25 Jul 2012

Jalan Pintas ke Puchon Korea



Jalan Pintas dijemput untuk mengadakan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (Pifan) ke-16 yang berprestij dari 19 hingga 29 Julai ini. Khabarnya, filem ini juga akan ke Festival Filem Torino, Itali. Selamat berjaya!

Filem arahan : Nam Ron.

Pelakon : Auf Abd Razak, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Mislina Mustafa, Sara Ali, Fikhree Bakar, Sharifah Amani, Xavier Fong, Dina Zainal, Yaya Nazri, Beto Kushairy, Rizainuddin, Azhan Rani dan ramai lagi.

Sinopsis : merupakan sebuah cereka yang berkisar tentang watak Bakar - seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan , juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga - ibu dan seorang adik perempuannya. 

Melalui Jalan Pintas, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita jumpa di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari -- dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

Penonton yang telah menonton : Review
Sumber : Website PIFAN
Sumber : Harian Metro

Teaser 




2 comments:

Unknown said...

ada beto mesti best!

PerangFilem said...

Pertama, pastikan anda boleh terima filem2 cenggini. hehe