8 Oct 2012

Once Upon A Time In Anatolia & Salo : 120 Days of Sodom






Genre : Drama (Turki)
Arahan : Nuri Bilge Ceylan
Pelakon : 
Muhammet Uzuner, Yilmaz Erdogan, Taner Birsel, Ahmet Mumtaz, Firat Tanis etc
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya : Taste Of Cherry
Rating : 3/5


Entah berapa judul filem yang menggunakan frasa "Once Upon A Time...." ni, frasa yang biasa kita dengar bagi permulaan kisah dongeng. Filem yang mengambil masa 2 jam lebih ini yaaa tuhan, amat la perlahan sehingga PF fast foward saja pada bahagian-bahagian tertentu. Begitulah ciri-ciri filem menang awardkan? Kisah polis, pendakwaraya, yang tertuduh dan beberapa orang lagi mencari mangsa pembunuhan yang ditanam di kawasan terpencil di Anatolia. Tertuduh - Kenan mendakwanya dirinya mabuk ketika itu. Filem ini ada part gelap dan ada part cerah. 3/4 pertama filem ini adalah diwaktu malam dan selebihnya siang sehingga PF mengaggap filem ini semuanya adalah malam pada pertengahan cerita. 

Dengan menonton filem ini dengan blue-ray, PF dapat merasakan sinematografi yang menawan terutama di waktu malam dengan satu babak malam angin bertiup dan dedaun berguguran itu dan-lain-lain lagi. Setiap kali polis mencari lokasi tempat mayat ditanam, penonton dibawa dengan kisah-kisah doktor dan pendakwaraya. Mereka Bercerita dengan slow. Begitu juga adegan makan di rumah Mukhtar selepas menyiasat, semasa anak perempuan menghidangkan teh semasa rumah terputus bekalan elektrik, PF terpaksa fast foward, letih la, tetapi jika dilihat adegan ini sangat bermakna. PF mendapati ada 2 persamaan filem ini dengan Taste Of Cherry. Pertama, dari segi teknikal di mana long shot kereta yang melalui sebatang jalan yang berliku (ya kena sabar melihat adegan ini tapi bukan saja-saja pengarah berbuat demikian). Kedua, subjek kematian dan 'penanaman' mayat. Walaupun filem ini mendapat anugerah Grand Prix di Cannes 2011 (tempat kedua), ianya bukan filem PF. Kadang-kadang filem yang menang award menepati citarasa, kadang-kadang sebaliknya, contoh lain The Artist (2011). Pendek kata, semua terpulang kepada citarasa masing-masing. 



Genre : Ganas/Thriller (Itali)
Arahan : Paolo Pasolini
Pelakon : Paolo Bonacelli, Giogo Cataldi, Umberto Paolo, Aldo Valetti, Caterina Bolatta etc

Tahun : 1975
Filem Seumpamanya : -
Rating : 5/5 dalam kategorinya.

-Updated-
PF rasa ramai yang dah tonton filem ini. Walau bagaimanapun, PF baru saja dapat menontonnya setelah 37 tahun ia diterbitkan. Apa yang boleh dikatakan : MASYAALLAAAH! Kenapa ada filem sebegini di dunia? Sebab itu banyak negara yang mengharamkan filem ini. Ia memeranjatkan sinema perfileman sejagat. Apalah sangat dengan Brokeback Mountain dan segala macam filem nude lelaki dan perempuan. Pengarah dan pelakon dalam filem ini semuanya sudah gila terutama watak 4 orang lelaki tu! PF bukan tak pernah menonton filem bertema homo atau ganas-ganas ni, tetapi seks, LBGT, penderaan fizikal dalam Salo : 120 Days of Sodom ini melangkaui peradaban manusia. Malu pun ya apabila mengaku menonton filem ini. Bayangkan pada tahun 1975 pun sebenarnya sudah 'akhir zaman' dengan pemikiran umat yang bergelar karyawan seni. Apatah lagi tahun 2012 ni kan?

Disebabkan perasaan ingin tahu dan sebagai peminat filem, PF gagahkan juga menonton filem yang diletakkan sebagai 65th Most Scariest Film Ever Made oleh Pengkritik Filem Chicago pada tahun 2006 ini. Bayangkan tahi manusia menjadi hidangan dan melihat anus siapa paling cantik! 2 orang wanita lingkungan 40an bercerita tentang pengalaman seks dan didengari oleh 'banduan-banduan' yang ditangkap dan 4 lelaki itu terangsang lalu melepaskan nafsu kinky mereka. 'Adegan garfu' yang dicolek atas lantai tu...aduuh dan banyak lagilah hingga tak sanggup nak ceritakan. Ok, PF banned filem ini dari Festival PF 2012 tapi dari segi rating diberi markah penuh dalam kategorinya dan pertama kali bagi 5 bintang sejak PF berblogging. Berdasarkan bacaan, pengarahnya mati ditembak. Baguslah tu, supaya tak menghasilkan movie yang lebih gila dan jijik. 

23 comments:

Anonymous said...

filem kedua tu macam best untuk ditonton jer. haha.

but you know what, i kinda agree with you about The Artist. seriously cant understand why is that movie wins so much. arghhh, xpaham sungguh.

PerangFilem said...

that's why dalam kes The Artist, selain persembahan teknikal yang cemerlang, filem hitam putih dan bisu itu sesuatu yang sangat dibanggakan apabila produksi Perancis membikinnya di Hollywood dan ia cerita Hollywood.

