Genre : Aksi [1], Drama
Arahan : Rosihan Zain & Brandon Lee
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Muhd Izzam Izzudin, Muhd Izzam Syafiq, Muzhaffar Shah,
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Muhd Izzam Izzudin, Muhd Izzam Syafiq, Muzhaffar Shah,
Nur Nadzirah, Mers Sia, Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Yasmin Hani, Lana Nordin, Namron
Janelle Chin, Brandon Yuen etc.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Songlap, KL Gangster
Rating : 3.5/5
Janelle Chin, Brandon Yuen etc.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Songlap, KL Gangster
Rating : 3.5/5
Filem ini mempunyai 2 cerita yang berbeza tetapi
latarbelakang yang sama. Pertama, latarbelakang Chow Kit merupakan lokasi
cerita itu sendiri dan Kedua asal usul wataknya adalah dari Chow kit. PF
asingkan keduanya-duanya.
Pertama – arahan Rosihan Zain
Kisah kanak-kanak jalanan dari
Jalan Chow Kit yang sinonim dengan gejala negatif. Ajid dan Tika anak kepada
pelacur. Manakala Acat anak kepada ayah seorang gelandangan dan penagih
dadah. Filem tentang kanak-kanak ini bagi
PF sesuatu yang agak sedikit memeranjatkan bagi sinema Malaysia. Filem ini dikategorikan
sebagai 18 memang tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak itu sendiri. Harap tidak disiarkan di Astro First. Kanak-kanak
yang berlatarbelakangkan dari ibu bapa yang rosak akhlak turut secara terpaksa mewarisi
akhlak yang tidak baik. Walau bagaimanapun tak semuanya teruk kerana sikap berdikari mereka untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Anda boleh dengar perkataan lucah dan mencarut
dengan jelas tanpa potongan! Jadi, ini
bukan sama sekali senada dengan Laskar Pelangi. Malah ada unsur-unsur Eden
Lake! Filem Malaysia terkini yang
mewatakkan kanak-kanak jahat adalah Sumpahan Puaka tapi setakat bakar rumah
sajalah.
Cuma pelakon kanak-kanak adalah berwajah
baru, maka persembahan mereka ada sedikit kaku di sana-sini. Namun
keseluruhannya tak berapa menjejaskan cerita part 1 ini. Lana Nordin yang jarang
berlakon filem, dan digelar Pamela Anderson Malaysia melakonkan watak ibu Tika,
amat seksi wooo. Perhatikan peluh yang menitik, pasti menjadi satu lagi secalit
‘sejarah’ baru dalam sinema kita. Tapi
rasanya tak boleh lawan scene Zue Aziz atas katil dalam Abuya Part II. Memang kenalah
Chow Kit yang kotor dan busuk sama seperti watak-wataknya yang hitam itu. Walaupun ada lompong-lompong kosong contohnya watak Yasmin Hani dan pembalasan dendam si Tika yang tergantung, tetapi keseluruhannya, bahagian pertama ini boleh dinikmati dengan sedap.
Pelacuran |
Kanak-kanak Jalan Chow Kit |
Kedua – arahan Brandon Lee
Jangan keliru, kisah pertama dan kedua tiada kaitan walaupun ada beberapa pelakon yang sama digunakan. Kisah kedua sebenarnya tidaklah ‘sebaru’
mana. Dengan majoriti wataknya adalah Cina, tema gangster dan dadah, pukul
memukul dan tembak menembak tapi diselit juga dengan perlakuan seks yang
sinonim dengan kehidupan mereka. Ah Kuan yang baru keluar penjara berniat untuk meninggalkan kegiatan lampaunya namun
terjerumus kembali akibat wang. PF yang tercari-cari Dira Abu Zahar rupanya
muncul di part 2 dan wataknya tidak sebesar mana dan tidak sepenting mana. Cuma
ada SATU adegan Dira yang buat PF terperanjat! Tak pelik cuma tak dijangka! Bolehlah
diberi point kat situ. Hehe.
PF seboleh-bolehnya tidak mahu membuat spoiler filem ini. Walaupun idea Chow Kit tidak segar namun ada beberapa detik yang akan
buat anda wow dan surprise dan setidak-tidaknnya filem ini lebih ‘mulia’ dari lambakan hantu lawak dan
sebagainya dan tidak menyesal memilih Chow Kit. Ada masa pergilah menonton. Usaha filem ini boleh diberi pujian, cuma adegan rogol, PF no komen. Tetapi jika mahu dibandingkan rogol dalam Chow Kit, ada filem Melayu lain yang lagi teruk bagaimana rogol dipaparkan.
Samseng berurusan |
Dira hanya tempelan |
4 comments:
Salam,
1. Aku setuju.
2. Aku tengok Chow Kit tanpa membaca apa-apa sinopsis, review dan segala rujukan serta bahan promosi.
3. Sejujurnya, aku TERKEJUT dengan keberanian Chow Kit memaparkan realiti.
4. Jukstaposi Dira Abu Zahar kena diperhati dengan sebaiknya.
5. Chow Kit mengkritik masyarakat dengan gaya yang amat pedas.
6. Kalau macam inilah rupa dan arah ideologi pengarah filem generasi pelapis, Malaysia ada peluang... Masih ada sinar...
7. Chow Kit belum sampai tahap lagenda seperti "City of Gods" tapi kata kunci yang aku nak tekankan disini ialah - WOW!
Asri al-Baker
http://nokiaku.my
Terima kasih krn memberi pendapat.
thanks PF for this honest review.
welcome dude...
Post a Comment