2 Sep 2015

Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015






SUMBER : Tonton Filem

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur mengeluarkan senarai pendek pencalonan untuk Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015. Penerima anugerah berkenaan mengikut kategori masing-masing akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2015. Setakat ini, kami mendapati terdapat sekurang-kurangnya 90 filem yang melalui skim wajib tayang dan telah ditayangkan pada bulan September 2014 hingga Ogos 2015. Semuanya melalui pertimbangan dan penelitian khusus.





Tahun 2014-2015, sekali lagi, walaupun ada beberapa filem yang dikira "sarwajagat" dan berjaya melepasi pelbagai fesitval filem antarabangsa, kami merasakan, merupakan antara hasil dan rampaian yang terburuk dalam nafas perfileman tempatan, jika dibandingkan dengan dua tiga tahun yang lepas (atau merudum semula). Setiap filem yang dibikin, jika tidak kerana skop teknik yang bagus, terjerat dalam penceritaan dan isi kandungan yang dipersoalkan. Jika premisnya menjanjikan, kesinambungan, produksi teknikal, hala tuju, dinamisme gerakan, atau perkembangan untuk suatu penceritaan pula terperangkap dalam pelbagai rantaian masalah dan kelemahan, menarik jatuh filem tersebut daripada menjadi filem dengan mutu yang diharapkan. Rata-ratanya, filem tempatan masih mengangkat dan berusaha dalam filem bergenre dan mengulang lanjut suatu bikinan genre sehingga membawa genre tersebut pada tahap-tahap yang menjengkelkan. Genre yang kelihatan begitu haus sekarang dalam persada perfileman tempatan ialah "gangster", yang kini sudah melampaui masuk ke dalam beberapa subgenre dan bersilang dengan genre tertentu dalam penyampaian dan inti pati. 


Kelemahan ketara tahun ini ialah kurangnya filem tempatan yang memberikan citra yang bulat, adil, dan saksama terhadap isu wanita, kewanitaan, atau watak wanita yang mengagumkan (baik wataknya putih, hitam, ataupun kelabu). Watak wanita masih ditakuk klise dan menjadi "bayang-bayang" watak lelaki yang mudah dimanipulasi. Malah kebanyakan wanita dalam filem ditahan daripada "menonjol" dan lebih memfokuskan terhadap perit, pengalaman dan perjuangan para lelakinya. 

Di sini, kami sertakan senarai pencalonan, seperti yang berikut:

Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015


Pengarah Terbaik

Liew Seng Tat untuk Lelaki Harapan Dunia
Raja Mukriz untuk Ophilia
Nik Amir Mustapha untuk Terbaik dari Langit
Bernard Chauly untuk Manisnya Cinta di Cappadocia
Mamat Khalid untuk Amir dan Loqman Pergi ke Laut

Pelakon Lelaki Terbaik

Wan Hanafi Su untuk Lelaki Harapan Dunia
Pekin Ibrahim untuk Ophilia
Bront Palarae untuk Terbaik dari Langit
Que Haidar untuk Ophilia
Kamarul Yusof untuk Cerita Hantu Malaysia

Pelakon Wanita Terbaik

Nur Fazura untuk Manisnya Cinta di Cappadocia
Lisa Surihani untuk Suamiku Mr. Perfect 10!
Veronique Lin untuk Papa's Shoe

Sinematografi Terbaik

Teoh Gay Ian untuk Lelaki Harapan Dunia
Haris Hue Abdullah untuk Manisnya Cinta di Cappadocia
Jordan Chiam untuk Terbaik dari Langit
Tan Teck Zee untuk Amir dan Loqman Pergi ke Laut
Maximilian Schmige untuk Nota

Lakon Layar Terbaik

Liew Seng Tat untuk Lelaki Harapan Dunia
Rafidah Abdullah untuk Manisnya Cinta di Cappadocia
Redza Minhat untuk Terbaik dari Langit
Mamat Khalid untuk Amir dan Loqman Pergi ke Laut
Ellyna Ahmad untuk Ophilia

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Amerul Affendi untuk Terbaik dari Langit
Iedil Putra untuk Terbaik dari Langit
Kodi Rasheed untuk Ophilia
Ramli Hassan untuk Nota

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Nadiya Nisaa' untuk Terbaik dari Langit
Fouziah Gous untuk Sunti@Facebook

Filem Terbaik

Lelaki Harapan Dunia 
(Sharon Gan, Roshanak Behesht Nadjad, Eric Mabillon, Denis Vaslin, Helge Albers, Hee Dominique, Fleur Knopperts, Michelle Lo, Lucas Rosant, Shung Yen Wang sebagai penerbit)
Everything Film

Ophilia (Sharifah Shahora sebagai penerbit) Elevenfield Sdn. Bhd.

Manisnya Cinta di Cappadocia (Lina Tan, Zaiton Muhd Jiwa, Najwa Abu Bakar, Gayatri Su-lin Pillai sebagai penerbit)
Redfilms, Astro Shaw Sdn. Bhd., Global Station

Terbaik Dari Langit (Anwari Ashraf, Tuan Faisal Azmy, Redza Minhat, Priya Narayanan, Megat Sharizal, Najwa Abu Bakar, M. Kabir, Gayatri Su-lin Pillai sebagai penerbit)
Playground Film, Astro Shaw Sdn. Bhd.

Amir & Loqman Pergi ke Laut (Gayatri Su-lin Pillai, Zaidi Mat Zin, Nadia Mustafar sebagai penerbit)
Astro Shaw Sdn. Bhd.


No comments: