Kategori : Drama
Kali ni aku nak ulas pasal filem dari Israel pula. Rasanya pertama kali tengok cerita dari Israel Eyes Wide Open atau Einaym Phukot dalam bahasa Israelnya. Walaupun pertama kali tapi ianya bukan sebarang movie. Ianya satu daripada 10 filem terbaik aku tahun 2010 (Festival PerangFilem 2010) dan pelakon utamanya Zohar Shtrauss amat terpikul dgn watak yang berat ini lalu aku nobatkan sbg Pelakon Lelaki Pilihan aku tahun lepas. Malah ianya salah satu filem terbaik LBGT yang pernah aku tonton selain A Love To Hide dan Lan Yu.
Filem bertema gay ini berlaku di komuniti yang ortodoks dan amat patuh dgn agama kirstian yang di anuti. Yahudi kan.. Aaron (Zohar Shtrauss) seorang bapa kepada 4 orang anak menjalankan perniagaan sbg penjual daging. Satu hari datang seorang jejaka Ezri (Ran Danker) yg baru dtg ke daerah itu utk mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya untuk menghubungi rakannya utk mendapatkan pertolongan. Lalu Aron menawarkan diri utk bekerja dgnnya di kedainya.
Dari situlah bermula titik tolak pergolakan antara jiwa Aron yg selama ini terpendam. Apatah lagi banyak menghabiskan masa bersama di kedai bersama. Filem ini ada kesamaan dgn Broke Back Mountain dari segi latar si watak utama yang berkeluarga lalu melalui kepayahan dalam menghadapi konflik dlm diri. Apatah lagi si isteri amat percaya akan suami yang bekerja untuk menyara keluarga. Lakonan Zohar yang baik meladeni keperluan watak yang dilema antara keluarga dan cinta/nafsu ditangani dgn bersahaja tidak berlebihan.
Adegan-adegan seks yang padu dlm filem ini memang mengalahkan Broke Back Mountain, tetapi ianya diselitkan dengan berkesan dan patut bukan sengaja diletak sesuka hati. Tapi pasti ada yang mengata bahawa 'pasangan' ini tak sepadan lantaran Aron yang tidak berketerampilan dibandingkan dgn Ezri pemuda 19 tahun yg kacak. Tetapi sudah itu saja pilihan yang ada dalam tempat itukan? hahaha.. Bukan tiada sebenarnya, bekas kekasih Ezri tidak mahu bersama dgnnya lagi kerana faktor sekeliling.
Latar filem yang kelam dan basah melatari hidup Aron yang keruh. Aku gemar adegan di kolam di mana Ezri mandi lalu Aron ikut mandi melambangkan suatu penaklukan. Babak konfrontasi memang menjadi inti kepada filem berat sebegini dan memang favourite aku bila babak pertelingkahan antara 'pasangan' ini. Jadi bagaimana hubungan mereka seterusnya? Adakah isteri Aron mengetahui hubungan mereka? Anda kena tonton sendiri filem ini.
4/5
Next : World Invasion : Battle Los Angeles
No comments:
Post a Comment