20 Apr 2012

My Way, The Cabin In The Woods & The Story of Qiu Ju



Genre : Aksi 1 & 2
Arahan : Je-Kyu Kang
Kos : US25 juta
Pelakon : Dong-gun Jang, Jo Odari, Bingbing Fan, In-kwon Kim
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : filem perang yang lain
Rating : 4/5


Filem perang bukan genre PF. Mungkin ini filem paling mahal Korea Selatan setakat ini, PF gagahkan jua menonton. Perasaannya sama kalau Malaysia mengeluarkan filemnya yang termahal. Menonton dalam keadaan pening bukan satu pilihan tepat. Kepala yang pusing ditambah tembakan-tembakan dan durasi yang panjang sedikit menyeksakan. Yang lainnya filem ini dengan filem perang yang PF tonton adalah watak utama bukanlah askar asli yang sengaja masuk tentera, tetapi adalah hukuman dan dipaksa berperang. Berdasarkan kisah benar, filem ini melibatkan lebih kurang 4-5 medan perang yang berbeza, di kawasan kota yang musnah, di tanah tandus dan di pantai (shooting di Korea, China, France, Russia & Latvia). Boleh kata babak peperangan di tempat-tempat yang dinyatakan tadi memang best dan boleh buat anda kagum! Cuma yang tak best sikit di awal-awal filem ini adalah pasal marathon yang buat PF waarghh.....(menguap). 2 sahabat yang mulanya kawan kemudian terpaksa bermusuh dan kemudian berkawan semula. Sampai satu babak mereka ni macam pasangan gay pun ya. (samalah mcm Snow Flower & Secret Fan yg berkawan rapat ala lesbian). Rasanya pelaburan yang besar ke atas filem ini boleh nampak secara visual tetapi dari ketepatan sejarah, maaf PF tak dapat pastikan. Jika anda berminat boleh membaca sejarah atau latarbelakang 2 watak utamanya. Kepada peminat filem sebegini, jangan lepaskan peluang.

p.s dalam popularnya Kpop dan drama Korea sekarang, perlukah produksi drama atau filem kita pun shooting kat Korea? Apa relevannya?



Genre : Aksi 2 (CGI)
Arahan : Drew Goddard
Kos : US30juta
Pelakon : Kristen Conolly, Chris Hemworth, Anna Hucithson, Fran Kranz, Jesse Williams
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Hunger Games, filem-filem zombi
Rating : 3.5/5

Macam pelik pulak My Way berkos US25 juta dengan adegan-adegan perang segala tapi filem ini US30 juta. Mungkin kesan khas dihujung filem ini yang buat ianya mahal kot! 5 sekawan pergi bercuti ke kabin di dalam hutan milik cousin kepada salah seorang daripada mereka. Percutian mereka berakhir dengan tragedi apabila satu demi satu menemui ajal. Nampak macam stereotype bunyinyakan? Sebenarnya bila menonton filem ini, banyak filem yang pernah PF tonton berlegar-legar dalam kepala secara automatik. Salah satunya elemen-elemen tempat atau lokasi iaitu kabin di dalam hutan (I Spit On Your Grave, Friday Night 13th etc), stesen minyak yang buruk, konon-konon tiada orang (banyak dalam filem Hollywood), zombi-zombi dan terbaru ala-ala Hunger Games. Sebenarnya, The Cabin In The Woods merumuskan semua filem tersebut ke dalam satu. Ditambah dengan satu lagi trademark Hollywood dengan ending ala dunia nak kiamat. Oh, komedi juga untuk penonton ketawa. Ianya satira! Dan tak keterlaluan mengatakan ianya 'tribute' untuk filem horror dan slasher juga! Spoiler : bagaimana control room yang begitu penting (di mana Marty dan Dana tekan button lif) takde Security yang jaga? haha... spoiled la.

p.s : terbaca di imdb Kristen Conolly (Dana) hanya membawa watak 'woman reading on bench' dalam filem The Happening (M.Night Shyamalan)



Genre : Drama
Arahan : Zhang Zhimou
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Gong Li, Peigi Liu, Liuchun Yang, Kesheng Lei
Tahun : 1992
Filem Seumpamanya : 
Rating : 3.5/5

Qiu Ju seorang isteri yang sedang hamil kepada Qinglai. Qiu Ju ingin mencari keadilan kerana ketua kampung menendang anu suaminya sehingga suaminya terpaksa berehat lama dan tidak dapat mencari nafkah. PF pun tak menyangka ada filem dengan jalan cerita sebegini. Sebenarnya itu hanyalah landasan saja, tetapi perlu dilihat secara mata halus akan makna yang tersirat. Filem ini berkisar kepada penindasan, keadilan, semangat seorang wanita dan kasih sayang kepada suami yang ditangani oleh Qiu Ji sebagai rakyat biasa. Kebanyakan filem Zhang Yimou yang PF tonton adalah dari novel dan ianya berbeza-beza genre. Qiu Ju yang sanggup ke bandar - yang asing baginya, datang beberapa kali dalam keadaan hamil ditemani adik iparnya sehingga ditipu oleh penduduk bandar. PF mendapati figura Zhang Ziyi (The Road Home) dan Gong Li (filem ini dan Rise The Red Lantern) mempunyai aura yang sama. Satu kerana memiliki wajah/ekspresi yang sama dan kedua bahasa tubuh yang sama. Mungkin watak-watak antara 2 pelakon ini sendiri tak jauh lari dari filem yang disebutkan tadi. Mood apabila menonton filem Zhang Yimou adalah sama apabila PF menonton sesetengah filem Iran terutama yang berdialog mendatar dan berlatarbelakangkan kampung dan kehidupan yang daif dan sederhana di mana menjadi salah satu premis yang menjadi kegemaran PF. Berjayakah Qiu Ji menuntut keadilan? Apakah yang terjadi kepada ketua kampung akibat perbuatannya? PF merasakan suatu yang menarik dipenghujung cerita.

p.s : Adegan Qiu Ju berlari diakhir filem adalah sama dengan Zhang Ziyi berlari dalam The Road Home. Tapi Zhang Ziyi lagi banyak berlari dlm filem dia.


No comments: