Latarbelakang :
Filem SeeFood adalah sebuah filem animasi berbentuk pengembaraan yang dikatakan sebuah filem animasi pertama dalam Bahasa Inggeris di Malaysia. Grand Brilliance bakal menjadi pengedar dan akan memastikan segala promosi filem ini berjalan lancar sementara Silver Ant Sdn Bhd sebagai penerbit filem ini.
Studio animasi tersohor Malaysia, Silver Ant Sdn Bhd telah membuat kenyataan hari ini bahawa mereka telah memilih Grand Brilliance sebagai pihak promosi dan pengedaran filem animasi adventur pertama mereka, SeeFood. Dalam majlis menandatangani perjanjian tengahari tadi, Ahmad Izham Omar selaku Pengurus Eksekutif Primeworks Studios menyatakan perasaan berbesar hati pihak Grand Brilliance dalam menerima tanggungjawab mempromosi dan mengedarkan filem SeeFood ke seluruh Malaysia. SeeFood, dengan kelasnya yang tersendiri dari segi penceritaan dan kualitinya juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.
Baca selanjutnya di : Seefood Filem Animasi Bahasa Inggeris Pertama Malaysia
Tarikh tayangan : 8 Mac 2012
Filem yang dikatakan mendapat ilham/ meniru/ copycat : Nemo
Review Pengkritik : Memberi rating yang rendah kerana kebosanan filem ini.
Contoh review : Orang Perlis Menulis
Trailer :
- DAN -
Latarbelakang :
SPACETOON Spacetoon Media Hub Sdn Bhd (SMH), syarikat kerjasama Spacetoon yang berpangkalan di Dubai dengan kerajaan Perak, berjaya memperolehi beberapa temu janji dan rundingan pengedaran produk anak tempatan keluaran syarikat itu pada Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia 2010 (MIPCOM 2010) yang di Cannes, Perancis, pada 4 Okber lalu hingga 8 Oktober.
Ketua Pegawai Eksekutif SMH, Sharifah Hendon al-Yahya, berkata pada pameran itu, syarikat itu akan membawa sebuah filem menggunakan teknologi CGI iaitu Mantera serta dua produk lagi menggunakan sistem tiga dimensi (3D) iaitu Maouia dan Net.Works!.
"Pameran berkenaan yang disertai dari 102 negara bakal dikunjungi kira-kira 12,000 peserta dari serata dunia sekali gus memberi peluang kepada produk dan bakat tempatan memperoleh peluang serta pendedahan antarabangsa," katanya di Ipoh, Perak.
Sharifah Hendon berkata, filem Mantera yang diterbitkan hasil usaha sama SMH dengan Flare Studio Sdn Bhd membabitkan pelaburan tempatan dan asing bernilai RM18.15 juta menampilkan penyanyi popular Tomok yang membawa watak utama manakala teraju penting wanitanya dipegang oleh Kamaliya, iaitu penyanyi dan pelakon dari Ukraine yang juga bekas Ratu Cantik Russia 2008.
Baca selanjutnya di Mantera Diintai Pasaran Dunia
Tarikh tayangan : 17 May 2012
Filem yang dikatakan mendapat ilham/ meniru/ copycat : Tansformers
Review Pengkritik : Belum diketahui.
Trailer :
*****
Korang dapat relate kedua-duanya kan? Tepuk dada tanya selera. Walau apa pun Malaysia ada usaha terhadap genre-genre sebegini. PF kata yeayy!
No comments:
Post a Comment