25 Jul 2012

Jalan Pintas ke Puchon Korea



Jalan Pintas dijemput untuk mengadakan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (Pifan) ke-16 yang berprestij dari 19 hingga 29 Julai ini. Khabarnya, filem ini juga akan ke Festival Filem Torino, Itali. Selamat berjaya!

Filem arahan : Nam Ron.

Pelakon : Auf Abd Razak, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Mislina Mustafa, Sara Ali, Fikhree Bakar, Sharifah Amani, Xavier Fong, Dina Zainal, Yaya Nazri, Beto Kushairy, Rizainuddin, Azhan Rani dan ramai lagi.

Sinopsis : merupakan sebuah cereka yang berkisar tentang watak Bakar - seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan , juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga - ibu dan seorang adik perempuannya. 

Melalui Jalan Pintas, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita jumpa di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari -- dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

Penonton yang telah menonton : Review
Sumber : Website PIFAN
Sumber : Harian Metro

Teaser 




23 Jul 2012

Kuantiti, Kualiti Perlu Seiring



INDUSTRI filem tempatan dikatakan semakin berkembang apabila jumlah filem bertambah dari tahun ke tahun sekaligus melepasi fasa "kering" sepuluh tahun lalu. Tahun ini misalnya, sebanyak 37 filem telah ditayangkan sehingga Jun lalu dan dijangka 60 filem ditayangkan hingga akhir tahun ini.

Berbanding tahun lalu hanya 42 buah filem ditayangkan dan perkembangan ini jika dilihat sudut kuantiti adalah suatu yang membanggakan. Tetapi filem bukanlah barangan dagangan kerana ia sebuah karya yang bersangkut paut tamadun dan budaya sesuatu bangsa.

Maka mahu tidak mahu filem juga ditanya pencapaian kualitinya. Daripada filem yang ditayangkan tahun ini misalnya, berapa filem yang boleh dikelaskan mempunyai kualiti yang selayaknya? Ini kerana kutipan box office dan belanja pembikinan bukanlah penanda aras kualiti sesebuah filem.

Kecenderungan sesetengah penerbit filem memilih kuantiti dan mengabaikan kualiti asalkan filemnya mendapat pulangan besar. Inilah yang membimbangkan sesetengah pihak yang masih percaya bahawa filem mesti mencerminkan sosiobudaya bangsa.

Inilah yang dibahaskan dalam Dialog Sri Pentas anjuran Media Prima Berhad di Sri Pentas, Bandar Utama Jumaat lalu. Dialog ini mengingatkan kita kepada siri Dialog Cerdik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 1985 dulu. Idea Dialog Sri Pentas dicetuskan oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar yang juga penggerak Dialog Cerdik dulu.

Ahli panel terdiri daripada Rektor ASWARA Profesor Dr. Hatta Azad Khan, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dan pengarah filemPuteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin. Moderator ialah Zainuri Misfar dari Berita Harian.

Menurut Dr. Hatta, perkembangan dalam industri perfileman ketika ini adalah positif kerana wujud persaingan sihat antara pembikin-pembikin filem.

Situasi ini berlaku disebabkan teknologi terkini dalam pembuatan filem yang membolehkan pembikin menghasilkan filem dengan lebih mudah dan cepat.

"Dengan adanya teknologi terkini, proses penyuntingan misalnya cukup cepat berbanding sebelum ini yang mengambil masa berbulan lamanya untuk disiapkan. Perkara ini membuatkan penghasilan filem menjadi mudah dan kuantitinya semakin bertambah," tegas Dr. Hatta yang pernah menghasilkan filem Mat Som danWayang.

Tetapi beliau juga melihat peri pentingnya pembikin filem memberikan sesuatu yang berguna kepada penonton dalam karya mereka. Beliau sama sekali tidak menentang filem yang mengambil pendekatan popular tetapi perlu ada sesuatu di dalamnya.

Bagaimanapun daripada pengamatan beliau, sesetengah penerbit ketika ini bukan setakat mendapat untung tetapi mahu keuntungan berganda sekalipun sedar filem mereka tidak memberi ada-apa kepada penonton.

"Ketika ini filem bercorak gengster dan mat rempit menjadi pilihan penerbit kerana ini menjadi kegemaran penonton tempatan. Tetapi gambaran yang diberikan di luar realiti sosial. Saya tidak percaya gengster begitu berleluasa seperti yang digambarkan," ujar beliau lagi.

