Showing posts with label Akan Datang. Show all posts
Showing posts with label Akan Datang. Show all posts

1 Aug 2018

Akan Datang: HANTU KAK LIMAH



Sekuel Hantu Kak Limah kembali lagi menghiburkan penonton Malaysia dengan lawak terbaru "ketawa tahap mengokak". 

Sinopsis: Hussin (Dato’ Awie) kembali pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia bekerja bersama sahabat baik iaitu Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani) dan Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru berkahwin dengan sahabat Hussin yang muda dan kacak iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumahtangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang menggerikan. Ketika itu, Hussin, Khuda dan Wani pergi mencuba nasib memikat burung di hutan. Hussin pula mengambil peluang untuk bertemu dengan gadis cantik (Uqasha Senrose) yang Hussin sedang dilamun cinta. Tetapi mereka hanya berjumpa di hutan sahaja.

Apabila Hussin, Khuda dan Wani pulang ke rumah, Kak Limah ada untuk menyambut kedatangan mereka dengan bubur keladi. Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropi) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur.

Genre Filem : Komedi Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Penerbit : Astro Shaw & Infinitus Gold
Bahasa : Bahasa Melayu
Format : Film, HD
Tarikh tayangan : 9 Ogos 2018
Klasifikasi : P13
Durasi : 110 minit
Waktu Penggambaran : 19 Oktober 2017 – 10 November 2017
Jumlah Hari Penggambaran : 22 Hari


BARISAN PELAKON

Dato’ Awie sbg Hussin
Delimawati sbg Kak Limah/Hantu Kak Limah
Rab Khalid sbg Yeh Sekupang
TJ Isa sbg Khuda
Sharwani sbg Wani
Ropie sbg Nayan
Zul Ariffin sbg Encik Solihin
Uqasha Senrose sbg Zaitun
Pekin Ibrahim sbg Musalman
Zma Deen sbg Che Nah
Mus May sbg Bapak Bunian
Erra Fazira sbg Erra Fazira
Dato’ Seri Vida sbg Dato’Seri Vida
Vea Kisil sbg Noraini
Jue Aziz sbg Kamalia
Khairul Nizam sbg Mok
Khalid Adam sbg Adam
Sabri Yunus sbg Abe Yie

TUNGGAK UTAMA

Dipersembahkan oleh : Astro Shaw & Infinitus Gold
Penerbit Eksekutif : Khairul Salleh Anwar, Gayatri Su-lin Pillai, TP Lim
Penerbit : Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit Penyelaras : Saiful Reza Shukor
Pengarah : Mamat Khalid
Skrip : Mamat Khalid
Cerita Asal : Mamat Khalid
Lakon Layar : Mamat Khalid
Pengarah Fotografi : Jack Rahmad
Penyunting : Amen Khalid
Penolong Pengarah : Razif Rashid
Muzik Skor : Zulkiff Headwind
Penata Bunyi : Manop Janjarassku
Penata Seni : Kamarulzaman Ishak
Penata Busana : Natasha Zamani
Penata Tatarias : Ella Sandera
Jurugambar : Hannan Ashrawi
Pengurus Produksi : Nazrin Rahim

18 Jul 2018

Akan Datang: PULANG



PULANG mengisahkan Othman yang berasal dari Serkam, Melaka yang berlayar ke serata dunia untuk mengubah kehidupan dan terpaksa meninggalkan isteri dan anak. Isterinya, Tom dana anaknya Omar tak putus harapan menunggu kepulangan Othman yang bertahun-tahun di perantauan. Kos perbelanjaan yang memakan RM6 juta kerana melibatkan 500 pelakon tambahan dan juga penggunaan imej janaan komputer (CGI). CGI yang berinovasi pula mengambil masa 2 tahun yang dilaksanakan oleh Basecamp VFX denga geran Finas sebanyak RM2 juta. Ternyata ia memakan kos yang tinggi kerana CGI memaparkan lokasi lautan selain lokasi dunia yang berbeza lagi meyakinkan iaitu, Hong Kong, Okinawa, Pulau Jeju Korea, Madagascar dan Liverpool. 

