28 Jan 2012

Sumpahan Kum Kum : Siapa Yang Kata Seram Sangat Tu?



Genre : Seram
Arahan : Ismail Bob Hashim
Kos : RM1.82 juta
Pelakon : Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Wawa Zainal, Lidyawati, Maimon Mutalib, Shima Anuar, Kazar Saisi, Abdul Razak Ahmad
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : filem seram MIG 
Rating : 2.5/5

Kematian Mak Som (Lidyawati) mengundang misteri. Semasa hidupnya, dia tidak suka cucunya Tini (anak Adi – Fezrul Khan) balik ke kampung atas sebab-seba tertentu.
Mila seorang gadis bermuka hodoh mendapatkan khidmat Mak Som yang mengamalkan ilmu hitam untuk cantik. Untuk mengekalkan dan menjadikannya cantik selamanya, Mila dilarang melihat cermin dalam masa 44 hari. Akibat dia teruja sangat apabila ramai orang mula memujinya, dia melanggar pantang itu maka wajahnya hodoh semula. Mila pergi berjumpa Mak Som semula untuk memulihkan keadaan tapi dengan syarat meminum 9 darah anak gadis sunti. Malangnya, Mila terbunuh adik Adi sendiri iaitu anak Mak Som.

PF rasa nak hempuk kepala sapa kata filem ni seram sangat! Meh sini kalau nak rasa hempuk sampai tak bangun 3 hari. Setelah beberapa lama meminggirkan filem MIG tak kira la filem seram atau filem-filemnya yang lain, dengan harapan ada sesuatu yang baru atau setidak-tidaknya tak di’kejut’kan dengan kemunculan hantu-hantu sesaja. Apa yang PF dapat hanyalah biasa-biasa saja. Lagi-lagi adegan 'ketuk' pintu yang berulang-ulang (Al-Hijab (bukan MIG), Jgn Pandang Belakang, Congkak) dan kemunculan hantu yang dah diagak. PF tidak mahu terus mengkondem lantaran PF sendiri tidak tahu membuat skrip apatah lagi terlibat dalam pembikinan filem. Tidak ada apa yang baru dalam Sumpahan Kum Kum. Untuk mendapat pulangan dengan hasil yang sebegini rasanya tidak akan berhasil.

Satu yang agak tak pasti bagi PF, di mana sebelum Adi mendapat tahu dari Mak Leha (Maimon Mutalib) yang sebenarnya hantu Milah ingin balas dendam dengan membunuh keturunan Mak Som iaitu Tini, tetapi bagaimana Adi seakan sudah tahu yang Tini dalam keadaan bahaya dan overprotected terhadap Tini? (adegan di bilik air di R & R). Memilih pelakon yang rasanya belum pernah bekerja dengan MIG (memandangkan PF tak tonton kebanyakan filem MIG) boleh dipuji kerana kita memang muak jika muka yang sama dihadapkan. Lakonan Fezrul Khan semasa babak rasuk memang menjadi. Ditambah pula Maimon Mutalib memang kiranya ‘muka’ filem seram. Bercakap tentang Maimon Mutalib, ada dua adegan yang melibatkan beliau di mana 2 adegan 'slo-mo' yang terlalu dipaksa dan kurang menjadi. Tetapi adakah babak rasuk memang wajib dalam filem seram dan modal bagi pengkarya filem seram? Kemunculan Lidyawati yang banyak di babak flashback agak menarik. Mungkin jika cerita berkenaan Mak Som lebih banyak lagi e.g kegiatan ilmu hitamnya pasti filem ini lebih menarik.

Ketika Tini memberitahu yang dia mempunyai kawan ‘khayalan’ bernama Mila kepada ibunya (Putri Mardiana), ibunya seakan tak ambil pusing dan ini seakan lompong kosong yang membuat plot longgar ditambah pula Adi tidak menceritakan pasal Mila ini kepada keluarganya. Semestinya Al Hijab lagi baik rasanya walaupun Al Hijab lagi mudah ceritanya.

p/s : geram dengan Putri Mardiana sebab tak lari ketingkap bilik di mana Adi dan Tini terperangkap dengan hantu Mila sebaliknya merintih-rintih di pintu bilik yang terkunci, walaupun tahu sengaja dibuat begitu...

1 comment:

Hans Hanis said...

big cinemas alor setar tak tayang filem nih...
kalau tak aku dah buat review dah
adoi..teringin pula nak wat review filem nih sebab aku nak hentam juga orang yang canang2 kata filem nih seram tahap gaban la apa la..
hahaha