Menjawab persoalan adakah belanja besar menjadi faktor melahirkan filem berkualiti, tegasnya, belanja besar bukan penentu kualiti sesebuah filem.

"Filem Iran, Children of Heaven yang dihasilkan pada tahun 1998 misalnya hanya menelan belanja RM570 ribu sahaja, namun filem tersebut telah memenangi Anugerah Filem Luar Negara Terbaik di Festival Filem Cannes. Ini membuktikan belanja tinggi bukan faktor filem yang berkualiti," jelasnya.

Ku Seman pula menekankan filem bukanlah produk hiburan semata-mata dan memberi contoh di mana Yahudi yang menguasai Hollywood menggunakan filem untuk meniup propaganda kononnya Yahudi bangsa yang dizalimi.

Holocaust"Selepas Perang Dunia Kedua, Yahudi bangkit dan menghasilkan filem-filem yang bertema Holocaust. Dianggarkan tidak kurang 160 filem yang dipanggilHolocaust cinema dihasilkan hingga kini. Kesan daripada filem bertema Holocaust ini, kita bersimpati dengan Yahudi dan propaganda mereka berjaya," tegas Ku Seman. Ini menunjukkan filem mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada salah satu produk hiburan untuk diperniagakan.

Menurutnya, filem-filem bertema Holocaust ini memperlihatkan pembikinan yang berkualiti, pengarahnya hebat dan ceritanya sentiasa memikat. Di sebaliknya tanpa disedari disuntik propaganda bahawa Yahudi dianiaya dan mereka patut disimpati.

Filem-filem ini tidak akan memikat penonton, mempersonakan juri untuk diberi anugerah kalau tidak berkualiti sebagai sebuah karya seni. Maknanya kualiti tetap diperlukan untuk menyampaikan propaganda.

"Saya mahu tegaskan di sini bahawa filem berkualiti tidak semestinya filem berat atau tidak ada elemen popular. Genre komedi atau seram juga boleh jadi filem berkualiti asalkan ada wacana dalamnya," katanya yang menegaskan bahawa pembikin filem adalah pemikir yang bukan sahaja mengikut selera penonton tetapi mencorakkan pemikiran penonton.

Bagi Saw Teong Hin pula, beliau realistik bahawa di mana-mana negara sekalipun filem tidak dapat dipisahkan dengan perniagaan. Ini kerana filem adalah karya yang menuntut belanja besar. Tetapi pada masa sama pencapaian kuantiti dan kualiti perlu diseimbangkan sebagai kelangsungan industri ini.

"Bagi saya ukuran kualiti sebenarnya bukanlah teknik pergerakan kamera dan syot sahaja, tetapi juga pengisian serta pengolahan. Filem-filem cinta dahulu sehingga sekarang sebenarnya mempunyai jalan cerita yang sama tetapi cara pengolahan. Bagi saya perkara utama yang menentukan sesebuah filem itu berkualiti atau tidak adalah cara penceritaannya," jelasnya.

Beliau tidak menafikan bahawa pengarah filem ada kalanya tersepit antara kehendak penerbit yang hanya mahu keuntungan dan pengarah yang mahukan kualiti. Dalam keadaan ini, pengarah yang menumpukan sepenuh masa dalam pengarah terpaksa mengalah walaupun itu bukan kehendak pengarah.
Menurutnya, antara aspek yang perlu diberi penekanan dalam industri filem tempatan adalah strategi pemasaran yang agresif. Inilah yang dilakukan oleh Hollywood untuk memastikan filem-filem mereka mendapat sambutan.

"Kekuatan strategi pemasaran mereka hingga membuatkan seolah-olah kalau kita tidak menonton kita akan ketinggalan zaman. Begitulah hebatnya strategi pemasaran Hollywood," tegas Saw Teong Hin lagi.
Sementara itu Johan ketika ditemui selepas dialog itu berkata, ia bertujuan membincangkan segala permasalahan serta perkembangan terkini mengenai industri seni serta media tempatan dan dirancang diadakan setiap bulan.

Menurutnya, forum seperti ini mampu memberikan ilmu berguna serta bertukar-tukar pendapat antara penggiat seni tempatan.