Filem ini juga menampilkan barisan pelakon veteran yang hebat, yang perpengalaman, juga pelakon baru. Pemenang Pelakon Terbaik & Pelakon Pembantu Terbaik (Anugerah Skrin yang ke-15 dan ke-21) Remy Ishak sebagai Othman, Puteri Aishah sebagai Thom, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Che Puan Juliana Evans, Sherry Al Jeffry & ramai lagi. Para pelakon juga, turut menghadiri kelas lakonan dari Puan Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak masing-masing. Filem ini merupakan filem pertama Puteri Aishah ke layar lebar, sementara bagi Remy Ishak pula, ianya merupanya kali ketiga gandingan beliau dengan pengarah tersohor Kabir Bhatia yang sebelumnya pernah di bawah pengarahan sutradara itu dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) dan Sembunyi: Amukan Azazil (2013). 

Buat julung kalinya skor filem ini adalah sebuah karya daripada komposer and penerbit terkenal tanah air, Aubrey Suwito yang berasal dari Melaka. Lagu tema berjudul ‘Layarlah Kembali’ adalah sebuah karya agung Aubrey sendiri yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan ditulis oleh Ad Samad. Album runut bunyi filem PULANG telah dilancarkan semalam dan boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music Deezer, Joox & KKBox. Ia juga boleh dimuat turun di iTunes 

Novel PULANG diterbitkan oleh Penerbitan KaryaSeni dan ditulis oleh Lily Haslina Nasir yang telah berada dipasaran sejak bulan Mei. Peminat dan pembaca yang membeli novel ini akan memperoleh kisah yang lebih mendalam tentang hubungan cinta Omar dan Thom. Novel PULANG boleh didapati di semua kedai buku berhampiran anda atau secara atas talian di www.lazada.com.my dan juga melalui aplikasi Karyaseni di Google Play dan App Store.

Ingin mengtahui kisah selanjutnya, Pulang menemui penonton pada 26 Julai 2018.

27 Mar 2018

Akan Datang: DILAN 1990



Setelah lebih dua bulan ditayangkan di pawagam-pawagam di Indonesia, filem romantis remaja, DILAN 1990 bakal menemui peminat-peminat filem di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Mac 2018 ini. Sehingga kini, filem Dilan 1990 telah ditonton lebih 6.2 juta penonton meletakkannya sebagai filem terlaris kedua dalam sejarah perfileman Indonesia.

DILAN 1990 diceritakan secara imbas-kembali (flashback) tentang percintaan dua remaja di Bandung pada tahun 1990. Milea (Vanesha Prescilla) dan Dilan (Iqbaal Ramadhan) bertemu sewaktu berada di sekolah menengah apabila Milea berpindah ke Bandung daripada Jakarta. Pertemuan yang bermula secara tidak sengaja itu merapatkan hubungan Milea dan Dilan untuk saling mengenali antara satu sama lain. Milea mula jatuh hati dengan cara Dilan dan menganggapnya seorang lelaki istimewa yang pemurah, bijak dan penyayang. Hubungan mesra Milea dan Dilan mula terganggu apabila kekasih Milea di Jakarta, Beni, datang bertemu Milea di Bandung untuk memujuknya agar kembali menyambung hubungan mereka. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Dilan terlibat dalam pergaduhan dengan geng motor. Mampukah Milea dan Dilan pertahankan hubungan mereka dan terus bersatu? 

Nantikan filem terbitan Falcon Pictures edaran Early Bird Productions bermula 29 Mac 2018 ini di empat puluh pawagam terpilih seluruh Malaysia.


22 Mar 2018

Akan Datang: LANGSUIR




Langsuir menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan? Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, filem Langsuir turut dibintangi oleh Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas.

Filem arahan Osman Ali ini adalah filem sulung terbitan syarikat Guam Teamwork Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films. Langsuirtelah menjalani sesi penggambaran selama 25 hari yang berlangsung di Pulau Langkawi serta beberapa lokasi sekitar yang dipercayai sudah ditinggalkan lama seperti Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua Muka dan Teluk Datai. Di pawagam 21 Jun ini.


7 Mar 2018

Akan Datang: KL Special Force




Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan unit khas PDRM diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan perompak yang dikenali sebagai "Geng Anarkis" melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis. Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar diserapkan dalam unit khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syakwasangka di antara Roslan dan Zul. Taktik Asyraff menimbulkan stigma dan pergolakan diantara anggota di dalam unit khas tersebut. Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya yang bernama Diana. Zul juga mempunyai masalah yang sama dengan tunangnya Mia yang merupakan anak kepada Pengerusi Bank Damofa iaitu Dato’ Mior. Sebuah rahsia bakal terbongkar apabila Geng Anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato’ Mior. Apakah rahsia tersebut? Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis? Segalanya bakal terjawab dalam filem penuh aksi "KL SPECIAL FORCE".



