16 Dec 2012

FPF12 : Keputusan






Berikut adalah filem dan pelakon yang cemerlang dalam tontonan PerangFilem sepanjang JANUARI - DISEMBER 2012 tanpa mengira tahun ia diterbitkan.

*Klik link untuk maklumat filem.



[1] Pelakon Lelaki Pilihan

Tidak sukar untuk kenalpasti mereka kerana bila ingat filem mereka terus terbit nama masing-masing yang memberi persembahan yang hebat. Sukar untuk memilih pemenang, tapi Aaron Kwok mempunyai karakter hitam tapi positif secara tak langsung, dalam mendepani watak bapa yang hilang arah. Gandingan dengan Ian Iskandar sangat chemistry. Semua best!

 1. Aarok Kwok - After This Our Exile - WINNER
2. Faizal Hussein - Bunohan
3. Hassan Sarghedi (kanan) - The Father
4. Homayoun Ershadi - Taste OF Cherry
5. Gouw Ian Iskandar - After This Our Exile
6. Payman Maadi - A Separation

[2] Pelakon Wanita Pilihan

Paling menonjol Shohreh yang luarbiasa, mengikut rapat adalah Sarah Bayat dan Jeong. Suka mimik wajah keselambaan Jeong dalam Poetry. Watak Jeong yang menghidap alzheimer tetapi menghadapi masalah besar. Kirsten juga suatu watak murung yang pelik tapi boleh diterima sama seakan Charlotte (Antichrist) tapi filem Melancholia bukan kegemaran.

1. Octavia Spencer - The Help
2. Shohreh Aghdashloo - The Stoning of Soraya M. - WINNER
3. Sarina Farhadi - A Separation
4. Jeong Hi Yun - Poetry
5. Kirsten Dunst - Melancholia
6. Sareh Bayat - A Separation
[3] Pengarah Pilihan

Memang sukar memilih. PF 'mambaling dadu' untuk membuat keputusan!

Abbas KiarostamiTaste Of Cherry (Iran - 1997)
Asghar FarhadiA Separation (Iran - 2011) 
Chang Dong Lee Poetry (Korea - 2010) - WINNER
Dain Said Bunohan (Malaysia - 2012)
Patrick TamAfter This Our Exile (Hong Kong - 2006) 

[4] Filem Terbaik Malaysia (semasa)

Tidak sukar untuk memetik 5 filem terbaik pada tahun ini menurut PF berbanding tahun lepas. 10 filem terbaik akan diumum pada post berikutnya.


*Songlap ditayang pada 2011

[5] Filem Terbaik

Selain terbaik, salah satu faktor filem berikut disenarai adalah semua tema atau isu yang dibawa tidak pernah ditonton, berani (kreatif dan membuang cliche) dan paling penting berjaya memikat hati. Walaupun begitu, pasti ada satu filem saja yang mana bukan satu tugas mudah untuk dipilih sebagai mewakili tahun ini.


[6] Filem BOX OFFICE 2012 Paling Popular 

Poll yang paling mendapat sambutan selama PF berblogging. Terima kasih kepada pengundi. Bermaksud filem-filem ini sememangnya popular! Tahniah kepada team Sharad Sharan.

2. BATMAN : The Dark Knight Rises (Christopher Nolan)26%
3. Ombak Rindu (Osman Ali) 24%
4. The Avengers (Joss Whedon) 16%
5. The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2 (Bill Condon) 12%


> Filem Terburuk Malaysia 2012 Yang Ditonton (semasa) <
MANTERA (Mohd Aliyar Ali Kutty & Miza Mohammad
Bercita-cita besar tetapi gagal mutlak. 
Jiwa Taiko (Osman Ali) 
Filem Osman yang tidak menjadi.

Entry sebelumnya : Pilihan Kategori

Next :
> Senarai 20 Filem Terbaik (Drama)
> Senarai 10 Filem Malaysia Terbaik (semasa)


Senarai semua filem :
PART 1 : JAN - JUN
PART 2 : JUL - DIS

2 comments:

Unknown said...

SAYA SUKA LAKONAN SHOHREH AGHDASHLOO..! MACAM TENGOK MERILY STREEP AJE..! MEMANG PILIHAN TEPAT SEBAGAI PEMENANG..!

PerangFilem said...

Yesssss!!!! ;)