"Dialog ini akan diteruskan pada hari Jumaat minggu ketiga setiap bulan bagi memastikan industri seni kita dapat dibincangkan secara terbuka dan dengan cara ini juga kemungkinan masalah yang ada dalam industri kita dapat diselesaikan," jelasnya. Turut hadir pada forum itu ialah pengarah filem Shuhaimi Baba, penerbit filem Panshah serta pegawai-pegawai kanan kumpulan Media Prima Berhad.


20 Jul 2012

Aku, Kau & Dia : Agung Definisi Pierre



Genre : Drama 
Arahan : Pierre Andre
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Remy Ishak, Zarina Jamalulail, Pekin Ibrahim
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Entah
Rating : 2/5

Updated

Filem genre macam ni bukanlah favorite PF sangat tapi dah dapat tengok free, layan aje la kan. Filem yang tidak mengejutkan. Seorang gadis yang depress akibat kematian tunangnya dan 'menyiksa dirinya' selama setahun sehingga berjumpa sorang jejaka. Si jejaka cuba mengambil hati gadis. Tidak banyak konflik dipapar. Nasib baik takde adegan parent menentang pilihan si gadis. Maunya PF maki jalan cerita ni. Ending tidak dapat dibaca oleh PF, tapi masih biasa. 

Kenapa adik Mia susah-susah bagi iklan jawatan kosong sedangkan bapa mereka berkawan? Nak berdikari? Bukan jawatan besar sangat pun. PF dapat merasakan kemurungan Mia di awal cerita filem ini yang sangat mellow. Dalam babak Izlan (Remy) membawa Mia pertama kali - adegan ramai extra berbaju putih, PF dah menyumpah dalam hati, WTH semua ni, macam Bollywood dan mengarut yang agak melampau (PF kureng sikit dengan filem Hindustan). Akan tetapi rupanya ada jawapan dihujung cerita. Ada satu persoalan, kenapa ya Pierre Andre selalu buat skrip cinta yang lebih kepada women side dalam diri dia? Sama macam 19 September apa tah tu (Fasha Sanda). Kenapa jika filem cinta mengisahkan cinta semua dari sudut hati perempuan? Jarang PF tonton filem cinta dari sudut lelaki. Ah... PF sudah lupa. Mungkinkah tidak macho lelaki berperihal kisah cinta, agak aneh atau 'melanggar law' filem cinta? Titanic pun begitu, di mana Rose yang menceritakan pengalamannya di kapal tu. 

Satu hal dimana, lagu latar kalau boleh sepanjang movie nak diselitkan. Macam mana boleh jadi gitu? Tersenyum sendiri bila Elly Mazlein menyanyi dalam lagunya apabila perkataan 'just' kedengaran 'jus'. Sayangnya apabila Ameerul Afendi yang berlakon Bunohan dalam ni, mungkin saja-saja nak bagi warna dalam filem sedih ni. Okaylah PF taknak komen panjang. Bolehla layan sikit-sikit. Cuma, kisah begini sayang buat movie sebab tak seberapa apatah lagi spektular. Terlalu ringan untuk kisah agung sebab kisah cinta dengan Han tak dikupas agungnya mungkin (jika lihat tagline filem ni yang agak exaggerate). Ini sajakah kemampuan Pierre Andre setelah beberapa filem romantik yang telah dihasilkan oleh beliau? Dengarnya filem Chantek pun mendapat review yang kurang memuaskan.

p/s : Sudah baca buku Memoir Bukan Memoir oleh Pekin Ibrahim dengan sekali hadap (130+ m/s saja). Rupanya, Pekin dan Danny X-Factor bersahabat dari sekolah dan merantau ke Kuala Lumpur semasa Tingkatan 4/5 (sepatutnya) dan bekerja di A&W Sunway Pyramid.

Selamat berpuasa kepada semua!

Ramadhan 2012.

Nah, tontonlah jika berminat. Siapa suruh tayang di Astro First?



15 Jul 2012

Kadang-kadang Tidak Perlu Tanda Soal


Hiasan
Filem Melayu tiada arah?

APA yang Siti lihat, dalam masa terdekat ini filem Melayu cuba menjadi Hollywood. Tapi tidak mengendahkan aspek lain yang perlu bagi menghidupkan jiwa sesebuah filem. Selepas 12 tahun di abad baru, masihkah kita memerlukan filem Melayu untuk menjadi wadah sosialisasi dan ekspresi kemanusiaan? Apa sebenarnya yang membuatkan kita memerlukan filem Melayu seperti yang mengisi detik-detik terakhir abad ke 20 yang penuh sejarah ini?

