1 Mar 2012

Review Bunohan : Kehebatan Sebenar Filem Tempatan Akhirnya Tiba!

Genre : Drama/Aksi [1]
Arahan : Dain Said
Kos : RM1.81juta
Pelakon : Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Namron, 
Soffi Jikan, Hushairy Husin, Amerul Affendi, Tengku Azura
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Jogho
Rating : 4.5/5

Sinopsis seperti dalam website Bunohan :

Bunohan mengisahkan kisah tragik antara tiga adik-beradik Ilham (Faizal Hussein), Bakar (Pekin Ibrahim) dan Adil @ Bunga Lalang (Zahiril Adzim) di samping bapanya yang uzur, Pok Eng (Wan Hanafi Su). Masing-masing terpisah dengan cerita tersendiri sebelumnya.

Berlatarbelakangkan kawasan di sempadan di selatan Thai dan Malaysia; kampung Bunohan, bermula dengan Adil pelarian peninju Tomoi yang menjadi buruan penganjur tinju haram kerana Adil lari dari pertandingan oleh sebab hampir tewas, yang dibantu oleh kawannya sejak kecil, Muski (Amerul Affendi).

Ilham seorang pembunuh upahan yang hampir 20 tahun tidak pulang ke kampung halamannya, Bunohan walaupun ibunya meninggal dunia (pernah kerja di atas kapal dan ke serata dunia). Ilham diupah oleh bos penganjur tinju haram Siam dengan di awasi Deng (Bront Palarae). Sementara itu, Bakar asalnya seorang guru, yang juga abang Adil pulang dari kota untuk menjaga ayahnya Pok Eng seorang Tok Dalang wayang kulit. Niat Bakar bukanlah suci tetapi ada hajat terselindung iaitu untuk memilik tanah ayahnya seluas 30 ekar di tepi pantai untuk dijual kepada pemaju bagi tujuan resort.

Kepulangan tiga orang adik-beradik itu akhirnya menimbulkan segala macam memori sedih sewaktu tinggal di Bunohan. Kepulangan Ilham mendorong dia untuk menjejaki kubur ibunya, Mek Yah (Azura) isteri pertama Pok Eng iaitu di tanah milik Pok Eng di tepi pantai tersebut. Dia hampir terlupa akan tujuan asalnya iaitu menyelesaikan Adil yang kemudiannya disedari adalah adik tirinya sendiri. Setibanya di Bunohan, Adil yang di bawah jagaan Pok Wah (Namron) berusaha menyelamatkan kelab tinju lama milik Pok Wah.

Masa berlalu dan Bakar terdesak untuk mendapatkan tanah itu. Walau bagaimanapun, Pok Eng tetap berpegang janjinya dengan Mek Ani (ibu Bakar dan Adil, isteri kedua Pok Eng) untuk menyerahkan tanah itu kepada Adil suatu hari nanti. Ini mendatangkan marah si Bakar dan membuatkan dirinya tertekan dengan perjanjian perniagaan dengan pemaju dari bandar. Pendirian teguh ayahnya terhadap janji itu, menjadikan Bakar dapat mengesan yang Adil dan dirinya bukanlah saudara sedarah sedaging. Lalu Adil terdorong untuk mengetahui kisah sebenar tentang siapa dirinya.

Ilham mendapati tengkorak mayat ibunya dan tengkorak mayat-mayat lainnya yang ditanam di tanah 30 ekar di tepai pantai itu telah dialihkan oleh orang pesuruh Bakar. Deng kini pula ditugaskan untuk mengawasi Ilham kerana gagal menurut perintah. Adil pula bersedia untuk perlawanan penentu bagi menyelamatkan gelanggang tinju Pok Wah seterusnya menebus semula tanah ayahnya. Bakar sekadar memerhati dari jauh dan tidak sabar untuk segala-galanya berakhir seperti apa dicitanya.

