baru mat saleh kena tipu dgn melayu. Kalau x diaorg gelak mcm tu je.

faizal said...

Cerita sebenar lakonan. Cerita semula lakonan. Tapi mat saleh akan percaya. Bila lagi nak tipu mat saleh. Depa je dok untung. Bg plak filem melayu untung. Mat saleh dok tipu. Kita kena tipu jugak. Depa siap pakai alat frekuansi je cari hantu. Jadah apa semua tu. Aku pakai radio dgn tv ja cari hantu kalau hgpa nak tau la. Mai rumah aku tunjuk.

Anonymous said...

Org melayu kalau bab komen, terbaikkkk !! Mcm penah buat filem dan menang award. Cibai ja perangai.

Masing2 tnjuk gud gud jaa. Kerja sendiri pown terbengkalai, sibuk nak komen keja org. Mcm ni laa rakyat malaysia. Msing2 acah bgus

sakinah. said...

Tu bukan hantu. Tu macam beast, monster. Apa yang aku tahu kat negara lain panggil dia windigo.

sakinah. said...

Betul ke suami nini tu mati betul betul?

sakinah. said...

Tapi aku dengar je

Mariana said...

Tentang keheranan blogger yg kejadian misteri berlaku di rumah Nini/Basir di bandar tak relevan dengan kejadian misteri di kampung. Jinn ada di mana-mana. Its separate cos we came to understand that Nini lemah semangat and she is prone to disturbances bila dlm keadaan begini. Lagipula, dia bunting anak sulung so 'darah manis'as we come to learn in old midwives tale. But, the thing abt tis movie that puzzles me is mana semua org kampong..kenduri seme datang but in their time of need seme balik tido ke? Tak amik tau so kalau org kampung semua bergotong royong dengan lampu suluh perhaps they could have speed up the process of rounding up mother and lunatic adulterous husband while ustaz does his part in the spiritual sense of teleportation to save the child. And, it seems as though only the ustaz yg use our holy verses to guide his way through and save the situation. Yg lain macam hardly thought or recited anything other than wanting to flee cos something was not right in the air..And, the scary bit is that evil kind of wins the day cos they ravaged and had a feeding frenzy off Basir yg mencabar puaka kat situ and from that act alone, he was forever doomed even ustaz pun could not get him out of it. But, be all this as it may..this is one of the most brilliant Malaysian horror film i have ever seen in my life and i enjoyed every minute of it. Kalau dapat award pun memang deserving..Bravo to Tuan Direktor Aziz M Osman

Anonymous said...

main game until dawn ke windigo ni πŸ˜‚πŸ˜‚

Remy German said...

Filem ni memang lakonan dalam lakonan la..maybe review kata dari kisah sebenar tu just nak tarik crowd je..tapi saya tak jugak kata kisah ni 100% kisah dongeng semata-mata..So kalau nak remake filem dari kisah lagenda ni of course la ada je tokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita..But kisah makhluk yang seakan goblin tu memang pernah menggemparkan kampung saya di jengka sewaktu 90an dulu..dan maybe di jengka lain pun ada terjadi kisah makhluk ni..tapi tak ada la sampai ada kes makhluk ni membunuh orang, kejadian yang pernah saya alami sendiri pun hanya membabitkan seekor lembu yang dibunuh..bukan di ladang sawit ataupun hutan, tapi di atas jalan depan rumah..

Anuar said...

yg bestnye yg bwk handy cam x goyang mcm citer higland tower
haha pndi ye...

Unknown said...

Cerita dah seram. Best. Tapi banyak yang tak logiknya berkaitan footage tersebut.

1. Terlalu kerap makhluk halus menampakkan dirinya melalui rakaman (konon2 yg asli punya).

2. Mana ada benda2 macam tu makan orang. Dah macam binatang buas menyerang berkumpulan pula.

3. Kalau betul kisah benar, sudah tentu keluarga lelaki yang mati tu akan ambil tindakan sebab mengaibkan anaknya curang dan mati dalam keadaan tragis.

Mula2 percaya. Tapi bila fikir logik + baca komen2 orang, baru tau rekaan semata-mata untuk menunjukkan cara filem dibuat lain dari yang lain.