Genre : Drama (Arab)
Filem ini sebenarnya mula-mula aku dengar semasa Kuala Lumpur International Filem Festival (KLIFF 2007) dan memenangi beberapa anugerah utama termasuk filem terbaik. Aku ingat lagi, aku sendiri pegi malam kemuncak KLIFF ni di PWTC dengan sorang kawan dgn berbaju melayu! (ikut tema malam tu). Kalau korang ingat, pengacara malam itu adalah Sarimah dan Phua Chu Kang. Filem WAYANG berkenaan wayang kulit dan HATI MALAYA mewakili Malaysia masa tu.
Dan bila GSC menayangkan filem ini di slot International Skrin, berfikir juga 2,3 kali sama ada nak menontonnya atau tidak? Apabila cek di youtube, mmg ada filem ini di upload. Menonton di skrin kecil dan lebar memang lain feelnya. Ada dalam 4-5 judul filem dari slot International Skrin yang aku pernah tgk (The Depatures, Heiran, Songs of Sparrow etc…). Rata-ratanya filem luar Hollywood, dan biasalah tak ramai yg menonton dari slot ini.
Captain Abu Raed (CAR, 2007 arahan Amin Matalqa) mengisahkan Abu Raed (Nadim Sawalha) yang kehilangan isteri dan anak, bekerja sbg seorang airport janitor (cleaner la senang cakap) di lapangan terbang Queen Alia International Airport, Jordan. Satu hari ketika menjalankan rutin kerjanya, dia tjumpa topi juruterbang berpangkat kapten di dalam tong sampah dan dia di anggap seorang juruterbang oleh kanak2 di kawasan perumahan di mana dia tinggal. Walaupun menafikan, kanak2 di situ tetap menganggapnya seorang juruterbang dan menceritakan kisah fantasinya, terbang ke serata dunia dgn tugas itu dan menanamkan sifat percaya kepada cita-cita masing-masing. Tetapi, kanak2 bernama Murad, jirannya yang dari mula lagi tidak percaya kepada Abu Raed.
Abu Raed menemui sesuatu
Kanak-kanak riang
Kanak2 yg bernama Murad ini menghasut yang lain sehingga sanggup ‘menunjukkan bukti’ bahawa Abu Raed bukanlah seorang juruterbang. Aku rasa scene 'bukti' inilah paling berkuasa dalam filem ini kerana ianya PAAANGG!! sehingga air mata aku boleh jatuh! Aduh kasihan aku melihat Abu Raed. Seorang juruterbang yang gah di mata kanak2 itu sepatutnya segak bergaya tetapi bukan keadaan Abu Raed ‘ketika itu’. Kenapa inverted coma? Kenalah tonton sendiri… Muzik latarnya juga amat membantu shot ini. Dah lama juga aku tak ‘rasa touching’ mcm ni…. Seingat aku drama di tv di mana seorang ibu menampar muka anaknya dalam suasana tegang kerana bencikan ayahnya.
Murad di balik pintu
Filem ni bukan sekadar kejadian ‘kantoi’ itu. Selain topi itu yang menjadi subjek dan simbol filem ini, watak Murad dan Nour sebenarnya adalah tulang belakang CAR. Perkenalan Abu Raed dengan juruterbang wanita sebenar, Nour yang mempunyai masalah ‘belum kahwin-kahwin lagi’ menemukan erti bahawa kita hidup bukanlah untuk memenuhi kehendak masyarakat semata jika kita akhirnya tak bahagia (mcm tu la lebih kurg….). Bapa Nour yang risau anaknya belum berkahwin ditunjukkan sebagai mendapat ‘rahmat’ dengan kedegilan anaknya itu.
Nour dan Abu Raed
Satu adegan ‘ignorance’ di dalam teksi bila kanak2 itu dibebelkan dengan masalah kenaikan harga minyak, roti dan sebagainya oleh pemandu teksi tetapi mereka tak hirau sebaliknya melambai tangan seolah kapal terbang. Apa pentingnya adegan ini ya? Ke saja jer... Satu yang tak logik sikit di mana, Abu Raed pernah berkata kepada Tareq yang dia sudah tinggal lama di situ sebelum Tareq lahir lagi tetapi mungkinkah kanak-kanak di situ tak mengenali Abu Raed selama ini?
Tareq yang suka berniaga
Plot keluarga Murad yang kacau bilau dengan kesusahan ayahnya mencari rezeki sebenarnya berkait dgn ‘rahmat’ bapa Nour tadi. Apakah ‘rahmat’ itu? Adakah Abu Raed terus membenci Murad? Setelah masuk campur urusan keluarga Murad, apa terjadi kepada Abu Raed akhirnya? Apa kesudahan hidup Murad dari keluarga berantakan? Semuanya dalam Captain Abu Raed…….
4/5
2 comments:
kalau tengok cerita ni,kisah dia tipu jadi pilot tu macam just a lead in for Murad.so rase macam kisah cerita ni lebih berat kepada Murad sebenarnye.
Departures memang menarik.bile lagi la nak ada movie yang best macam Departures.tau dulu pasal movie tu pun sebab Yasmin Ahmad yang recommend.
Betul juga. sebab tu lah sebenarnya filem ini awal2 lagi adalah flashback Murad (dewasa) berada di airport adalah seorang .......
Departures hehe.. berselera aku tengok mereka makan 'KFC'! :-))
Post a Comment