Siti lihat sebilangan besar filem Melayu tidak pernah menjanjikan apa-apa kepada khalayaknya. Arus perdana pemikiran pembuat filem Melayu adalah keuntungan bukan manfaat. Mereka fikirkan keuntungan tapi bukan manfaat kepada masyarakat. Sebab itu mereka lupa asas, kejujuran serta tanggungjawab gulung-gulung seluloid dinamakan 'filem'.

Kini apa bezanya menonton filem Melayu dengan menonton filem Hollywood atau Hong Kong? Struktur pemikiran dalam filem Melayu yang popular sebenarnya struktur pemikiran Hollywood. Tanpa menyedari bahawa Hollywood telah sekian lama menyemai doktrin seni dan teknologinya, filem Melayu ikut terbius tetapi malangnya tidak sampai ke mana. Kita sebenarnya tidak memerlukan filem Melayu hanya sekadar menampilkan pelakon tempatan, bahasa Melayu dan lokasi artifisial wajah indah Kuala Lumpur.

Filem tentang anak-anak muda misalnya yang disingkap secara murahan akan memberikan implikasi buruk kepada imej filem Melayu keseluruhannya. Ini kerana kebanyakan filem Melayu gagal menjadi sebahagian daripada dokumentasi sosial kepada khalayaknya.

Filem Melayu sebenarnya telah berusia enam dekad. Tetapi sejak dekad yang terakhir abad lalu menyaksikan sekian banyak kemerosotan minda berbanding zaman kegemilangan berwajah hitam putih dulu. Bermula dengan dongeng Arab, lahirlah Laila Majnun tahun 1932 yang dihasilkan oleh pengarah yang dibawa dari India oleh kapitalis Hong Kong. Kerana India dan Hong Kong, kita tentu boleh memaafkan Laila Majnun yang serba kekurangan itu.

Tujuan kapitalis Hong Kong ialah mengaut keuntungan daripada budaya menonton bangsawan yang cukup popular ketika itu. Sementara pengarah dari India pula hanya bekerja untuk mendapat gaji. Itu zaman awal yang menjadi titik mula bagi sebuah sejarah. Tetapi apabila filem jatuh ke tangan anak watan yang mendapat ilmu pengarahan daripada pengarah India, wajah dan pemikiran filem Melayu telah bertukar.

Banyak cerita yang diangkat ke filem mempunyai akar umbi budaya Melayu, corak purba atau kisah dongeng yang dekat dengan masyarakat Melayu. Pengarah tempatan pada zaman awal mempunyai keazaman luar biasa untuk mengangkat nilai-nilai Melayu dalam filem yang dimodali oleh orang luar.

Kita tentu memaafkan kalau mereka juga ikut menjadi Hong Kong kerana kuasa wang daripada pemodal Hong Kong. Tetapi mereka seboleh-boleh mahu menjadi tempatan maka lahirlah Jebat, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Raja Bersiong, Mahsuri, Penarik Beca, Semerah Padi dan beberapa lagi.

Siti tengok semangat generasi M. Amin, Salleh Ghani, Hussein Haniff, Jamil Sulong yang berkarya di bawah tekanan pemodal asing telah hilang apabila filem Melayu dimodali anak watan sendiri. Filem Melayu juga sanggup menjadi juadah yang memualkan asalkan menjanjikan keuntungan.

Kerana filem Melayu telah hilang nilai-nilai tempatannya, tidak ada salahnya kalau kita memilih filem luar yang masuk ke sini. Lebih baik filem Hollywood kerana kita telah bersedia menonton ciri-ciri yang bukan daripada tempatan berbanding filem Melayu yang bercirikan Hollywood. Menolak filem Melayu begini bukanlah tidak patriotik namanya. Apa patriotiknya kalau tengok bangsa sendiri diperbodohkan.

SITI JARUM: Menonton filem Sang Kancil Hasan Muthalib.


11 Jul 2012

Filem-Filem 2012 Part II (JULAI - DIS.)


