Arahan : Chang-Dong Lee
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Jong-Hie Yun, Da-Wit Lee, Hira Kim, Nae-Sang Ahn, Myeong-Shin Park
Pelakon : Jong-Hie Yun, Da-Wit Lee, Hira Kim, Nae-Sang Ahn, Myeong-Shin Park
Tahun : 2010
Filem Seumpamanya : --
Rating : 4/5
Mija (Jeong-Hie Yun) seorang warga emas berusia 66 tahun mengalami penyakit alzheimer peringkat awal. Bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa dengan menjaga M. Kang yang menghidapi stroke. Mija tinggal dan menjaga cucu lelakinya bernama Wook. Ibu Wook tinggal di Pusan setelah bercerai. Wook dengan 5 rakannya merogol seorang budak perempuan (Heejin) di makmal sains sekolah. Heejin kemudian membunuh diri dengan terjun sungai. Mija mula mengambil kelas sajak untuk mendapatkan kekuatan bagi menghadapi semua musibah yang berlaku ke atasnya.
Membaca saja sinopsis Poetry membuatkan sesuatu yang ganjil dan janggalkan? Begitulah tema yang dibawa dalam filem yang mengambil masa 2 jam setengah ini. Poetry memaparkan ketidaksanggupan seorang nenek untuk mengharungi kehidupannya lagi jika dilihat pada dasarnya. Setelah mendapati dia menghidapi alzheimer kemudian terpaksa membayar pampasan 5juta Won kepada ibu mangsa anak perempuan yang dirogol, dia menjalani kehidupan seperti biasa. Saksikan saja bagaimana 2 kali Mija berlalu pergi begitu saja ketika sesi perbincangan dengan bapa-bapa budak yang merogol untuk mengatasi masalah menyembunyikan kes itu dari orang ramai demi menjaga masa depan anak-anak mereka. Apa jua alasannya, seolah-olah hidupnya di usia itu bukan untuk memikir masalah-masalah berat lagi. Adalanya Mija berkaraoke.
Dengan mengambil kelas sajak, baginya sajak adalah sesuatu yang sangat indah, indah seperti bunga yang disukainya. Bukan untuk diperlekehkan sebagaimana seorang penyajak yang juga seorang polis mengaitkan sajak dengan seks. Walau bagaimanapun, dia sukar untuk mencipta sajak sebagaimana tugasan dikelasnya. Hanya mencipta 2-3 baris ayat-ayat puitis ketika dia berjalan-jalan atau ketika mendapat sedikit inspirasi. Mija bersikap 'tak mahu beritahu' berkenaan alzheimer kepada anaknya, tentang kes Wook kepada ibunya (anak perempuannya), dan paling penting juga tak mahu beritahu apa sebenarnya hajat dia datang ke kebun ibu Heejin mangsa rogol setelah di desak bapa-bapa budak lelaki tadi. Kadangkala Mija nampak 'tidak betul' membuatkan penonton bersimpati.
Filem ini hampir tiada muzik latar. Penonton disuruh tumpu kepada diri Mija yang boleh dikata hidupnya tidak meriah dikelilingi orang tersayang ataupun duit. Walaupun PF terlalu serius menonton, tiba-tiba satu adegan buat PF tergelak apabila ayah Kibum iaitu salah seorang anak lelaki yang terlibat kes rogol itu menegur Mija berpakaian sangat cantik tatkala ingin berjumpa ibu Heejin untuk meminta pelepasan wang pampasan. PF rasa puas apabila menonton filem corak sebegini. Mungkin PF kurang faham erti lakonlayar yang sebenar-benarnya, mungkin sebab lakonlayar yang hebat tanpa disedari, membuat mata PF terpaku meneliti maksud visual-visual yang terpapar sama seperti filem Uncle Boonmie. Mija lakonan Jeong-Hie Yun amat bersahaja dengan watak wanita berusia 66 tahun. Wook pula remaja yang memberontak kurang berkomunikasi dengan neneknya.
Bagaimana Chang-Dong Lee pengarah dan penulis naskhah ini begitu berani menyatukan idea antara sajak dan crime dan semua ini diletak di atas bahu seorang nenek? Begitulah cabaran yang berani diambil oleh pengkarya ini. Sememangnya suatu karya adalah lebih baik jika pengarah itu sekali yang menulis lakonlayar. Dapatkah Mija membayar wang pampasan tersebut dan mengarang puisinya? PF ingin menontonnya sekali lagi.
4 comments:
Baru selesai tonton.
Memang hebat filem ini.
Waa.. ya ke? Best kan.. Cerita begini adalah filem2 kegemaran PF - drama berseni :)
salah satu filem korea paling menyayat hati . another suggestion filem 'the mother'
Indeed. Para Anon. pls la tulis nama nick sekurg2nya dihujung komen supaya PF tahu dgn siapa PF berkomentar. Btw, Mother belum tonton.
Post a Comment