30 Mar 2012

Cacamarba : The Hunger Games & The Road Home


*Sambil tu jengok-jengok list filem yang telah ditonton oleh PF setakat tahun ini kat SINI.
Genre : Aksi [1]
Arahan : Gary Ross
Kos : US78 juta (anggaran)
Pelakon : Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Stanley Tucci
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3/5


Secara rambang dari pembacaan PF, ramai yang menggemari filem ini, tetapi tidak PF. PF melihat filem ini secara moral (kononnya). Katniss (Jennifer Lawrence - Winter's Bone) terpilih secara sukarela mewakili Districtnya iaitu District 12 ke Hunger Games pada kejohanan ke 74 bersama dengan wakil sekampungnya Peeta Mellarck (Josh - The Kids Are Allright) yang berlangsung di Capitol ibu negara Panem. 24 peserta yang dipilih secara 'cabutan bertuah' dari 12 daerah masing-masing yang kebanyakannya remaja diperkenalkan kepada seluruh Panem, ala realiti show penuh glamour. PF yang tak baca novel ini takde idea apa jenis realiti show yang dipersembahkan oleh mereka. Katniss digambarkan sebagai gadis berusia 16 tahun yang terlalu baik tidak cuba membunuh mereka yang lain kecuali seorang yang terakhir. Bayangkan dalam 73 penganjuran telah ramai remaja yang terkorban dan ianya menjadi hiburan warga capitol yang berpakaian pelik. Ini adalah hiburan alternatif bagi PF.



Genre : Drama
Arahan : Zhang Yimou
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Zhang Ziyi, Hong Lei Sun, Hao Zheng, Yulian Zhao
Tahun : 2000
Filem Seumpamanya : -
Rating : 3.5/5

Satu yang unik mengenai filem ini adalah 2 layer iaitu kisah masa kini dan masa lalu yang diterbalikkan warnanya. Kisah masa kini adalah bervisual hitam putih dan kisah masa lalu adalah berwarna. Kisah masa kini adalah kisah pilu Zhao Di yang kematian suami. Suaminya adalah guru di sekolah di kampungnya yang telah banyak berbakti kepada anak-anak di situ. Zhao Di ingin membawa mayat suaminya dari Hospital ke kampungnya di utara China yang merupakan satu kerja yang amat sukar kerana melibatkan perjalanan yang jauh dan keadaan ribut salji. Anak Zhao Di yang pulang ke kampung ingin menguruskan mayat ayahnya itu. Manakala kisah silam adalah kisah percintaa manis yang berwarna bagaimana Zhao Di bertemu dengan suaminya. 

Filem ini menyumbatkan (sumbat = popular sejak Bunohan) kisah cinta, pendidikan dan amalan tradisi yang dipegang turun temurun. Bagaimana kisah cinta yang  dipaparkan tiada adegan peluk-peluk dan cium sangat jujur dihati Zhao Di. Padahal muka cikgu tu taklah handsome mana pun. Kesungguhan Zhao Di melebihi pihak lelaki dalam merebut cinta mengingatkan PF kepada usaha Puteri Gunung Ledang dalam Puteri Gunung Ledang. Melihatkan pemandangan di kampung Zhao Di yang saujana mata memandang. Zhang Yimou gemar mengambil lokasi yang sebegini sebagaimana dalam Riding Alone For Thousand of Miles (filem terbaik FPF 2011) Dialog-dialog yang dilontar jenis mendatar dalam Riding Alone (e.g : Translator Jasmine dan Lingo) dan filem ini (e.g : ketua kampung dan anak Zhao Di). Jika anda rasa Ombak Rindu tak perlukan adegan ranjang, filem ini sesuai sebagai penggantinya.

2 comments:

Azrul Azly said...

Pemenang Nobel Kesusasteraan 2012 - Mo Yan dari China.

Novel beliau Red Shorgum dan cerita pendek beliau Happy Times telah difilemkan oleh Zhang Yimou.

Kebanyakan filem lain Zhang Yimou seperti Raise The Red Lantern, The Story Of Qiu Ju, To Live, Not One Less, The Road Home, Under The Hawthorn Tree, Keep Cool, dan The Flowers Of War turut merupakan hasil adaptasi karya sastera.

PerangFilem said...

Betul tu, karya Zhang Yi Mou banyak ambik dari novel dan naskahnya mmg PF gemar. PF ada buat satu entry khas ttg Zhang Yi Mou dan filem2nya. Pasal Red Shorgum akan PF google nanti. Tq for info.