30 Sept 2015

AKAN DATANG : PEKAK & REDHA, Beautiful Pain



Sinopsis : Adapted loosely from Romeo and Juliet, Pekak is a story about a deaf drug pusher Uda whose dream is to get a cochlear implant so that he can finally hear again. When Uda meets and falls in love with Dara, an innocent school girl, he is even more determined to leave the life he’s always known for a future with Dara. But will he be able to break free from the vicious ties that bind him or will he be stuck forever in the same bleak existence?



Belum ada sinopsis penuh.

Filem drama keluarga tentang kesedaran bagi mereka yang mempunyai anak menghidap autism - sumber akaun Youtube rasmi.



26 Mar 2015

AKAN DATANG: Interchange


Akan Datang dari pengarah Dain Said lakonan Iedil Putra, Shahezy Sam, Prisia Nasution dan Nicholas Saputra.

Sinopsis:

Interchange mengisahkan Adam, seorang jurufoto forensik yang kerjayanya setiap hari adalah melihat tubuh-tubuh yang dikerat menerusi lensa kameranya.

Dia menyertai rakan setugasnya, Detektif Man yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan yang berlaku di Kuala Lumpur.

Sewaktu sedang menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam berkenalan dengan seorang perempuan misteri, Iva yang merupakan jiran barunya.

Melalui persahabatannya dengan Iva, Adam mula mendapatkan kehidupannya semula dan mereka jatuh cinta.




Iva mendedahkan yang dirinya merupakan seorang bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun.

Sedekad yang lalu, seorang etnografi dari Eropah telah mengambil gambar suku kaumnya sehingga telah memerangkap jiwa mereka ke dalam plat kaca negatif.

Sejak hari itu, Iva telah mengembara ke seluruh Asia untuk berusaha mengembalikan jiwanya supaya dia boleh mati dengan tenang. Belian, semangat suku kaumnya merupa bentuk sebagai manusia untuk memastikan dia tidak menyeleweng daripada tugasnya.

Adam mahu membantu Iva mencapai usahanya untuk mati dengan tenang.

Untuk berbuat demikian, Adam perlu melangkah ke dalam dunia Iva yang penuh dengan pembunuhan, keghairahan dan ilmu hitam.

21 Jan 2015

AKAN DATANG: JENGKA, Robohnya Surau Kami & 7UJUH




1. ROBOHNYA SURAU KAMI 

Filem terbaru dari pengarah Dain Said yang diilhamkan dari cerpen dengan tajuk yang sama.



Info lanjut : Wikipedia

FB : Rupakata

Laman Web: Rupakata Website









Trailer:


*****
2. JENGKA - Buah tangan terbaru dari Aziz M. Osman. Belum ada sinopsis.


                                                              *****


3. 7UJUH 

Sinopsis Filem Tujuh

Berlatar belakangkan tahun 1977. Mengisahkan sekumpulan remaja Sam, Mus, Ray, Ilyas, Yasmin, Tina dan Emma yang menghabiskan semester break mereka dengan mengadakan parti di rumah persinggahan keluarga Ilyas di atas sebuah bukit.

Rumah persinggahan tersebut dijaga seminggu sekali oleh Tok Batin dan anaknya Suri. Sam meminta Suri berada di situ semasa parti untuk membantunya serve tetamu yang datang.

Parti liar menjadi tidak terkawal apabila salah seorang dari mereka bertujuh merogol Suri ketika parti berlangsung. Sebaik sahaja parti berakhir Suri bersemuka dengan Sam dan rakan-rakannya dan bersumpah akan membalas dendam dengan membunuh mereka menerusi mimpi. Suri kemudian terjun membunuh diri.

Amaran yang dirasakan gurauan menjadi benar apabila Yasmin dijumpai mati tergantung keesokkan harinya. Malah satu-satu daripada mereka hilang secara misteri. Dapatkah mereka yang tinggal melarikan diri daripada sumpahan Suri?

12 Sept 2014

AKAN DATANG : Negeri Di Atas Pasir, The Building & Terbaik Dari Langit

3 filem akan datang.

Negeri Di Atas Pasir asalnya untuk filem pendek sempena Hari Malaysia tetapi telah bertukar menjadi sebuah filem panjang.


*akan dikemaskini setelah info diketahui.



