Genre : Drama
Arahan : Lars Von Trier
Kos : US7.4 juta
Pelakon : Kirsten Dunst, Charlotte Gainsbourg, Alexander Skargard, Kiefer Sutherland.
Kos : US7.4 juta
Pelakon : Kirsten Dunst, Charlotte Gainsbourg, Alexander Skargard, Kiefer Sutherland.
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya :
Rating : 3/5
Filem Seumpamanya :
Rating : 3/5
Justine (Kirsten Dunst) dan Claire (Charlotte Gainsbourg) adalah dua adik beradik. Justine yang melangsungkan perkahwinan yang dibiayai oleh abang iparnya. Claire berusaha membuatkan malam perkahwinan adiknya berjalan lancar. Manakala bahagian kedua berkenaan perasaan Claire dalam menghadapi planet Melancholia yang akan menghentam bumi.
Menjadi trademark Lars Von Trier (LVT) yang membahagikan filemnya kepada bahagian-bahagian dan prolog slow motion yang amat indah sepertimana dalam Antichrist. Prolog pada 10 minit pertama adalah gambaran untuk penonton tentang filem ini yang berkisar kesuraman dan malapetaka. Pengarah barat ni suka buat filem-filem yang tension kan? Kirsten Dunst bukan lagi gadis Spiderman. Melihatkan malam perkahwinan Justine, PF merumuskan hidup orang barat ini banyak sangat tekanan dalam diri peribadi dan keluarga. Sedang tetamu hadir gembira tetapi tidak bagi tuan rumah. Ibu Justine katanya tak percaya perkahwinan, hadir dengan baju biasa-biasa, membenci Justine. (PF merasakan ibu bapa Justine telah bercerai). Perkahwinan Justine nampak 'lesu' agaknya memang meminjam tajuk filem ini sekali. Macam manalah kehidupan sang pengarah LVT kerana 2 filemnya yang PF tonton adalah berkenaan depresi yang dalam. Apatah lagi Antichrist yang super duper depress. Boleh mereng jika terlalu menghayatinya.
Antara prolog |
Perkahwinan satu fasa manusia |
Filem yang bukan feel good movie ini seterusnya ke bahagian kedua berkenaan Claire yang khuatir akan planet Melancholia yang dijangka oleh saintis akan menghentam bumi. Claire adalah jenis manusia yang takut akan kiamat, Justine hanya redha setelah apa yang berlaku di atas perkahwinannya. Adalah sesuatu yang pelik bila kedua-dua isi cerita yang berlainan konsep ini dicantum dalam satu filem. Filem ini bukan pasal hiruk pikuk manusia kota yang bertempiaran lari ketika berita malapetaka akan tiba. PF juga berpendapat kemelesetan emosi manusia berlarutan hingga ke kiamat di mana itu adalah satu yang malang bagi umat manusia yang cuba disampaikan oleh LVT. Adakah Melancholia benar-benar akan menghentam bumi? Apa yang pasti adegan akhir filem ini menjadi jawapan akan disaster movie versi Lars Von Trier. Sungguh 'cantik' walaupun ianya malapetaka.
Bagaimana prolog special effect dibuat :
No comments:
Post a Comment