17 Sept 2015

Cacamarba: Bravo 5, Jejak Warriors & Wild Tales



Arahan : Hitler Zami
Genre : Aksi 1
Tahun : 2015
Rating : 2/5


Tak banyak yang boleh PF katakan setelah menonton filem ini. Perkara yang paling sakit hati adalah banyak kali babak dipotong begitu cepat (editing) terutama ketika babak-babak klimak dan babak biasa bagi tujuan selang-seli yang memualkan. Tak bolehkah dihabiskan saja babak tension itu sehingga yang sepatutnya? Intro sudah baik seakan berjanji untuk mempersembahkan hidangan lazat, tapi sebaliknya. Dikhabarkan pada mulanya kisah lima tentera ini dirahsiakan oleh pihak tentera/kerajaan atas sebab tertentu tetapi ada laa pihak yang tetiba nak bikin filem pasal mereka. Setelah menontonnya, apa yang sulit sangat tu? Bolehkah sesiapa beritahu? Jika banyak sangat perkara yang ditapis baik tak payah buat filem! Itu tak sebut lagi pasal Soffi Jikan yang berapa kali ntah karakter yang itu-itu saja (Sofi dalam Lelaki H.Dunia adalah contoh yang lari). Semoga produksi ini berjaya dengan kutipan dan buat filem yang lebih baik. Nah, baca sinopsisnya bagi gambaran jelas sikit sebab ada perkara yang lompong dalam filem tu. (sudah kurang percaya dengan nama Hitler Zami setelah Gamatisme dan Bravo ni). Btw, tugu negara wajibkah untuk filem 'patriotik'?


**********

Sinopsis.

BRAVO LIMA adalah sebuah filem perang bercorak patriotik kenegaraan tentang 5 anggota Komando Tentera Darat dibawah pimpinan Leftenan Azri Haji Manaf yang menjalnakn operasi mengekang kebangkitan penganas komunis (PGK).

Lim Yatt, orang penting PGK telah ditangkap berjaya melepaskan diri dengan bantuan pasukan subvesif pengganas komunis yang diketuai oleh Sidek. Lim Yatt berjaya melepaskan diri ketika dalam perjalanan menaiki keretapi yang dikawal oleh pihak polis.
Secara kebetulan, Koperal Kamal yang sedang bercuti berada di tempat kejadian, menyedari dan turut membantu namun telah ditangkap dan ditawan sebagai tebusan untuk mendapatkan maklumat pergerakan pasukan sahabat.

Lt. Azri bersama empat anggota komando lain dalam Ronda Kumpulan Kecil (RKK) dikerahkan bagi menyelamat tebusan serta mengesan kedudukan musuh bagi membolehkan pasukan sahabat melenyapkan pergerakan subvesif pengganas komunis. Lt Azri dibantu oleh Sarjan Unya Anak Gawing, Koperal Morgan a/l Murugan (Pakar Letupan dan Senjata Bantuan), Koperal Ah Chia (Radioman) dan Trooper Karim Abdullah (Pengesan).

Semasa dalam perjalanan pulang dari operasi menyelamat dan mengesan, mereka telah diserang balas dan diburu oleh pasukan musuh yang berkuatan seramai 200 anggota PGK. Satu demi satu anggota pasukan terkorban akibat pertempuran atau ketika ditawani oleh pihak musuh. Setiap anggota memegang semangat “Biar Mati Bermaruah Jangan Mati dijajah”.

Hanya Trooper Karim berjaya hidup dan membawa pulang semua tanda pengenalan semua rakan seperjuangan yang telah terkorban kepada semua ahli keluarga yang lain. Dengan perjuangan Lt. Azri dan rakan seperjuangan, operasi kebangkitan penganas komunis dapat ditewaskan dan dihalang.

Pelakon

• Beto Kusyairy sebagai Trooper Karim
• Remy Ishak sebagai Leftenan Azri
• Sashi Tharan sebagai Koperal Morgan
• Xavier Fong sebagai Koperal Ah Chia
• Frank Peterson sebagai Sarjan Unya
• Sofi Jikan sebagai Sidek, Ketua Unit Subvesif PGK
• Fairil Emran Desa sebagai Koperal Kamal
• Siti Saleha
• Normah Damanhuri
• Allahyarham Kuswadinata 
• Tasha Shilla

Pengarah Yeop Hitler
Penerbit Nik Nur Ashikin Nik Abdul Majid, Muhammad Hazlin Yang Razali
Cerita oleh Mejar Zainal Hayat
Konsep asal Diari Misi Komando

Sumber - FB Panggilan Pertiwi


**********




Arahan : Damian Szifron (Argentina & Sepanyol)
Genre : Ganas/Thriller
Tahun : 2015
Rating : 4.5/5

6 filem pendek standalone disatukan menjadi filem panjang ini sangat intense! Bertemakan keganasan dan membalas dendam. Satu-persatu penonton dijemput merasai penderitaan watak-watak dengan berdebar-debar tanpa gagal merasa bosan. Sebaik saja habis satu, kita di ajak lagi, habis, diajak lagi sampai tak sedar waktu berlalu. Selepas Pasternak, permulaan filem selepas-selepas itu sangat beraura. Permulaan ini yang penting bagi filem omnibus. 4 daripadanya melibatkan kenderaan iaitu kapal terbang dan kereta. Walau pun agak hebat tetapi gagal memenangi Best Foreign Film Oscar 2015 kerana biasanya filem ombibus agak sukar diberi pengiktirafan terbaik. Disenaraipendek itu pun cukup bertuah bagi cinephilia memandang karya dari Argentina dan Sepanyol ini. Filem ini tewas dengan IDA. 

Pasternak ada potensi menjadi Top 3 antara 6 cerita ini tapi sebab ia pendek-pendek maka keterujaan itu terbantut.
  
Pilihan PF ikut turutan:

The Proposal
Until Death Do Us Part
The Strongest
Pasternak
Little Bomb
The Rats

*********



Arahan : Saw Teong Hin
Genre : Drama
Tahun : 2015
Rating : 2/5



Sejak filem Puteri Gunung Ledang, apakah filem Saw yang best? Bagi PF hampir tiada. Kalau ada pun, berat rasanya nak sebut filem muzikal beliau pasal Sudirman tu. 2015 kembali dengan filem sukan kononnya. Ini bukan filem sukan dan juga bukan untuk penyokong Red Warrior. Cuba tanya penyokong RW, mereka berasa banggakah dengan filem ini? Bilakah filem tempatan akan ada satu filem sukan yang benar-benar sukan? (sorry, tak tengok Libas, terutama bila muncul kontroversi FFM zaman tu, siapa yang faham tu baguslah).

Nak PF sebut filem Indonesia yang berkaitan bolasepak ke? Kemon, hanya inikah Saw Teong Hin dan produksi boleh lakukan? Arghh makin tension nak tengok filem Malaysia, termasuk akan datang ini, Kapsul dan Polis Evo!


No comments: