22 Sept 2011

5 Filem Buruan

Okay, ada beberapa movie sebenarnya yang aku cari dan tunggu. Tapi 5 filem berikut adalah filem yang terlalu bernafsu untuk aku tonton :

1. Hanyut (mungkin awal 2012) : Filem kedua termahal setakat ini yang di hasilkan di Malaysia tak silap (RM11 juta kos pembikinan) selepas Puteri Gunung Ledang (RM20 juta). Selain itu PerangFilem amat meminati filem-filem U-Wei Hj. Shaari.

2. Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives : yang memenangi Palm D'or di Cannes. Jiran kita sudah menang anugerah tertinggi di Cannes. Malaysia bila?
3. Salo' : Filem yang katanya diharamkan di kebanyakan negara. Cukup aneh bila lihat sedikit sedutannya di youtube dan penuh kekejaman. Seakan berada di dunia asing dan terasa ingin pulang segera ke rumah aku sendiri.



4. Antichrist : sepasang suami buat retreat di dalam hutan selepas kehilangan anak dan ingin memperbaiki rumahtangga mereka. Most shocking scene bagi aku : si isteri dalam keadaan bogel ,lari menuju ke banir pokok, baring lalu masturbasi.

5. Bunohan : Macam best! (lupa nak letak sebelum ni...)


Tapi PerangFilem (PF) boikot :

Jangan kata PF racist. Korang tau kenapa. Flower in the Pocket (Liew Seng Tat), Gravel Road (Deepak Kumaran), Min (Ho Yu Hang) pun aku tengok.


7 comments:

MiSs DeAn0Va said...

hanyut tu sape pelakon?

PerangFilem said...

Diana Danielle, Adiputra, Khalid Salleh, pelakon Indon dan sapa ke nama omputih tu. Semua mantap2!

Syafiq said...

bile tengok poster Salo ni,teringat pulak dekat video klip Rammstein - Mein Teil, scene yang last dalam video tu.maybe jugak Rammstein yang tiru Salo ni.

PerangFilem said...

Syafiq : Ic... tapi dah tgk ke Salo ni?

PerangFilem said...

Aku dah tgk klip tu.. sama la, naik tangga. :-)

Syafiq said...

Eh,kenape boikot Nasi Lemak 2.0?aku tak tengok lagi movie ni,so tak tau kenape.

PerangFilem said...

malaslah nak citer psl pengarah dia tu. ada internet tu kan google je hehe