Genre : Ganas/Thriller (Korea)
Hae-Won dan anak Bok-Nam
Bedevilled (2010) mengisahkan Hae-Won seorang gadis dalam umur 20an di arahkan oleh bos tempat kerjanya supaya bercuti kerana masalah ditempat kerja. Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke pulau Moodo di mana di situ adalah percutian semasa dia kecil. Apa yang diharapkan bukan seperti dahulu semasa dia kanak-kanak. Keadaan telah berubah. Bok-Nam, kawan baiknya semasa kecil telah berkahwin, dan mempunyai anak perempuan tetapi anak itu bukan perkongsian dengan suaminya sekarang. Dengan bercucuk tanam, mereka meneruskan kehidupan yang daif di pulau itu. Digambarkan juga hanya mereka sahaja yang tinggal di pulau itu kecuali pemandu2 bot yang datang ke pulau bagi tujuan pengangkutan.
Kehidupan Bok-Nam yang diseksa oleh suaminya dan saudara2 perempuan suaminya yang lebih tua darinya, amat menyedihkan sehinggakan dia bagai di rasuk syaitan dengan dendam membara, membunuh orang-orang di situ.
Dalam penderitaan
Ulasan |spoiler| : ini bukan filem slasher pertama aku tonton dari Asia. Ada yang lebih ‘memeranjatkan dan mengganggu’ lagi (termanya - shocking and disturbing) tetapi aku tak suka jalan cerita yang berbelok-belok. Bedevilled mengambil premis sebuah pulau yang melambangkan sebagai tempat yang sukar untuk escape. Ada scene yang aku kira taklah terperanjat sangat cuma ternyata ada di filemkan (dan aku menjumpainya) di mana suaminya bawak balik pelacur ke pulau tersebut dan melakukannya di dalam bilik dan Bok-Nam sedar keadaan itu, tetapi makan dengan lahapnya diluar. Apa taknya, Bok-Nam sendiri pun merelakan dirinya di ratah oleh adik suaminya tatkala suami dan anaknya pergi menangkap ikan di laut pada tengah malam. WTF cerita ni kan? Haha….. (Kdg2 suka tengok filem yang melanggar batas sosial dan norma) Ada juga scene si suami menendang kepala Bok-Nam di depan anak perempuannya. Scene 18sx tak payah cakaplah. Dan yang menjadi inti filem slasher, bunuh-membunuh, memukul dengan penukul besar, potong kepala dengan sabit, dsb cukup buat aku disturbing seperti mana menonton filem Hostel (juara kategori Ganas/Thriller pada Festival PerangFilem yang lepas).
Bok-Nam sering diperlekeh oleh wanita2 tua di situ
Tetapi dalam masa 30-45 minit pertama aku tercari-cari hala tuju filem ini. Aku ingatkan Hae-Won heroin filem ni tapi lama-kelamaan watak Bok-Nam mula mengembang sehingga ke akhir cerita tanpa meninggalkan watak Hae-Won. Bedevilled juga memaparkan sebuah filem art walaupun ia sebuah filem slasher sama seperti I Saw The Devil dari Korea juga tetapi I Saw The Devil agak berfalsafah sikit. Kalau dah art tu, mesti slow kan? Tapi taklah terlalu slow sangat, masih boleh tahan lagi. Ganas juga pembikin filem dari Korea yea….
Di hujung, aku tertarik kerana Bok-Nam juga ingin membunuh Hae-Won kawan baiknya. Aku juga sikit surprise di mana jangkaan penonton bahawa filem ini akan tamat tetapi ada lagi kesudahan yang belum selesai.
Dendam
Berjayakah Bok-Nam membunuh Hae-Won? Atas sebab apa Bok-Nam ingin mebunuh kawan baiknya itu??? Saksikan Bedevilled sehingga habis. Oh ya! Di cover belakang DVD Bedevilled ini ada mengatakan filem ini adalah “most shocking and disturbing from Korea since The Notorious Old Boy”. Bolehlah aku cari nanti, kalau aku tertarik menonton trailernya di youtube.
4/5
p/s : salute dengan sorang abang tu membeli DVD satu beg plastik penuh! Tak cukup dengan tu ada lagi dalam 10+ keping extra dalam beg berlainan! Ke ada org pesan… taktau la. Aku kalau nak beli mcm tu, selain ada bajet, kena survey dulu mana movie yang best. Tapi sampai kedai, kalau nampak citer yg ‘mcm best’ beli gak kan? Haha… Ok lah daripada beli rokok….
4 comments:
Hostel memang best.tu disturbing gile.sampai sekarang rase takut nak pegi holiday overseas.siot tul.
hehe sampai camtu sekali.. bole pegi oversea tapi jgn pegi kat mana negara Hostel tu la.. tq for the komen. :-)
incik PF dh tgk filem jepun tajuk Confessions tak?try la tgk.cool!
belum lagi la En Anon. Tq for the suggestion. I'll keep in my list. (En Anon. ni org yg sama ke komen kat blog PF ni? - dlm beberapa siri komentar yg bersequence rapat2 jarak masa)
Post a Comment