Kategori : Seram
Aku memang tak sedar kewujudan filem ni pada mulanya. Maksudnya semasa pembikinan filem ni pun aku taktau. Tiba2 saja aku nampak trailer ni kat FB aku ada page yg share trailer filem ni....dan kelihatan promising. Filem ni arahan 2 orang pengarah ; Wong Ming Jin dan Pierre Andre. Aku baca paper kata, Pierre kawal lakonan pelakon dan Ming Jin pula dari segi teknikal. Pelakon2 pulak tak kenal sangat. Aku tak kisah kalau pelakon tak ternama asalkan ceritanya best dan itu lagi buat aku teruja. Kalau terlalu komersial sgt nampak tak best jugak. Aku puji Gayatri Su-Pillai sebab ambik muka2 baru.
Sinopsis ringkas ttg filem ni di mana satu produksi filem buat shooting di dalam hutan tengah malam berjudul Jangan Bernafas. Timeframe filem ini adalah malam sahaja sama seperti Zombie Kampung Pisang. Seru bermula apabila kru di rasuk dan keadaan menjadi kecoh apabila jurumekap berjalan masuk ke dalam hutan dan hilang. Tetapi sebelum itu, aku suka awalan filem ni di mana Awal Ashari, Nora Danish dan Pierre sendiri jadi cameo dlm 'scene Jangan Bernafas' - itu pun dah seram. Dan part yg aku suka bila 3 org cameo ini sedang berlakon tiba2 kamera beralih ke arah sorg kru perempuan kena rasuk. Rasa mcm best! Walaupun aku dah agak dah yg cameo ni mesti scene dalam scene.
Seperti yg diberitahu tadi, pelakon2 adalah pelakon yg tidak ada nama kecuali ada beberapa muka yg aku biasa tegok kat tv mcm Sharnaaz Ahmad, 'pengarah' tu dan watak Man. Yang perempuan mmg tak kenal langsung. Aku tengok credit di akhir, 'produser' itu adalah Katijah @ Kat, adakah Kat dari program realiti Mentor? Lakonan dia kadang2 OK, kadang2 kelam kabut kadang2 sikit over. Tapi tak mustahil, perempuan mmg macam tu. Overall lakonan mmg tak mengecewakan terutama watak Sari yg kena rasuk. Macam filem Quarantine siot. Shot2 yang di ambil pada Sari ni mmg sebijik Quarantine. Aku baca paper mmg pengarah mengambil filem Quarantine sebagai rujukan. Scene 'pengarah' kena semacam lembing tu mmg tragik aku rasa dan unexpected. 'Pengarah' ni pun memang best lakonan dia, semasa dia perli Jeff nak slowtalk dgn hantu tu.
Dan kalau nak tengok babak2 ganas macam tikam parang, sabit inilah cerita melayu yang memaparkan adegan2 tersebut. Jarang filem Melayu tunjuk adegan macam ni. Ya mungkin ada juga filem2 melayu yg aku lupa.. Macam ni la baru best. Cuma belum ganas lagi seperti yang aku harapkan. Tetapi kira bonus jugaklah sebb aku tak expect pun adegan ni ada dlm Seru. Pujian harus diberikan kepada Seru, TAK LAH ASYIK NAK TUNJUK BOMOH, JAMPI SERAPAH, ORANG AGAMA HALAU HANTU (ada dlm filem ni tapi kecil saja), NENEK TUA JADI HANTU RAMBUT PANJANG, HANTU PELAHAP. Jangan harap dalam filem ni. Memang takde. Walaupun idea ambil dari filem luar tapi rasanya ini percubaan yang aku kira berjaya bagi filem Malaysia. (Penunggu Istana aku tak tengok ya.. ala2 Paranormal Activity, Haunted Changi aku tak berapa nak minat sgt yg pergi premis semata2 nak cari hantu) DAN TAKDE SOUND EFFECT YG KUAT SEMATA NAK BAGI ORANG TERPERANJAT YG MENJENGKELKAN! THUMBS UP!
Trademark filem ni adalah pergerakan kameranya yang goyang2 kononnya di rakam oleh pelakon dlm filem ni (sama dalam filem Cloverfield, Blair Witch Project). Aku takde masalah dgn style mcm ni. tapi yg buat aku pening adalah semasa krew2, pengarah dan produser bertekak dlm rumah sebelum adegan bunuh2 berlaku. Bila pengarah cakap dia drag ke pengarah, bila produser cakap dia drag ke produser, scene ni lah paling pening. Ada 5-6 scene yang kamera sengaja letak atas tanah. Aku tak suka sangat yang kamera capture keseluruhan objek. Seakan 'sempurna' di situ. Contohnya semasa Bomoh orang asli memuja/menyeru anaknya hidup semula. Tapi aku suka kamera yg diletak atas tanah semasa kawan Tony (aku tak ingat nama) tolong Tony yang tergantung dgn tali kat pokok - kepala Tony tak nampak dan semasa Jeff berlawan dgn Sari di atas jalan tar - hanya nampak kaki, kejar sana kejar sini. Kerana kedua2 scene ini nampak natural apabila kamera tak diletak dgn terancang.
Cuma aku geram satu, di mana dalam 4-5 orang mangsa yg masih hidup tak boleh nak bunuh Sari dan jurumekap yang dirasuk tu. Dalam hati aku "kalau aku terajang je....." tapi kenapa mereka2 ni tak buat?! kenapa nak simpati dgn Sari dan jurumekap tu sedangkan diorg dah bunuh ramai org? (walaupun dlm diri mereka adalah setan).
Nampaknya Khurafat ada saingan dan bagi penggemar filem seram, aku cadangkan filem ini!
[4 bintang]
No comments:
Post a Comment