Anon, jaga2 bila you nak tengok Salo. be well prepared.

MG Hanan said...

mana dapat? nak download, filem kedua tu

PerangFilem said...

tak tahu. PF beli DVD rasanya DVDnya dikeluarkan lagi sebab Salo ada cover baru (kat dvd tu)

Unknown said...

PF,SALO SAYA NONTON DI YOU TUBE..! SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN BAGAIMANA JIKA PUAK2 NI MENDAPAT KUASA NANTI..! LARI DI BALIK GUNUNGLAH KITA..!

PerangFilem said...

Sharizal, PF tak dapat cari full movie Salo si youtube, sebaliknya hanya petikan2 filem tu saja kat youtube.

Unknown said...

WIFI APA YANG PF PAKAI? SUNGGUH! SALO YANG DURASINYA SEJAM 53MINIT SAYA TONTON DI YT! MASAKAN ADA TITLE SERUPA ITU LAGI! BABAK AKHIRNYA 2 ASKAR LELAKI TU BERDANSAKAN..?

PerangFilem said...

Alah ruginya. Jika jumpa PF download saja dr YT dan cucuk ke dvd player. Ya akhir sekali 2 'askar' tu menari

Anonymous said...

the best medium to find movie. cari jer kat u torent. here some of comment about 120 days of sodom :

-This is the most disturbing and grotesque film I have ever had the displeasure to watch. Marquis de Sade may be revered as a genius to some but I truly beg to differ and say instead that he should have befriended Freud. The fact that Pasolini did not even touch many of the aspects of Sade's original story reminds us of how twisted some human minds are.

-Really a stupid movie. Watched it out of curiosity. The writer is definitely a pervert and sadist. The story and idea it self could have been good but extreme homosexuality, pedophilia and violence.

PerangFilem said...

thanks for the info Anon. PF takde fixed line internrt kat rumah. tu yg sedih tu.


MG Hanan said...

memula gua tengok part awal ok lagi...then sampai part akhir gua tengok Salo tu...dem..gua rasa nak muntah, menyesal tengok. Movie cannibal holocoust lagi bertamadun gua rasa

Anonymous said...

PF pernah tonton The Passion of The Christ?

PerangFilem said...

DarkAngel : you kena habiskan baru jiwa kental! Part last yang dera2 potong lidah tu ke? Mmg tak sanggup tapi pernah gak tgk slasher movie eg : Texas Misacre, I Spit on your grave etc...

Anon : belum tengok tapi pernah dengar. mcm kisah Nabi kan...

Anonymous said...

yup, kisah 12 jam sebelum Jesus mati disalib. antara filem2 tersadis yg pernah ditonton.

PerangFilem said...

okay akan tonton bila berpeluang.

Anonymous said...

ok, dah tonton salo. tidaklah begitu ganas dan kejam. kejam lagi series Game of Thrones dan The Passoin of the Christ.

PerangFilem said...

Anon : yeah mungkin lebih ganas. PF dah kata yg Salo ini manusianya sudah hilang peradabannya. Mungkin PF salah tulis dan salah tafsiran dari pembaca

Anonymous said...

-_____- .. filem SALO adalah filem yg tak ngeri langsung.. tak brutal.. cuma pengotor and otak mereng ..tu je.. tahap kengerian takde langsung.. bosan.. mcm cerita comedy pun ade gak.. -______-

PerangFilem said...

Anon ni kelakar la ;)

Unknown said...

salam.baru selesai menonton salo di youtube dan sedang mencari review2 filem ini. sangat ingin tahu apakah yang ingin disampaikan disebalik cerita ini, namun masih belum ketemu jawapannya.mungkin bg sesetengah org mengatakan filem ini boring,tp bg sy flem ini sgt mental torture utk dtonton.x tahu mengapa masih ada yg merasakan pnderaan yg dilakukan blum ckup ngeri. cuba saja bayangkan jika diri kita berada di tmpat mangsa.ngeri bukan.

PerangFilem said...

Ya lebih kepada mental torture.

Wan Dinnie said...

PF, kalau anda kaji tentang Passolini, bukan semua filem nya jijik, ada ja filemnya yang berkualiti dan biasa macam The Gospel According to St. Matthew (1964) dan filemnya yang lain. Ramai yang hanya kenal Passolini dengan SALO ja, asyik2 SALO, cuba nonton filem lain arahan dia dulu, barulah nak kata pasal dia buat filem jijik ke apa ke. Ye, pengarah ni memang kena bunuh 2 minggu sebelum ia ditayangkan, ia merupakan filem penuh dengan degradasi. Kalau mau jijik lagi, anda boleh juga cuba Vase de noces (1975) (ada juga corophilia nih, main taik, makan~ada juga babak buat dengan babi, bunuh dll), Animal Lover ke, Singapore Sling dll.

PerangFilem said...

Dah tgk sikit Vase De Noces kat youtube, filem takde dialog ke? ada fuck babi hahaha.Kalau ada masa nnti nak tgk filem ni. Tq

PF saja je buat ayat begitu untuk SALO sebenarnya ok-ok saja hehe tapi mmg pelik lah. kdg2 apa dlm pemikiran Pasolini tu. Kalau Wan Dinnie nak tunjukkan sisi gila, apa jenis movie yg sedara akan buat/arahkan? haha.

Singapore Sling penah tgk trailer kat youtube rasanya takde full movie. Banyak filem hitam putih yg sedara rekemen yer.