Filem yang ditonton oleh PerangFilem pada tahun ini. 
Filem yang diulas/komen adalah bertanda * :

JULAI
FROM KOKURIKO HILL (ANIMASI - JEPUN) --- 3/5
THE AMAZING SPIDERMAN (AKSI 2) --- 3
*AFTER THIS OUR EXILE (DRAMA - HONG KONG) --- 4.5
WE NEED TO TALK ABOUT KEVIN (DRAMA) --- 3
BATMAN : THE DARK KNIGHT RISES (AKSI 2) --- 3.5
*AKU, KAU & DIA (DRAMA) --- 2

OGOS
*SAM (AKSI 1) --- 3.5
V/H/S (GANAS/THRILLER/SERAM) --- 3

SEPTEMBER
*29 FEBRUARI (DRAMA) --- 3
PREMIUM RUSH (AKSI - 1) --- 2.5
*POSESSION 2012 (SERAM) --- 2.5
*CHERNOBYL DIARIES (GANAS/THRILLER) --- 3.5
DREDD (AKSI 2) --- 3
RESIDENT EVIL RETRIBUTION (AKSI 2) --- 3.5
*HANTU KAPCAI (KOMEDI) --- 2.5

OKTOBER
*SALO (GANAS/THRILLER - ITALI) --- 5 (diharamkan)
*JAN DARA (DRAMA - THAI) --- 3.5
HUMAN CENTIPEDE 2 (GANAS/THRILLER) --- 2.5
*ONCE UPON A TIME IN ANATOLIA (DRAMA - TURKI) --- 3
A SIMPLE LIFE (DRAMA - HONG KONG) --- 3
THE HOUSE AT THE END OF THE STREET (THRILLER/GANAS) --- 2.5
*HAYAT (DRAMA - IRAN) --- 3
*THE FATHER (DRAMA - IRAN) --- 4
*SINISTER (SERAM) --- 3
*TED (KOMEDI) --- 3
*ISTANBUL AKU DATANG (DRAMA) --- 3.5
DI SEBALIK LINDUNGAN KAABAH (DRAMA-INDONESIA) --- 3

NOVEMBER
*ZAITON CERITAKU (DRAMA) --- 2.5
KEPONG GANGSTER (AKSI) --- 2.5
HOT BOY NOI LOAN (DRAMA - VIETNAM) --- 3

DISEMBER
*LIFE OF PI (AKSI2) --- 4 - Review oleh Hassan Muthalib
*LAGENDA BUDAK SETAN 2 (DRAMA) --- 2.5
*PERAHU KERTAS (DRAMA-INDONESIA) --- 3.5
*TANAH SURGA.. KATANYA (DRAMA INDONESIA) --- 3.5
BUDAK PAILANG (AKSI1) --- 2.5
THE HOBBIT : AN UNEXPECTED JOURNEY (AKSI2) --- 3.5
WRECK-IT RALPH (ANIMASI) --- 3

TAMAT

*Dikemaskini dari semasa ke semasa.
Filem berperang : PART I

10 Jul 2012

Akan Datang : Bola Kampung The Movie & Tanda Putera

Kali ini PF nak promote 2 filem Malaysia yang agak lari dari kebiasaan yang membosankan ditiap minggu anda apabila filem baru keluar pawagam. Sememangnya wajar dapat perhatian dari peminat filem tempatan.

BOLA KAMPUNG THE MOVIE


Bola Kampung The Movie Diterbitkan oleh Animasia Studio. Menggunakan sepenuhnya Imej Janaan Komputer (CGI) dengan kos penerbitan sebanyak RM6 juta dan menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya. Filem Bola Kampung The Movie ini mengambil masa dua tahun sebagai persediaan, akan menggabungkan 100 pakar tempatan dalam dunia grafik, muzik, animasi, komposer dan pelakon suara bagi menjayakannya. Dijangka tayang pada hujung 2012.
Website : http://bolakampungmovie.com

TRAILER


*****

TANDA PUTERA


Filem berdasarkan kisah benar ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Akan ditayangkan di pawagam pada 13 September 2012.
FB : Tanda Putera
TRAILER





Result Poll 6 : 70 Filem 2012


Pengundi PF telah sebuat suara mengatakan :


Poll : Lebih 70 filem Malaysia pada tahun 2012, rekod tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Pada pandangan anda baguskah fenomena ini?

Ya. Banyak pilihan untuk menonton - 10%
Ya. Industri filem makin berkembang - 5%
Tidak. Kebanyakannya filem sampah - 60%
Tidak. Tiada guna hasilkan banyak filem dalam masa sama kebanjiran filem luar tidak dibendung - 5%
Banyak atau sedikit, mutu perfileman masih ditakuk lama - 20%

Filmakers, wake up!
Link berkaitan : Apabila Pengarah Jadi Operator Pengeluaran.
Alamak, lepas poll tamat aje ada artikel dari Utusan Malaysia : Filem Malaysia Sampah?

