TRAILER
Genre : Drama (Jepun/China)
Filem terbitan 2005 arahan Zhang Yimao (my fav. of him before - House of Flying Daggers) ini mengisahkan Takata seorang warga emas Jepun yang mempunyai perselisihan faham dengan anaknya Ken-Ichi seorang pensyarah di salah sebuah Universiti di Tokyo. Perselisihan faham yang terjemah dari sarikata sebagai 'unexplain reason' itu berlarutan selama 10 tahun sehinggalah Ken-Ichi di masukkan ke hospital atas sebab kesihatan yang diramal sebagai kritikal. Walaupun Takata cuba untuk berbaik semula dgn anaknya itu dengan melawatnya di hospital tetapi ditolak oleh Ken-Ichi sehinggalah isteri Ken-Ichi menyerahkan video tape mengandungi pita rakaman ttg lawatan Ken-Ichi di satu daerah di Yunnan, China ttg opera China yang masyhur di daerah itu. Ken-Ichi yang amat taksub dengan seni opera itu tidak sempat utk mendengar suara penyanyi opera itu (Li Jiamin) secara langsung/ merakam persembahan opera oleh Jiamin dan berjanji utk datang kembali ke Yunnan pada tahun hadapannya.
Takata dan translator
Opera "Riding Alone for Thousand of Miles" : Jiamin di balik topeng
Maka disinilah bermula penggembaraan Takata ke daerah terpencil Yunnan semata-mata untuk mencari penyanyi opera China itu bagi melunaskan impian anaknya yang tak kesampaian. Pelbagai prosedur harus ditempuhi oleh Tanaka kerana Jiamin yang kini meringkuk di dalam penjara atas kesalahan berzina. Permasalahan berlarutan sehingga Takata terpaksa pula mencari anak kepada Li Jiamin (Yang Yang - anak luar nikah Jiamin) yang tinggal di daerah pedalaman dan dibela secara bergilir-gilir oleh orang kampung. Dikatakan sudah 8 tahun Jiamin tidak berjumpa dgn Yang Yang. Di Yunnan, Takata mendapat berita bahawa anaknya disahkan penyakit kanser hati dan hayatnya tidak lama.
PF amat tertarik dengan 2 nilai kemanusiaan dalam filem ini.
Pertama, nilai wang sebenarnya bukan perkara pokok dalam segala hal. Di situasi pertama, translator Jasmine menolak wang pemberian Mr Takata di mana Jasmine memang tidak mampu melakukan permintaan Mr Takata lagi kerana dia terlibat dengan komitmen lain. Di situasi ke dua, Jasmine menyuruh Lingo memulangkan semula wang Mr Takata di mana dia tidak mahu mengambil kesempatan atas kesedihan Mr Takata ketika itu (anaknya sakit).
Kedua, nilai sopan santun Jasmine dalam melayan pelanggannya iaitu Mr Takata. Walaupun ditanya banyak kali oleh Mr Takata kadangkala tak kira waktu (adakalanya larut malam), Jasmine melayannya dengan baik dan bahasa yang sopan. Kadangkala PF agak yang si pemberi perkhidmatan akan membebel atau marah melayan kerenah pelanggannya tapi tidak Jasmine.

Takata bersama Lingo
Hati seorang ayah yang amat menyayangi anaknya, usahanya diteruskan walaupun sampai satu tahap ianya menjadi kerja sia-sia. Sebaliknya, 'pertemuan' Yang Yang dan Li Jiamin amat bermakna bagi Takata dan itulah sebenarnya erti pengembaraan sebenar baginya. PF suka 'persilangan' di akhir filem ini. Jika anda tonton filem ini pasti tau apa yg dimaksudkan.....
Aksi Yang Yang yang nakal
Yang Yang di kawasan pergunungan
Dapatkah Takata memenuhi impan anaknya seterusnya memperbaiki hubungan antara ayah dan anak? Adakah Takata mengambil Yang Yang sebagai cucunya? Riding Alone For A Thousand of Miles secara lurusnya menggambarkan pengembaraan Mr Takata ke China seorang diri. Di sebaliknya, opera Riding Alone For A Thousand of Miles mengajarnya mengenal anaknya sendiri. Sesuai sangat untuk tontonan pada Hari Bapa.....
4/5
2 comments:
Menarik... Last filem Jepun aku tengok Okuribito. Tapi serious dah lama la tu.
Yes, yg menang Oscar tu. Dah tgk gak. Ini bhs campur Japan n China. Amazing...
Post a Comment