7 May 2012

Adegan Yang Tak DiJangka Dalam Filem Kita

Sehari dua ni rajin pula PF mengemaskini blog ya. Jom kita semak adegan yang tidak kita jangka dalam filem melayu kita Part I. Setakat ini saje yang teringat. Kalau rajin nanti akan ada part II tapi biasanya malaslah haha.

1. Kak Yam (Adibah Noor) menyidai seluar dalam dari saiz paling besar ke saiz kecil - MUKHSIN

Gambar hiasan.
2. Abah (Harith Iskandar) terlondeh kain pelikat semasa berkejar-kejar dengan isterinya - SEPET


3. Johan (Syamsul Yusof) mengangkat mayat dalam hutan diwaktu malam - KHURAFAT.


4. Yank Kasim (pengikut Abuya) menjilat lantai - ABUYA PART II.


5. Ayah Hawa (Omar Abdullah) melanc*** dalam teksinya sambil menatap gambar wajah anaknya - SONGLAP.
Gambar hiasan
6. Mek Ani (Tengku Azura) keluar dari paya sambil bercatwalk - BUNOHAN.


7.  Pelakon Royadi Madada dan Suhaila Salam yang berpasangan dalam 2 ALAM berjalan di kolam renang  yang sukar dimengertikan maksudnya.


8. Orked (Sharifah Amani) mencabut bulu tet*** Alan (Alan Yun) semasa di hospital - GUBRA.

Gambar ni elok sikit :)
9. Salina (Dira Abu Zahar) difikirkan ingin menolong jirannya yang dirogol tetapi sebaliknya... - CHOW KIT.


10. Izzah (Maya Karin) mengahwini perogol Hariz (Aaron Aziz) - OMBAK RINDU. Lari topik daaa...


Tahniah kerana membuat karya yang berbeza. Wakaka.... Kalau korang nak vote adegan mana yang paling gempak, boleh nyatakan di ruangan komen! Kalau ada adegan lain yang korang nak share pun boleh jugak. Boleh PF buat Part II nanti. Adegan sex tak termasuklah. Mungkin tu ada entry khas nanti.


9 comments:

Anonymous said...

kak yam sidai spender tu filem mukhsin ler.

PerangFilem said...

oh maafkan saya... Mukhsin. Terima kasih Anon. - dibetulkan -

Unknown said...

ada lagi,yang filem hantu kak limah balik rumah time bra melayang tu

PerangFilem said...

ya, PF tak tertangkap semua adegan. kalau ingat akan buat part II. Tq

Unknown said...

PF;

adegan sofi jikan dengan pak imam depan masjid waktu suboh pun kira 'rare' jugak tu (filem: bohsia-jalan kembali).

PerangFilem said...

ya juga tapi rodok dgn berus jamban lagi rare ahaha..

Anonymous said...

1. watak bryan yg kantoi melancap dan ditinggalkan bogel di tepi padang. filem Mualaf.

2. babak mandi manda mak inom ngan pak atan. filem/telemovie Rabun.

3. sikat rambut kat tangga dalam keadaan berkemban. Sepet.

4. pak bilal yg sempat membelai seekor anjing dalam perjalanan ke masjid. Gubra.

damn, rindu karya2 arwah yasmin ahmad.







PerangFilem said...

Thanks Anon kerana berkongsi. Me too rindu karya Arwah. Dah beli buku "Yasmin, How You know?"?

Anonymous said...

woaaah adegan melancap tu ada mehhh hahaha