Bakar yang tamak 
Pok Eng
Kata PF :

Menyaksikan Bunohan adalah sesuatu yang benar-benar baru di alam sinema Malaysia. Rasanya tiada filem yang hampir dengannya. Jika adapun mungkin PGL (Saw Teong Hin) atau Jogho (U Wei Hj. Shaari). Tetapi jika banyak menonton filem art house dari Barat, anda tak rasa janggal sebenarnya dengan cara penyampaian Bunohan. Ceritanya betul-betul asli. Pengarah Dain Said (DUKUN) yang mendapat ilham yang dari tempat tinggal asalnya di sempadan Tumpat yang terkenal dengan cerita-cerita peninju tomoi, aktiviti penyeludupan yang diceritakan oleh ayahnya seorang Polis yang menjaga sempadan.

Bunohan kaya dengan sifat artistik, penonton kena bijak mentafsir setiap metafora yang cuba dipaparkan. Dialognya boleh dikatakan 100% adalah dialek Kelantan dan PF bergantung sepenuhnya pada subtitle. Ketika filem melayu di pasaran dipenuhi bahasa rojak, tetapi Bunohan mengangkat dialek Kelantan sepenuhnya. Jika anda mengharapkan filem ini penuh dengan aksi tomoi, pergaduhan dan pembunuhan, anda silap kerana semua itu bukanlah intinya. Bukan sebaris dengan KL Gangster. Malah aksi perlawanan atau fighting scene tidaklah terlalu hardcore tapi real. Ini mungkin membuatkan sesetengah peminat kecewa. Bunohan lebih banyak kepada drama keluarga, ketamakan dan kesayuan.

Bagaimana 3 watak bergerak dan develop seiring sangat berkesan. Bukan banyak filem Malaysia yang tertumpu pada 3 watak penting sekaligus atau ensemble. Faizal Hussein paling menonjol. Manakan tidak, ia di samakan dengan Jack Palance oleh wartawan barat (John Anderson - Variety) ketika festival Filem Toronto yang lalu. Ilham memang sangat cocok di tangan Faizal. Cara mengelar leher pun bukan sebarang gayanya. Malah dengan lawi ayam alat tradisional bukan dengan senjata bahan api jika senang nak membunuh. Malahan semua pelakon memang hebat! Dari watak sekecil-kecil Gasi yang tiada dialog tu (Eyzendy - Seru) hingga ke Pok Wah (Wan Hanafi Su) anda takkan rasa cacat pada teknik lakonan Bunohan. Pelakon yang asing di mata PF iaitu Jolok (Hushairy Husin) sangat Kelantan wajahnya memang padan dengan wataknya. Pekin Ibrahim yang pertama kali membawa watak yang besar dalam filem sangat meyakinkan dalam tenang. Dalam sebersih-bersih pakaian Bakar bukan mengambarkan dalamannya.

Pernahkah anda terbayang paya bakau yang kotor itu nampak cantik dalam filem? Sangat gelap airnya segelap alam kampung Bunohan? Sinematografi paya bakau pada waktu malam amat cantik! Babak tengkorak-tengkorak dalam perahu amat ‘mahal’ seakan pembawakan nyawa yang mudah diangkut ke sana ke mari sama saja nilai nyawa di tangan Ilham. Babak jasad Ilham dan bangau yang terbang slow motion ke arah Ilham seakan dalam filem ANTICHRIST. Babak ini amat digemari PF tapi sayang sekejap sangat. Muzik latar hanya dengan menggunakan muzik tradisional di Kelantan (mungkin yang digunakan masa pertunjukan wayang kulit) menambahkan mood misteri pada cerita. Kenapa tiba-tiba terlihat Mek Yah berdiri berlatarbelakangkan piramid? Mek Yah kononnya mewakili firaun yang ditanam di dalam piramid untuk ‘hidup’ selamanya. Sebab itulah Ilham mengambil tengkorak ibunya yang bercampur dengan yang lain untuk ditanam semula ke tempat asalnya supaya rohnya abadi di tempat ibunya disemadikan.

Dain Said cuba memasukkan kisah mistik di tempat asalnya iaitu buaya dalam paya ke dalam diri Mek Yah sesuatu yang unik dan menimbulkan mistikal dan tanda tanya yang indah. (Mek Yah dahulunya adalah bomoh/merawat pesakit, menjelma sebagai buaya dalam ilmu merawat penyakit). Kisah sedih Mek Yah yang duduk bersimpuh di depan rumahnya itu, menutup dengan baik kisah hidupnya dan Pok Eng kepada audien. Itu saja watak Mek Yah bersuara. Sekali berkata-kata, kita dapat rasakan kesedihan yang ditangggung Mek Yah selama ini. Pok Eng pula walaupun tak berapa rapat dengan anak-anaknya tapi dia memahami benar sikap anak-anaknya. Padanya, hanya Adil saja diletakkan harapan.   