Apa dalam fikiran anda apabila melihat poster ini?



FILEM MALAYSIA JAN. - JUN 2012 - Cuba kira berapa banyak sampah dalam list ni :
SESUATU YANG TERTINGGAL
KERAMAT
BUJANG TELAJAK
SUMPAHAN KUM KUM
AZURA
HANTU DALAM BOTOL KICAP
CHANTEK
ADNAN SEMPIT 2
FIST OF DRAGON
CINTA KURA-KURA
BUNOHAN
SEEFOOD
PETALA CINTA
JIDIN SENGAL
JANGAN PANDANG-PANDANG
3 TEMUJANJI
UNCLE USIN
BERANI PUNYA BUDAK
CHOW KIT
NONGKRONG
GHOST BUDDIES
MANTERA
YOU BELIEVE IN GHOST?
AKU ADA, KAU ADA?
HOORE! HOORE!
MAN SEWEL DATANG KL
GERIMIS MENGUNDANG
X
JALAN KEMBALI : BOHSIA 2
JIWA TAIKO
AIR MATA IBU (TEARS OF MOM)
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
MAEL LAMBONG
BAIK GILER
AKU, KAU DAN DIA 

7 Jul 2012

After This Our Exile : 'Filem Malaysia' Bersalut Hong Kong Yang Menjadi Malah Mempunyai Keajaiban.


Genre : Drama (Hong Kong)
Arahan : Patrick Tam
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Aarok Kwok, Charlie Young, Gouw Ian Iskandar
Tahun : 2006
Filem Seumpamanya : Ada sentuhan filem Yasmin Ahmad
Rating : 4.5/5

PF sudah lama tahu tentang filem ini. Ketika itu, artikel melaporkan bahawa filem Hong Kong ini shooting keseluruhannya di Perak. Keinginan untuk mencari sesebuah filem ketika itu tidak seperti sekarang, apatah lagi kini sudah mempunyai blog. Dengan jalan cerita yang lurus, Shing (Aaron Kwok) yang cuba menyelamatkan ‘rumahtangga’nya dalam masa yang sama menghadapi kesulitan hidup dengan dikejar along akibat suka berjudi dan membesarkan anak lelakinya Chow-Luk Yun atau dipanggil Boy (Gou Ian Iskandar) dalam keperitan.
Di simpang tiga ada dilema
Jangan pergi
Bahagian awal filem ini saja sudah ‘menangkap’ dan memberi gambaran bahawa filem ini akan membawa kepada jalan cerita yang menjamin keseronokan untuk ditonton. Iaitu, naluri Boy satu-satu anak lelaki Shing (Aaron) dan Lee Yuk Lin (Charlie Young) bahawa isterinya hendak lari untuk mencari kebahagian yang tak dapat di dalam rumah. Saksikan perangai ibunya yang pelik pada hari itu, membuat Boy merasakan sesuatu. Walaupun pada mula beberapa minit awal, PF anggap ini filem jenis ala-ala gred B rupanya-rupanya PF silap. Ditambah pula, kurang kenal pelakon-pelakon dan pelakon lelaki itu adalah Aaron Kwok! (tak tengok cover dvd sangat untuk tahu nama pelakon). Aaron Kwok berjaya dimake over menjadi tukang masak dengan perubahan 360 darjah rupanya. Cinta yang mendalam Shing terhadap Lin adalah kekuatan di dalam rumah teres di Ipoh, Perak itu tetapi itu semua tidak cukup buat Lin jika tanpa wang yang membahagiakan. Shing sangat-sangat terasa ditangan Aaron, tapi bila dia menangis buruk sial. 

