5 May 2012

Chow Kit : Tak Segar Tapi Lebih ‘Mulia’



Genre : Aksi [1], Drama
Arahan : Rosihan Zain & Brandon Lee
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Muhd Izzam Izzudin, Muhd Izzam Syafiq, Muzhaffar Shah, 
Nur Nadzirah, Mers Sia, Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Yasmin Hani, Lana Nordin, Namron
Janelle Chin, Brandon Yuen etc.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Songlap, KL Gangster
Rating : 3.5/5
 

Filem ini mempunyai 2 cerita yang berbeza tetapi latarbelakang yang sama. Pertama, latarbelakang Chow Kit merupakan lokasi cerita itu sendiri dan Kedua asal usul wataknya adalah dari Chow kit. PF asingkan keduanya-duanya.

Pertama – arahan Rosihan Zain

Kisah kanak-kanak jalanan dari Jalan Chow Kit yang sinonim dengan gejala negatif. Ajid dan Tika anak kepada pelacur. Manakala Acat anak kepada ayah seorang gelandangan dan penagih dadah.  Filem tentang kanak-kanak ini bagi PF sesuatu yang agak sedikit memeranjatkan bagi sinema Malaysia. Filem ini dikategorikan sebagai 18 memang tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak itu sendiri.  Harap tidak disiarkan di Astro First. Kanak-kanak yang berlatarbelakangkan dari ibu bapa yang rosak akhlak turut secara terpaksa mewarisi akhlak yang tidak baik. Walau bagaimanapun tak semuanya  teruk kerana sikap berdikari mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Anda boleh dengar perkataan lucah dan mencarut dengan jelas tanpa potongan!  Jadi, ini bukan sama sekali senada dengan Laskar Pelangi. Malah ada unsur-unsur Eden Lake! Filem Malaysia terkini yang mewatakkan kanak-kanak jahat adalah Sumpahan Puaka tapi setakat bakar rumah sajalah.

Cuma pelakon kanak-kanak adalah berwajah baru, maka persembahan mereka ada sedikit kaku di sana-sini. Namun keseluruhannya tak berapa menjejaskan cerita part 1 ini. Lana Nordin yang jarang berlakon filem, dan digelar Pamela Anderson Malaysia melakonkan watak ibu Tika, amat seksi wooo. Perhatikan peluh yang menitik, pasti menjadi satu lagi secalit  ‘sejarah’ baru dalam sinema kita. Tapi rasanya tak boleh lawan scene Zue Aziz atas katil dalam Abuya Part II. Memang kenalah Chow Kit yang kotor dan busuk sama seperti watak-wataknya yang hitam itu. Walaupun ada lompong-lompong kosong contohnya watak Yasmin Hani dan pembalasan dendam si Tika yang tergantung, tetapi keseluruhannya, bahagian pertama ini boleh dinikmati dengan sedap.

Pelacuran
Kanak-kanak Jalan Chow Kit

Kedua – arahan Brandon Lee

Jangan keliru, kisah pertama dan kedua tiada kaitan walaupun ada beberapa pelakon yang sama digunakan. Kisah kedua sebenarnya tidaklah ‘sebaru’ mana.  Dengan majoriti wataknya adalah Cina, tema gangster dan dadah, pukul memukul dan tembak menembak tapi diselit juga dengan perlakuan seks yang sinonim dengan kehidupan mereka. Ah Kuan yang baru keluar penjara berniat untuk meninggalkan kegiatan lampaunya namun terjerumus kembali akibat wang. PF yang tercari-cari Dira Abu Zahar rupanya muncul di part 2 dan wataknya tidak sebesar mana dan tidak sepenting mana. Cuma ada SATU adegan Dira yang buat PF terperanjat! Tak pelik cuma tak dijangka! Bolehlah diberi point kat situ. Hehe.

PF seboleh-bolehnya tidak mahu membuat spoiler filem ini. Walaupun idea Chow Kit  tidak segar namun ada beberapa detik yang akan buat anda wow dan surprise dan setidak-tidaknnya filem ini lebih ‘mulia’ dari lambakan hantu lawak dan sebagainya dan tidak menyesal memilih Chow Kit. Ada masa pergilah menonton. Usaha filem ini boleh diberi pujian, cuma adegan rogol, PF no komen. Tetapi jika mahu dibandingkan rogol dalam Chow Kit, ada filem Melayu lain yang lagi teruk bagaimana rogol dipaparkan.

Samseng berurusan
Dira hanya tempelan

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

1. Aku setuju.

2. Aku tengok Chow Kit tanpa membaca apa-apa sinopsis, review dan segala rujukan serta bahan promosi.

3. Sejujurnya, aku TERKEJUT dengan keberanian Chow Kit memaparkan realiti.

4. Jukstaposi Dira Abu Zahar kena diperhati dengan sebaiknya.

5. Chow Kit mengkritik masyarakat dengan gaya yang amat pedas.

6. Kalau macam inilah rupa dan arah ideologi pengarah filem generasi pelapis, Malaysia ada peluang... Masih ada sinar...

7. Chow Kit belum sampai tahap lagenda seperti "City of Gods" tapi kata kunci yang aku nak tekankan disini ialah - WOW!

Asri al-Baker
http://nokiaku.my

PerangFilem said...

Terima kasih krn memberi pendapat.

Johnny Tiptra said...

thanks PF for this honest review.

PerangFilem said...

welcome dude...