Arahan : Sabri Yunus
Genre : Komedi
Tahun : 2016
Rating : 3.5/5
Mendengar nama Sabri Yunus pasti kita teringat drama-drama berkualiti beliau di kaca TV. Pabila mendengar ini adalah filem pertama beliau pasti kita mengharapkan sesuatu yang sama. Namun, beliau tak mahu memulakan drama berat sebagai permulaan, bahkan ianya eksperimental komedi dengan mengutamakan bukan pelawak iaitu Taufik Batisah seorang penyanyi sebagai hero dan dibantu Ameerul yang membantu banyak menyelamatkan filem ini. Ia berkenaan kehilangpercayaan, putus asa, kemudian cuba meneroka dunia lain yang masih bersangkut-paut. Komedinya sederhana, tidak banyak saat lucu kecuali dibeberapa babak. DDD bukan berkenaan kerja-kerja perubatan/penyembuhan, tapi lebih kepada cara untuk meneruskan hidup atau pilihan selepas itu.
Taufik hanya melakonkan watak seadanya kerana dialognya bukan berbaur komedi. Di sini DDD hilang taringnya kerana Dani seorang doktor, jarang kita ketahui doktor seorang yang kelakar sifatnya. Agak terhad jika ingin teroka watak doktor sebegini. Arwah Pak Yus pula bukan seperti melakonkan watak-wataknya dalam Maharaja Lawak Mega atau di TV lainnya. Sabri berjaya meletakkan wajah lain Pak Yus yang komedi ini bukan biasa-biasa. Watak Raysha Rizrose agak mengganggu perjalanan cerita menjadikannya kurang lancar. Sebenarnya juga, agak sedikit kecewa apabila Sabri kurang menjaga bab pelakon tambahan/penduduk kampung yang agak kaku (diberitakan penduduk sangat memberi komitmen semasa penggambaran). Tema DDD agak jarang disentuh iaitu pertembungan dua profesion iaitu moden dan tradisional dalam filem kita merupakan satu poin yang boleh diberi kredit selain latar kehidupan penduduk kampung melayu dan sinematografinya.
Arahan : Mohd. Khairul Azri
Genre : Drama
Tahun : 2016
Rating : Definitely 4/5
Pengarah baru tetapi pelakon-pelakon adalah terdiri dari pelakon hebat tanah air. Bagaimana hasilnya, tulisan Alfie Palermo dan seorang lagi teman, maaf lupa nama. PF akan cuba tidak memberi spoiler. Pekak adalah kisah tragedi cinta Uda dan Dara berlandaskan kegiatan dadah, seks dan keruntuhan moral. Sangat berani dan terbuka. Terdapat babak yang agak 'mengganggu'. LPF agak longgar sedikit kali ini tapi masih terbatas. Plotnya mudah saja malahan bukan cerita baru. PF risaukan akan ada yang meriuhkan moral filem ini berbanding sedikit nilai murni tentang kehidupan remaja yang mula terjebak dengan dunia kotor, sekotor dan sekuning gigi-gigi watak pada awal-awal filem. Ishh memang jijik pulak menengoknya. Bayangkan, doktor pun gigi berkarat. euuwww.... Well, ini sebahagian 'filem'.
Pekak pandai bermain visual, penataan seni (contoh, rumah Azman, bilik Uda) dan simbol. Paling dapat tangkap adalah baju Dara yang koyak dan name tag sekolah Dara, babak Melor dan Dara menunggu Azman Picaso di tepi flat itu sangat favourite dari angle atas. Bingkai berkuasa apabila perbuatan Uda menunggu keretapi lalu untuk mendengar bunyinya berlatarbelakang batu-bata merah. Segalanya berjalan lancar dengan kurang rungutan. Gandingan Sharifah Sakinah (Melor) dan Sharifah Amani yang pertama kali PF tonton sangat menjadi. remaja yang baru nak kenal dunia. Cuma, Sh. Sakinah boleh bagi lebih daripada itu, mungkin kekangan tapisan menyebabkan usaha keberanian terbantut. Berilah peluang pada Sh. Sakinah watak-watak berat lagi wey. Nak tengok! Ingatkah dengan telemovie Racun Menantu di mana Sh. Sakinah dengan Zaidi Omar yang sangat daring tu? Bukan bermaksud watak-watak penggoda atau seks oriented, tetapi lebih serius dan berkarakter. Ameerul Afendi sekali lagi mencuri tumpuan sebagai Azman Picaso, penagih dadah berjiwa seni. Macam watak Sofi Jikan dalam Amir & Loqman Pergi ke Laut. Semua pelakon memberi persembahan jitu, ini adalah pakej lengkap. Percubaan Khairul Azri sangat cemerlang walaupun pertama kali mengarah. Beliau pernah menghasilkan video klip Apa Khabar oleh Joe Flizzow.
Oh ya, OST filem ni, nyanyian Monoloque (unik dan agak klasik) dan Othman Hamzah memang kena dan menyumbang mata tinggi. Kisah cinta ini mengingatkan kepada Sepet, kejahatan seperti Songlap, errr mungkin ada perbezaan tetapi auranya menghampiri kepada itu.
Tahniah!
Oh ya, OST filem ni, nyanyian Monoloque (unik dan agak klasik) dan Othman Hamzah memang kena dan menyumbang mata tinggi. Kisah cinta ini mengingatkan kepada Sepet, kejahatan seperti Songlap, errr mungkin ada perbezaan tetapi auranya menghampiri kepada itu.
Tahniah!
5 comments:
ada link ost pekak tu x ? x jumpa la.
anon: esok 19 ogos baru rilis online...
Owh bukan yang duet dgn Aisyah tu. Ada satu lagu, tak pasti sapa nyanyi, suara garau.
online 19hb? maksudnya dimana? tadi check coming soon di pawagam 1 septermber. untuk filem PEKAK
19hb tu OST lagu tema dia rilis online. Filem ni kat pawagam 1 Sept 2016.
Post a Comment