19 Sept 2015

Polis Evo Mengancam!


Arahan : Ghaz Abu Bakar
Genre : Aksi 1
Tahun : 2015
Rating : 3.5/5


Rasanya filem ini pukul habis LARI, Balistik, Langgar, Romeo Kota & Dampak. Kalau KL Gangster tu errr rasanya KL Gangster lebih ganas dan aksi tetapi Polis Evo seimbang antara cerita dan aksi. Malah, tak keterlaluan dikatakan ini adalah filem terbaik Ghaz setakat ini (tak tonton Suamiku Ustaz dan Cicakman 3 lagi). Lebih senang kalau diberi point saja:

1. Latarbelakang lokasinya di Terengganu sekaligus beri rasa segar kepada filem aksi sebegini.
Orang sudah bosan dengan wajah 'KLCC' atau Putrajaya yang melatari filem segenrenya dan digantikan dengan paparan "Allah, Pelihara Terengganu" pada siang dan malam. Di sebalik kalimah itu, tetap ada manusia durjana dan mulia lantas memohon agar tuhan melindungi umatnya. Di sini Ghaz atau sesiapa saja yang membawa Polis Evo (PE) ke Terengganu dengan rasa rendah diri bukan dengan imej kecanggihan kejuruteraan tapi memberi sebuah naskah yang bernilai dari paparan kota besar dalam filem-filem di atas.

2. Chemistry yang baik antara Zizan dan Shaheizy Sam. Sani (Zizan) seorang yang terlalu mengikut prosidur manakala Khai (Sam) yang main hentam asalkan misi berjaya. Zizan dapat mengawal lakonannya yang tidak berlebih-lebih tapi cukup untuk lari perwatakannya dalam KL Gangster, Tokan dan Abang Long Fadil. Sam pula komited menukar bentuk fizikal untuk nampak meyakinkan sebagai "super cop". Ghaz berjaya membentuk lakonan mereka agar tak terlalu stereotype. Lawak mereka dalam nada monoton kalau PF boleh ekpreskan sebegitu tetapi cukup buat penonton dalam panggung bergelak-gelak.

3. Ameerul Affendi sebagai Mat Yam sangat awesome mencuri perhatian daripada kalangan watak.

4. Penjahat yang berloghat Terengganu semestinya lebih asli tempatan, meyakinkan dan cool. Terbaik lakonan Mat Nor Kushairi (Bunohan). Tak perlu menekan-nekan atau meninggi suara atau berslang Cina. Begitu juga bos Siam.

5. Babak suasana dalam Balai Polis selalu gagal di mata PF. Paling meloyakan dalam Romeo Kota, ketua polis yang dipegang Ahmad Idham berdialog dengan Aaron dan Nabil (maaf). Dalam Polis Evo, kejanggalan dapat dikurangkan dan lebih meyakinkan.

6. Babak tembak-menembak paling best adalah semasa di hospital. Jarang buat aksi sebegitu dalam hospital dan orang awam (tak tahulah kalau dalam bangunan mereka shoot tempat lain).

7. Pelakon ekstra seperti nurse pun sangat natural dalam kelam kabut sewaktu di hospital. Syabas! Perkara sekecil ini nampaknya dititikberatkan oleh pengarah. Malah pelakon pembantu pun padu contohnya Jimbo yang bersweater merah.

8. Seperti biasa dalam filem luar pun, perihal keluarga menjadi inti sampingan. Dalam PE, berjaya menyelitkan elemen ini seadanya. Walaupun pada mulanya menonton 20 minit percuma di facebook agak skeptikal dengan lawaknya, dan Nora Danish kira okaylah. Hihi.

9. Intro filem yang melibatkan Adli (Wan Hanafi Su) berjaya dan menjadi titik tolak untuk kita menonton filem ini sehingga habis.

10. Sinematografi atau camerawork yang cantik. e.g, ketika abang pukul adik terbaring, kamera bergerak kiri-kanan fokus kepada ketua penjahat dari pandangan Anis di hujung filem.

11. Menggunakan simbol?- montaj Allah itu di waktu malam yang menyala kemudian disusuli dengan gejolak perasaan Sani dihospital yang sedang marah menyalahkan diri sendiri (menyala) kemudian diredakan oleh Khai. Seterusnya  diikuti montaj Allah itu padam iaitu pada waktu siang (reda). Begitu juga dengan pakaian pelakon sweater merah dan hitam.

Kurang awesome!:

1. Originality - walaupun filem ini ditulis oleh 4 penulis, terdengar khabar-khabar filem ini ada bau Bad Boy, Rush Hour, 48 Hours dan siri Breaking Bad. PF tak menonton filem itu semua. Mungkin mereka sepakat untuk mengambil ilham saja. Atas sebab inilah, PF susah nak beri rating lebih tinggi. Romeo Kota pula boleh dikatakan sebijik ciplak filem 21 Jump Street. 

2. Logik dan dimaafkan. Ini tak boleh buat apalah, tapi nak sebut juga semasa dalam kejadian tembak-menembak di mana seorang penjahat lari dari hospital itu tak tertembak oleh polis dan sewaktu Sani dan  Khai melarikan diri berbaju raggae dari sarang penjahat. 

3. Terdapat dialog yang "cheezy" (betulkah penggunaanya di sini?). Iaitu ketika Khai dan Sani berbual pasal 'berbincang dahulu di parlimen' tu. Dan sebelum itu, cubaan lawak ketika Sani cuba sekolahkan Khai ketika mengacu pistol ke arah si pembakar rumah.

4. Babak kejar mengejar kereta dijambatan seakan dilajukan, tapi yang bestnya, tak sayang kereta.

Tuan Ghaz berkata ini baru appertizer saja. OK, kalau Polis Evo ada sekuel, PF tunggu main coursenya!


1 comment:

Unknown said...

Great movie! ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★
Watch unforgettable high school memories in Melur Vs Rajawali (2015)Full HD - Online Movie (starring Shafie Naswip as Azlan. Sharifah Amani as Hanna)
Visit the youtube link now: https://www.youtube.com/watch?v=ZXaZSFXDVuw