Jelmaan Mek Yah semasa mudanya
Adil dan Muski

Terima kasih kepada pengarah fotografi, Charin Pengpanich (Karaoke - 2009) yang meninggalkan kesan kepada sinematografi yang menakjubkan. Bunohan sebenarnya menyambung gerak tema filem art (walaupun kita tahu semua filem adalah art) yang ditinggalkan oleh Yasmin Ahmad, Liew Seng Tat dan beberapa lagi yang lain, ke satu tahap ke hadapan. Filem sebegini hanya muncul sesekali dalam beberapa tahun di Malaysia. Jadi, patutkah anda membiarkannya begitu saja? Pendek kata the local greatness movie has truly arrived!

p/s : Adakah layar yang terkoyak adalah simbol pesanan kepada penggiat dan pengkarya sinema kita? Jawapan di tangan pengkarya dan juga anda!

Fakta Bunohan :

> Bunohan dihasilkan oleh syarikat perfileman Apparat yang dimiliki oleh Dain Said sendiri dan diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films.

> Bunohan diambil dari nama sebuah kampung di sempadan Thailand dekat Kelantan (Tumpat), sempadan wilayah Narathiwat Thailand. Dikenali dgn nama “tanah jahat”. Berlaku banyak pertelingkahan rakyat Thailand yang menyebabkan pembunuhan.

> Ada berpendapat dulunya di zaman Jepun berlaku banyak pembunuh, jadi nama singkatan Bunohan.

> Terdapat pepatah mengenai kampung Bunohan “menghina seseorang dari kampung Bunohan adalah sama seperti menghina penduduk sekampung”.

> Kampung tersebut juga merupakan tempat asal ritual pemulihan tradisional yang dikenali sebagai “Main Puteri”, sebuah upacara yang dilangsungkan untuk mengusir roh-roh yang dipercayai sebagai punca penyakit psikologi.


Review US :


Variety : BUNOHAN
Hollywood Reporter BUNOHAN

22 comments:

Hans said...

wah
best la ko dah tgok
aku minggu depan baru leh tengok
harap2 panggung wayang tayang filem nih

muroza said...

tengku azura @ mek yah hot tak?

PERANGFILEM said...

Hans : Harap2lah. sama2 sokong filem ini.

Muroza : Tengku Azura hot lah pakai kebaya kat gambar atas tu. Baju tu je dia pakai. Watak dia muncul sekejap2. tapi berkesan.

Hans said...

filem macam nih memang aku nak tengok...
aku suka filem2 macam nih cuma susah nak tgok karya macam nih dihasilkan anak Malaysia
jadi bila dah ada haruslah tak lepaskan peluang...
harap2 Big Cinemas Alor Setar tayang filem nih

Anonymous said...

citer boring nak mampos. seriously aku rasa makin lama rakyat malaysia ni makin bodoh. dan jgn ada sesapa lak nak marah2 aku ckp "tak suka bole berambos pindah negara lain laa broooo".. bodoh nya ayat tuh.. aku marah pasal aku sayang. sama mcm mak bapak kita, diorg marah kita pasal diorg sayang kita, anak org lain buat ape diorg kisah kan bukan anak diorg.. so aku marah kat malaysia pasal aku sayang. pedulik laa apa nak jadi kt US ke UK ke Uganda ke pedulik ape aku. TAMAT.

PERANGFILEM said...

Saudara dah tengok belum ni?
Kalau dah, terpulang anda. Mungkin cerita sebegini bukan taste anda. Sebagaimana PF kurang gemar filem Bujang Terlajak atau Hantu Dalam Botol Kicap.

amyikram said...

BUNOHAN sangat dalam maksudnya. Layar yg dikoyak memberi makna 'Industri Filem Kita sedang dirosakkan oleh penggiat filem yang merosakkan jalan cerita dari sudut bahasa filemnya'. Filem BUNOHAN akan menyertai Oscar Academy Awards tahun 2013 kalau lah menang di festival itu memang menakjubkan! cuba hantar filem Malaysia lain memang tak layak. Tahniah Dain yang berjaya mengharumkan nama Sinema Malaysia di mata dunia..

