Genre : Drama (Hong Kong)
Arahan : Patrick Tam
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Aarok Kwok, Charlie Young, Gouw Ian Iskandar
Tahun : 2006
Filem Seumpamanya : Ada sentuhan filem Yasmin Ahmad
Rating : 4.5/5
Di simpang tiga ada dilema |
Jangan pergi |
Filem ini jika renung-renungkan memperli masyarakat Malaysia, khususnya Cina yang tak bercampur dengan masyarakat Melayu. Kerana ada saja figura-figura melayu sebagai extra, ada yang berhubung secara langsung dengan watak tetapi tanpa dialog antara mereka yang dipaparkan. Kawasan perumahan Shing juga kelihatan didiami bangsa itu saja. Seakan, jika kita tak mengenali langsung pelakon-pelakon dari Hong Kong ini, kita menganggap mereka adalah Cina Malaysia dalam filem tentang kehidupan masyarakat Malaysia. Inilah keajaiban yang PF maksudkan kerana ianya seperti berjaya berbohong kepada audien. Lihat saja bas sekolah warna oren yang tertulis Bas Sekolah, nama kedai-kedai bumiputera dsb. Apatah lagi, Johor Bahru dan Cameron Highland antara dialog yang disebut seperti filem ini dekat dengan orang Malaysia. Dan satu adegan yang benar-benar membuatkan ianya semakin menjadi adalah lagu Patah Hati nyanyian Sudirman yang berkumandang di kopitiam mewakili hati Shing yang patah ketika mengenangkan nasib ditinggal ‘isteri’ (mereka belum berkahwin sebenarnya). Walaupun kita tahu, premis-premis perniagaan Cina di Malaysia takkan/jarang putar lagu-lagu Melayu tapi babak ini dipandang dari sudut berbeza. Pada ketika itu, PF berfikir bijak si pengarah ini mencari lagu yang sesuai, seperti pengarah Cina ini dapat masuk ke dalam lagu itu kerana lagu itu adalah lagu asli Melayu asalnya dari filem Lanchang Kuning. PF kira ini sesuatu yang brilliant kot. Ada juga Patah Hati versi Siti Nurhaliza kedengaran tetapi untuk lagu latar adegan seks. Perghh! Teringat lagu Ne Me Quitte Pas dalam Mukhsin (Yasmin Ahmad) dan barangkali sama dirasa jika ditonton oleh orang Perancis. Hey! Ada juga lagu Shima berjudul Apa Ku Rasa yang kononnya dimainkan oleh perempuan hotel itu, tapi tak mustahilkan Cina suka lagu Melayu? Produksi luar mengangkat lagu-lagu melayu, tak bangga ke kau? Menang anugerah lagi.
Ini bukan satu contoh yang baik |
Ada satu part dimana Shing meluahkan angannya kepada teman isterinya, iaitu untuk merantau ke England, selepas itu, kamera terus pan ke tanda nama kedai - Kedai Kain Hamid. Ia menandakan Shing takkan kemana @ cita-citanya takkan tercapai kerana antara England dan Kedai Kain Hamid sangatlah jauh ‘jaraknya’. Dan memang benarpun kerana cita-cita Shing itu terbantut. Bagaikan anak lelakinya itu sial kerana kedua-dua ibu-bapa ingin meninggalkannya.
After This Our Exile juga paparan ayah mengajar anak lelaki menjadi lelaki. Shing yang sentiasa mengabaikan dan memarahi anak lelakinya itu akibat terhimpit dengan kesesakan wang, sedikit demi sedikit mengajarnya mencuri. Permasalahan sosial diangkat dalam filem ini iaitu seorang bapa tunggal cuba meneruskan kehidupan dengan tekanan sehingga satu tahap sudah putus asa (imbas adegan di bus stop). Lihat saja, Shing membelikan tiket wayang untuk Boy kerana ingin bersama perempuan. Bahagian yang amat menyentuh, kanak-kanak bukan diajar mencuri tapi dilakukan akibat kesilapan bapa yang haprak. Ian Iskandar amat bijak mengawal emosinya, ketika pemandu bas meminta yurang tambang bas sekolah, ketika di dalam almari pakaian, ketika berbual dengan bapanya dalam hujan di bus stop. Penyudahnya, segala kesalahan cuba dipohon kemaafan oleh Boy demi menghapus dosa-dosa ayahnya. Walaupun bukan kesudahan yang gembira, ianya suatu pengajaran bagi Boy tika menjengah remaja.
PF tanpa merujuk mana-mana review dalam mengulas sesuatu filem (kecuali mana-mana yang kurang faham), menganggap ini antara filem yang terbaik yang PF tonton dalam tahun ini.
Dengar cakap ayah ni! |
Dalam kredit akhir, Patrick Tam sang pengarah yang juga seorang Associate Professor di sebuah Universiti mengapresiasikan filem ini kepada pelajar-pelajarnya dari Hong Kong dan Malaysia. After This Our Exile memenangi Best Picture 26th Hong Kong Film Festival dan 43rd Golden Horse Award.
*Versi yang PF tonton ini terdapat 2 adegan seks yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.
*Versi yang PF tonton ini terdapat 2 adegan seks yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Patah Hati - Siti Nurhaliza Version
Apa Ku Rasa - Shima
2 comments:
harus tonton, tetapi tidak tahu kalau dapat dvd nya di malaysia
InsanFakir, dvdnya ada di kedai SPEEDY.
Post a Comment