Convinced with what he saw 15 years ago was a UFO, Berg sets on a journey with his 4 friends to capture it on film. They begin to realize that the trip is more than what it seems.





28 May 2014

Impak Cannes 2014



Setelah menonton beberapa trailer filem-filem yang bertanding dan ditayangkan  di Festival Filem Cannes 2014 (kadang-kadang tanpa rujuk sinopsis), 3 filem berikut menarik perhatian PF untuk cari dan tonton:

> Keputusan Rasmi <


1. COMING HOME arahan Zhang Yi Mou tetapi di bawah kategori Out Of Competition.
Nota : Tarikan Zhang Yimou dan Gong Li seperti biasa bakal memikat pancaindera.


2. WINTER SLEEP arahan Nuri Bilge Ceylan untuk Palme d'Or 20114.
Nota : agak skeptikal dengan Nuri tapi biasanya PF akan cuba menonton pemenang utama festival ini.



3. MAPS TO THE STARS arahan David Cronenberg.
Nota : Julianne More membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, selain jalan cerita yang agak menarik.



Pertimbangan lain:

MR. TUNER arahan Mike Leigh.
Nota : Timothy Spall yang menang Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem costume drama. 



GRACE OF MONACO arahan Olivier Dahan.
Nota : mengisahkan bekas bintang Hollywood yang mengalami krisis perkahwinan dan identiti lakonan Nicole Kidman.



11 Feb 2014

AKAN DATANG : Bravo 5, Nota & Apokalips X

Filem yang akan datang ini bukan GANGSTER, HANTU dan REMPIT. Jadi, korang masih nak tengok tak?


Filem Nota mengisahkan Kamal (Hans Isaac) dan Erin (Maya Karin) yang berdepan dengan masalah komunikasi dalam hubungan suami isteri kerana mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.Pada ulangtahun perkahwinan ke 10 , Kamal dan Erin membuat keputusan untuk bercuti di Bako dan berusaha memulihkan semula hubungan, kasih sayang antara mereka.

Semasa dalam perjalanan ke hutan Bako, Erin telah menemui sebuah ‘Nota’ yang mengandungi plan Kamal untuk membunuh diri di tempat dia pernah melamar Erin 10 tahun lalu. Erin pula mensyaki Kamal mempunyai perempuan simpanan yang telah hamil. Erin merancang meneruskan pembunuhan Kamal dan nota bunuh diri itu sebagai alibi.

TRAILER

*****


Peperangan hebat berlaku di seluruh pangea sejak mentari terbit dari barat. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.

Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.

Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).

TRAILER

*****

Filem Bravo 5 berlatarkan tahun 1989 mengisahkan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata.

Lima komando terbabit berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi, malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 anggota gerila komunis. Sebelum pertempuran bermula, mereka ada menulis wasiat.


4 Oct 2013

AKAN DATANG : Filem Seram KEKASIH


Sumber : Website KEKASIH

Terima kasih kepada Forumer Filem & Wayang dari forum CARI iaitu 'xanderz' yang memperkenalkan trailer filem ini. (Short filem ke? (Rujuk SINI) takpe - siap ada trailer, teaser dan jugak website untuk filem pendek). Tak dinafikan trailer ini sangat awesome sebagai sebuah filem seram Malaysia. Oleh itu layak diperkenalkan di segmen Akan Datang hehe. Pertama kali mendengar pengarah bernama Diffan Sina Norman. 

Sebab:

1. Pelakon Nasir Bilal Khan & Fauziah Nawi.

2. Muzik latar

3. Sinematografi

Sinopsis :

In an effort to confront his loss, Mansor extracts the remains of his late wife only to discover her presence forever illuminated in the divine. Like a bird that sings to a flower and a flower that blooms to a singing bird, Rozita and Mansor’s love continue to remain in a harmony of mutual devotion.

Trailer 

http://vimeo.com/72522422

Teaser 1

http://vimeo.com/72522822

Teaser II

http://vimeo.com/72522911

Website : http://kekasihthefilm.com/

Rotterdam? : http://www.filmfestivalrotterdam.com/professionals/persons/diffan-sina-norman/


*LIKE page PerangFilem untuk info-info menarik tentang dunia perfileman.


4 Jul 2013

2 Filem Berkaitan Sejarah & Mitos Malaysia

PF nak share 2 filem yang dikira agak besar dari segi tema dan belanja. Nampaknya impian arwah pelakon Rafi Hussain untuk merealisasikan filem Naga tasik Chini di'sambung' oleh seorang karyawan baru.