Filem ini jika renung-renungkan memperli masyarakat Malaysia, khususnya Cina yang tak bercampur dengan masyarakat Melayu. Kerana ada saja figura-figura melayu sebagai extra, ada yang berhubung secara langsung dengan watak tetapi tanpa dialog antara mereka yang dipaparkan. Kawasan perumahan Shing juga kelihatan didiami bangsa itu saja. Seakan, jika kita tak mengenali langsung pelakon-pelakon dari Hong Kong ini, kita menganggap mereka adalah Cina Malaysia dalam filem tentang kehidupan masyarakat Malaysia. Inilah keajaiban yang PF maksudkan kerana ianya seperti berjaya berbohong kepada audien. Lihat saja bas sekolah warna oren yang tertulis Bas Sekolah, nama kedai-kedai bumiputera dsb. Apatah lagi, Johor Bahru dan Cameron Highland antara dialog yang disebut seperti filem ini dekat dengan orang Malaysia. Dan satu adegan yang benar-benar membuatkan ianya semakin menjadi adalah lagu Patah Hati nyanyian Sudirman yang berkumandang di kopitiam mewakili hati Shing yang patah ketika mengenangkan nasib ditinggal ‘isteri’ (mereka belum berkahwin sebenarnya). Walaupun kita tahu, premis-premis perniagaan Cina di Malaysia takkan/jarang putar lagu-lagu Melayu tapi babak ini dipandang dari sudut berbeza. Pada ketika itu, PF berfikir bijak si pengarah ini mencari lagu yang sesuai, seperti pengarah Cina ini dapat masuk ke dalam lagu itu kerana lagu itu adalah lagu asli Melayu asalnya dari filem Lanchang Kuning. PF kira ini sesuatu yang brilliant kot. Ada juga Patah Hati versi Siti Nurhaliza kedengaran tetapi untuk lagu latar adegan seks. Perghh! Teringat lagu Ne Me Quitte Pas dalam Mukhsin (Yasmin Ahmad) dan barangkali sama dirasa jika ditonton oleh orang Perancis. Hey! Ada juga lagu Shima berjudul Apa Ku Rasa yang kononnya dimainkan oleh perempuan hotel itu, tapi tak mustahilkan Cina suka lagu Melayu? Produksi luar mengangkat lagu-lagu melayu, tak bangga ke kau? Menang anugerah lagi.

Ini bukan satu contoh yang baik
Ada satu part dimana Shing meluahkan angannya kepada teman isterinya, iaitu untuk merantau ke England, selepas itu, kamera terus pan ke tanda nama kedai - Kedai Kain Hamid. Ia menandakan Shing takkan kemana @ cita-citanya takkan tercapai kerana antara England dan Kedai Kain Hamid sangatlah jauh ‘jaraknya’. Dan memang benarpun kerana cita-cita Shing itu terbantut. Bagaikan anak lelakinya itu sial kerana kedua-dua ibu-bapa ingin meninggalkannya.

After This Our Exile juga paparan ayah mengajar anak lelaki menjadi lelaki. Shing yang sentiasa mengabaikan dan memarahi anak lelakinya itu akibat terhimpit dengan kesesakan wang, sedikit demi sedikit mengajarnya mencuri. Permasalahan sosial diangkat dalam filem ini iaitu seorang bapa tunggal cuba meneruskan kehidupan dengan tekanan sehingga satu tahap sudah putus asa (imbas adegan di bus stop). Lihat saja, Shing membelikan tiket wayang untuk Boy kerana ingin bersama perempuan. Bahagian yang amat menyentuh, kanak-kanak bukan diajar mencuri tapi dilakukan akibat kesilapan bapa yang haprak. Ian Iskandar amat bijak mengawal emosinya, ketika pemandu bas meminta yurang tambang bas sekolah, ketika di dalam almari pakaian, ketika berbual dengan bapanya dalam hujan di bus stop. Penyudahnya, segala kesalahan cuba dipohon kemaafan oleh Boy demi menghapus dosa-dosa ayahnya. Walaupun bukan kesudahan yang gembira, ianya suatu pengajaran bagi Boy tika menjengah remaja.
Dengar cakap ayah ni!
PF tanpa merujuk mana-mana review dalam mengulas sesuatu filem (kecuali mana-mana yang kurang faham), menganggap ini antara filem yang terbaik yang PF tonton dalam tahun ini.

Dalam kredit akhir, Patrick Tam sang pengarah yang juga seorang Associate Professor di sebuah Universiti mengapresiasikan filem ini kepada pelajar-pelajarnya dari Hong Kong dan Malaysia. After This Our Exile memenangi Best Picture 26th Hong Kong Film Festival dan 43rd Golden Horse Award.

*Versi yang PF tonton ini terdapat 2 adegan seks yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.

Patah Hati - Siti Nurhaliza Version

Apa Ku Rasa - Shima