Kalau anda bosan filem ini maknanya anda bosan dengan hidup anda. Mereka yang gila filem merapu keparat filem2 komersial yang kadangkala aku menepuk dahi menonton filem lain amat kecewa. Untuk Bunohan aku tabik spring.. aku teruja filem ini macam filem dari Thai, Philipines dan filem2 yg masuk di cannes dan beberapa film festival yang terang2 menolak filem Malaysia. Untuk Bunohan.. iamembuktikan ini sinema sebenar kita.. Penuh asli ..

hebat.. jujur aku cakap aku tak puas menonton sekali filem ini. Kalau filem lain aku rugi beli tiket ookay

PERANGFILEM said...

Terima kasih Amy Ikram singgah di sini dan beri pendapat. Mmg benar apa yang dikata. Harap dapat hantar Bunohan ke Oscar 2013.

Bukan taksub sangat dgn Oscar tapi Oscar lebih ramai khalayaknya walaupun ada festival filem lain lagi mahal nilainya dari Oscar.

Anonymous said...

adakah style cerita ni setara dengan Jogho atau Rabun?

Maksud saya dari segi abstrak penyampaiannya?

Kalau setanding.. so, mmg style yang saya suka la...

PERANGFILEM said...

latarbelakang lebih kepada Jogho/ Budak Kelantan. Penyampaian boleh dikatakan filem yasmin Ahmad + Susuk/ PGL lebih kurang la...

Qarl said...

awesome review!

love it!

Anonymous said...

Salam semua,sy juga sudah menonton filem ini di pawagam semalam.hehe
bg sy filem ini sgt bgus..4.5 dari 5 bintang!
crita Bunohan mmg unik krn ianya memaparkan nilai kemelayuan yg sebenar, lakonan yg berkesan dan garapan emosi yg masyukk!

perkara yg i like dlm filem ni.

1. Olahan cerita
2. Skor muzik-sy mmg suka memerhatikan bgmana susun atur atau skor muzik dlm filem.utk filem ni.pergghh!!dasat!muzik yg dgunakan tdk bnyk dan hnya akan kluar skali skala shj.emosi mmg naik dgn muzik!bkn mcm filem2 melayu yg lain,klu boleh.time babak org berborak pun nk letak muzik juga.mngngu konsentrasi!hampeh!!!
3.Sinematografi -fuiyooo,sungguh cntik n bgus cara perletakan kamera,posisi,sudut semualah.sy rasa tahapnya dh setanding thai dlm teknik pergerakan kamera (klu tak silap pengarah sinematografi org siam kan?hehe)
4. Fighting skills-seyes sy ckp.mmg masyukk!hebat dan nmpk sgt real.klu filem kl gangster tu, erm.mcm palsu je sy rasa.yg ni walopun babak lawan taklah bnyk,tp btul2 mengesankan sy sbg penonton.bab faizal husin potong tekak org mmpu buat kaki sy ternaik atas kerusi(over lak)hahah.
5. Emosi-semua pndai main watak masing2, tengku azura *thumbs up ngan kaki skali..hehe.walopun dia supermodel malaysia.tdk berbekalkan paras rupa shj.lakonan dia yg kejap je tu.hebat!sy teringat smpai skrg.dia dok kecek klate ngan budak tu.hebat!

ps-mungkin kita dah menghampiri Oscar utk tercalon dlm best foreign language movies.tp masih bnyk filem hebat dluar sana.apapun sy tabik spring smpai spring to loose ngan filem ini..congrats n semoga berjaya..tahniah sbb dpt mmbuat negara seberang terjeles ngan filem kita nih.hehehe!

PERANGFILEM said...

Terima kasih Qarl dan Anonymous atas ni yg beri ulasan panjang lebar. Kalau anda minat filem apa kata buat blog sendiri utk berkongsi pandangan peribadi anda. Blog anda adalah cerminan anda.. Hehehe...

Sememang-memangnya kita puas tonton Bunohan. Pada saya corak pengarahan seseorang pengarah adalah berasal dari latarbelakangnya/pendidikannya.

KangSapar said...

