26 May 2011

Filem Teramat Box Office Malaysia 2009 hingga kini dan kesimpulan!

Sejak kebelakangan ini industri perfileman negara kita semakin rancak dgn kemunculan2 filem2 Malaysia/Melayu di pawagam. Semestinya ada filem yg tak menjadi, filem yang setakat bole laa atau balik    untung, dan filem yg meletup. Hasil semakan aku dari 2009 sehingga kini (terbaru Kongsi) di laman web Finas, filem2 Malaysia berikut mmg mencanak dari segi kutipan RM 7 juta - RM 8 juta.

Ya, aku cuma kira RM 7juta KE ATAS..  RM6 juta dah tak main la.....hehe. RM6 juta zaman Sembilu tahun 90-an.

Adnan Sempit (2009) - Komedi

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) - Komedi (Seram)


Khurafat (2011) - Seram


Ngangkung (2010) - Komedi (Seram)


Kongsi (2011) - Aksi/Perang (Raw)


Dari 5 filem kat atas ni, 3 filem saja, duit aku turut menyumbang dalam kutipan box office tu utk filem Adnan Sempit, Khurafat dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku menontonnya di pawagam. Dan aku menyesal tengok Adnan Sempit. Oleh kerana sejak 2009, barulah filem Malaysia mencatat kutipan filem setinggi itu (RM 7 juta....) aku pun terujalah nak tgk apa bestnya filem Adnan Sempit ni. Tapi rupa-rupanya tah apa2..
hampeh je. Macam ni jenaka yang kelakar? Tapi kenapa ramai sgt penonton suka tgk filem macam ni ya? Aku pun tak faham. Akhirnya, aku pun hormatlaaaa taste2 mereka nie...................................... Memang rakyat Malaysia suka tgk filem2 ringan (sebenarnya dah tau dari dulu). Sebab itu, dua lagi filem Saheizy Sam di atas ; Ngangkung dan Kongsi aku tak bernafsu nak tgk pun. Memang Saheizy Sam fenomena skrg ni. Dan terpikir jugak aku, rakyat Malaysia ni dah ramai yg pegi menonton wayang mungkin sebab EKONOMI mereka yg bertambah baik dan PANGGUNG WAYANG dah banyak sekarang ni. Apa taknya gaji "Jaga" pun minimum dah RM 1000 ke atas.

Antara 5 di atas, jika orang luar nak tahu filem2 Malaysia yg teramat box office dan sekurang-kurangnya tak malu kita nak bagitau ialah :

1. Khurafat (pertama kali tgk filem Syamsul di pawagam)
2. Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Aku mmg tak adil di sini sbb tak semua aku tengok. Sukatilah kan.. Apa2 pun mentaliti rakyat Malaysia sedari dulu hingga kini belum berubah dan tak tahu bila akan berubah..... Walau bagaimanapun, duit2 penonton mereka merancakkan lagi industri perfileman dan memberi rezeki kpd pelakon2 kita (statement selamat). Tapi apa salahnya kan, penerbit yang kaya mencuba setidak2nya SATU filem art atau filem yang sedikit bermaruah dalam lambakan filem2nya dalam erti kata menyumbang kepada maksud seni yang sebenar-benarnya......................
Itu harapan besar PerangFilem.

*TERKINI

KL GANGSTER (2011) - RM12 juta - Aksi/Perang (Raw) *Paling tinggi dalam sejarah filem Malaysia.


HANTU BONCENG (2011) - RM8 juta - Komedi (Seram)


8 comments:

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

: blog movie mistakes filem MELAYU, untuk kite2 aje..

PerangFilem said...

ok thanks mmg ada tgk blog tu..

zhu m said...

my sense of humour for malay films is gone. i watched hantu kak limah and didnt titter. it didnt make sense to me.

PerangFilem said...

In that case, your expectation ab malay movie, i can say very high. How ab. you give a chance for Hanyut then..

zhu m said...

i will when i get home later this year :P thanks for the suggestion.

PerangFilem said...

Hanyut belum keluar lagi la.. hehe. Awal tahun depan maybe. U kat oversea, ic..

Anonymous said...

ape2 pun ko memang menggelabah..xpandai menilai filem

PerangFilem said...

Anon. : Baiklah...