Genre : Drama
Arahan : Asghar Farhadi
Kos : US800k
Pelakon : Peyman Moadi, Leila Hatami, Sareh Bayat, Shahab Hosseini, Sarina Farhadi
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya :
Rating : 4.5/5
Simin ingin berpindah keluar negara demi kebaikan keluarganya, tetapi suaminya, Nader enggan mengikut kerana bapanya menghidap alzheimer dan ingin menjaganya. Simin kemudian mengambil keputusan untuk duduk dirumah orang tuanya dan ingin meminta cerai dari suaminya kerana enggan menurut kehendaknya. Termeh, anak mereka kekal tinggal dengan ayahnya. Nader mengupah seorang perempuan yang sedang mengandung untuk menjaga bapanya diwaktu siang apabila dia keluar bekerja. Terjadi suatu peristiwa yang membuatkan Nader marah terhadap Razieh, kehidupan mereka menjadi kucar kacir yang tak dijangka oleh mereka sekeluarga.
Nader takkan tinggalkan bapanya |
Setelah menanti
filem ini akhirnya, PF berpeluang menontonnya di TGV Sunway Piramid
semalam. PF tak taulah nak kata best atau tak sebab PF sorang saja dalam panggung menonton filem ini. Mungkin yang lain menonton secara download saje kot. Filem Iran yang memang terkenal dengan filem drama terhebat
menyaksikan kehidupan sebuah keluarga sederhana Iran yang inginkan kehidupan
lebih baik tetapi akhirnya berdepan dengan kemelut yang lebih teruk. Semuanya
kerana Simin yang bercita-cita ingin berhijrah. Benar kata anak perempuan
mereka. Termeh 11 tahun yang menyalahkan semua ini ke atas bahu ibunya. Apa
yang PF boleh katakan, filem ini adalah filem konflik pertengkaran. Tiada saat bahagia
dalam keluarga Nader ditunjukkan. Paling simpati adalah Razieh yang menjaga
ayah Nader, tertekan dengan kerjanya di mana terpaksa bersentuhan kulit dengan
ayah Nader, dituduh mencuri wang Nader dan sehingga konflik keguguran kandungannya.
Razieh terpaksa menyembunyikan sesuatu perkara kerana takut akan suaminya yang
panas baran. Sebagaimana konflik kekeluargaan di mana-mana, anak menjadi mangsa
kekalutan sebagaimana yang dilalui Termeh yang masih muda tidak faham akan
sikap ayahnya yang terpaksa berbohong sesuatu demi melindungi keluarga mereka.
Begitu juga Somayeh anak perempuan Razieh yang tidak faham apa-apa. Melihat
raut wajahnya bersandar di dinding ketika Razieh dan Hojjat bergaduh ketika
sesi perbincangan dengan semua pihak semasa di rumah Razieh.
Nader mengatakan alasan pakaian Razieh menyebabkan dia tak perasan Razieh mengandung |
Nader berang terhadap Razieh di muka pintu |
Bagi PF watak yang menonjol dalam filem ini adalah Razieh sendiri
kerana kehadirannya mengkucar-kacirkan kedua-dua belah pihak; keluarga Nader
dan keluarganya gara-gara tertekan dengan kehidupan dan keadaan suaminya yang menganggur.
Lakonan mantap dan titis air matanya cukup mengundang simpati (babak dituduh
mencuri oleh Nader dan babak merayu dengan hakim), walaupun filem ini tidak
dihiasi dengan muzik latar langsung. Setiap babak pertengkaran seakan benar. PF
rasa babak pertengkaran ada dalam lebih kurang 7-8 babak semuanya. Jadi, filem ini sangat kacau dan buat kita 'berhibur' dalam tekanan dengan masalah mereka. Di dapati,
Quran sebagai simbol berikrar dengan tuhan bahawa ‘aku berkata benar’ senang
dipraktikkan di mana-mana di Iran i.e tidak perlu dilakukan di dalam masjid. Seakan
filem ini ingin mengajar dunia bukan Islam pabila Razieh menelefon ustaz akan
hukum memegang yang bukan muhrim dalam keadaan darurat. Dalam A Separation,
penonton di ajak untuk mengikuti perbalahan Razieh-Nader-Hakim untuk mengetahui
siapa salah dan siapa benar akibat keguguran bayi Razieh. Ada kala PF berpihak
kepada Nader, ada kala PF berpihak kepada Razieh seakan hanyut-dibuai-buai
dengan kes mereka. PF suka adegan akhir filem ini di mana Nader dan Simin menunggu diluar tanpa berkata-kata ketika Termeh ingin membuat keputusan hendak tinggal dengan siapa sehinggalah nama kredit muncul kerana tidak penting pun untuk kita tahu sebenarnya,
Razieh perlu mencari wang untuk sara keluarga |
Simin dan Termeh |
Filem berunsur kemanusiaan yang universal ini menjadi saranan
kepada penggemar drama apatah lagi berunsur keislaman. Sebagai penonton biasa,
PF mungkin agak tercari-cari keistimewaan filem pemenang Bahasa Asing Oscar ini.
Kemungkinan, ia punya daya magis kerana mengkritik kehidupan permasalahan
sosial yang diangkat sederhana dengan gaya Iran yang cukup kuat. Filem ini mengalahkan
Footnote dari Israel di Oscar tempoh hari.
p/s : kereta Peugeot banyak di Iran
Updated : Didapati Sareh Bayat (Razieh) dan Sarina Farhadi (Termeh) memenangi aktress terbaik Fest. Filem Berlin 2011, patutlah pun lakonan mereka amat cemerlang :
3 comments:
aku nak download filem ni tapi file dah removed...hahaha
xdapat nak tgok lah aku
dekat youtube dah kena remove.
hahaha...tu la pasal
Post a Comment