Allo PF.. DVD Bunohan sudah saya pesan ke seorang teman Malaysia yang kebetulan bulan June akan datang ke Bandung, Indonesia.. terima kasih atas pemberitahuan bahwa DVDnya sudah keluar di Malaysia.

Dulu, akhir tahun 2011 saya pernah melihat filem malaysia yang berjudul "Year without a summer" atau "Berkelana"

ini trailernya : http://www.youtube.com/watch?v=GsoseCxCMl0

ini sinopsisnya :

Azam comes back to his village, and looks for his childhood friend Ali. Ali and his wife Minah invites Azam for fishing and a mid night picnic on a small island. Towards the end of the night, they have a game of holding breath underwater for 3 minutes, and Azam is never seen again…

Saya menonton film ini di acara Jogja-NETPAC Asian Film Festival, saya suka dengan karakteristik pemain yang ada di film tersebut, keheningan yang diciptakan dalam film itu dan akting pemainnya sangat bagus dan realistis, sampai sekarang saya cari DVD maupun VCDnya juga.. apakah PF tahu dimana saya bisa memesannya? salah satu film malaysia yang menurut saya Bagus sekali.. terima kasih.

PERANGFILEM said...

Kang Sapar, waduh lambat lagi tu bulan 6. kalau poslaju lagi cepat hehe. Year Without Summer belum tengok. Tapi bila tengok trailernya ada Mislina Mustafa, Namron memang pelakon hebat. Malah ada senaraikan mereka di post ini : http://perangfilem1.blogspot.com/2011/10/10-aktor-aktres berkarakter.html Filem dari Da Huang memang susah nak cari DVD di kedai. Mungkin boleh ke website Da Huang dan tanya bagaimana.

KangSapar said...

hahaha.. tidak apa2 PF, lumayan irit biaya kirim, soalnya sudah janjian juga besok ketemuan dibandung dengan dia orang. OK.. saya ke web da huang untuk tanya2 dulu.
btw, maaf OOT.. sebenarnya jika PGL dulu dibuat sekarang dengan cost sebesar itu, mungkin akan lebih megah lagi filmnya, karena jaman sekarang CGI sudah canggih, sedangkan saat PGL muncul di bioskop, sudah kelihatan megah pada masa itu. semoga kedepan Malaysia dan Indonesia bisa bekerjasama lagi membuat film epik yang megah dan bagus..
terima kasih atas bantuannya.. Goodluck !!

PERANGFILEM said...

Okay. Bila sudah tonton Bunohan jgn lupa bagi komentar di sini yah! PF sudah 2 kali ke Bandung libur2 kok :)Ya lah PGL kan melibatkan negara kita seru deh.
Begitu juga dgn filem Indo! Dengarnya Mirror Never Lies filem terbaik bagi tahun ini ya....

Anonymous said...

Bengap gila kau ni, org lain komen kau pon nak komen tapi nampak sangat kau ni bdk lagi akal sempit. Budak layak tengok cite adnan sempit je xyah tengok cite ni kalau IQ level rendah. Tq.

Anonymous said...

baru tengok tadi kat astro first.(kali kedua dulu dah tengok wayang).untuk kali keduanya saya kagum dengan barisan pelakon.dua2 pakcik yang muncul di awal dan akhir cerita juga 'hidup' dan memberi erti pada filem ini.saya baru jumpe entry ini.seronok kerana ada yang sependapat dengan saya.menghargai filem2 seperti ini. almost perfect in every aspect

PerangFilem said...

Terima kasih :)

Anonymous said...

cerita yang hebat...bercerita menggunakan bahasa filem tanpa byk dialog meleret..bunohan maksudnya dalam...aku menafsirkan sebagai keluarga yang saling berbunuhan demi mencapai maksud masing2...abang dlm misi membunuh adik, anak yang nampak bersih tapi membunuh ayah demi harta...lakonan terbaik faizal hussein..BUNOHAN..cerita wajib tonton untuk penonton yang ingin lari dari cliche cinta murahan dan kisah rempit yang memualkan

Shamil Ahmad said...

Saya baru tengok filem ni di dvd pinjam kt perpustakaan. Serius! Saya tgk berulang kali. Memang karya melayu asli. Sangat terkesan dgn filem ni.