1. Chini Saga - Mohd Rafeezi Mohd Zin

Facebook
Artikel

2. White Rajah - Rob Allyn

Artikel

3. Buaya Putih - BUjang Senang - Sharad Sharan (Updated)

Website

Sumber - FB Chini Saga


Good luck!

16 May 2013

AKAN DATANG : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman DAN Amir & Loqman Pergi ke Laut


Pak Hasan ialah seorang tukang cerita yang berkahwin dengan Selamah dan di kurniakan dua orang anak – Senah dan Mat Junuh. Semasa melahirkan Mat Junuh, Selamah meninggal dunia akibat pendarahan. Mat Junuh pula di serang demam panas dan menjadi terencat akal. Segala keperluan di rumah seperti memasak dan membasuh menjadi tanggung jawab Senah. Pak Hasan hidup dalam suasana aman damai. Penduduk-penduduk di kampungnya mempunyai ikatan silaturrahim yang baik antara satu sama lain.

Semakin hari semakin sedikit orang datang ke rumah Pak Hasan mendengar cerita tambah-tambah apabila Paman Bahari membeli sebuah radio. Maka ramailah orang kampung ke rumah Paman Bahari. Rumah Pak Hasan menjadi sunyi sepi. Hidup Pak Hasan menjadi kosong setelah kematian isterinya. Dia banyak menghabiskan masa berbual dengan Selamah di kubur bagi mengubat rindu. Kemudian, datang berita Jepun akan datang ke kampung mereka. Sebagai langkah keselamatan, orang-orang perempuan di letakkan di satu kawasan untuk tujuan perlindungan dan yang lelaki meneruskan tugas masing-masing.

Satu hari, ketika waktu maghrib, Senah yang ingin turun untuk mengambil wuduk telah di perkosa oleh seorang lelaki bertopeng. Bermulalah hari buruk dalam kehidupan Pak Hasan. Pak Hasan memohon kepada Allah supaya orang yang bertanggung jawab mendapat balasan. Keesokan harinya, Mansoor telah di jumpai tergantung di sebatang pokok – bunuh diri. Maka tahulah Pak Hasan bahawa Mansoor yang bertanggung jawab mencela kehormatan Senah. Berita Senah hilang kehormatan hanya di ketahui oleh Imam Mahali sahaja kerana Imam Mahali berkenan kepada Senah untuk di jodohkan dengan anak saudaranya.

Semasa meraikan Maulud Nabi, ketika Senah sedang memegang dulang, Saleh menyakat Som Latah dengan berkata tupai lalu Som Latah berkata Senah di tebuk tupai. Senah yang menyangkakan seluruh penduduk kampung telah mengetahui berita malang itu membawa hati. Kehilangan Senah mmeberi kesan kepada Mat Junuh kerana Mat Junuh amat rapat dengan Senah dan menganggap Senah seperti ibunya. Dua minggu selepas kehilangan Senah, Mat Junuh pula melarikan diri. Puas di cari tetapi tidak di jumpai kedua-duanya.

Pak Hasan amat tertekan kerana kehilangan kedua-dua orang anaknya. Pada suatu malam, Pak Hasan membawa jala ke kawasan pucuk pujangga songsang. Pucuk pujangga songsang ini hanya wujud dalam cerita-cerita Pak Hasan sahaja tetapi kerana keyakinannya yang pucuk ini wujud, dia pergi mencari pucuk pujangga songsang. Esoknya, Pak Hasan di jumpai meninggal dunia di tali air berhampiran kawasan pucuk pujangga songsang dan di kebumikan di sebelah kubur isterinya, Selamah.


Filem/telefilem yang diangkat dari novel sasterawan Anwar Ridhwan akan ditayangkan di saluran 952 Astro Premium bermula 1 Jun.




*Photo kredit FB Amir & Lokman Pergi Ke Laut


Sebuah lagi filem arahan Mamat Khalid ini membawa penceritaan kisah lucu dua sahabat baik, Amir dan Loqman (Shuk Balas & Shuib Sepah) yang mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan kongsi gelap untuk memulakan hidup baru. Malangnya, mereka perlu menyempurnakan satu misi sebelum dibenarkan keluar dari kumpulan tersebut.


Facebook Amir & Loqman


11 Mar 2013

AKAN DATANG : Vikingdom : The Blood Eclipse & PAKU


1. VIKINGDOM : The Blood Eclipse




Filem terbaru KRU, Vikingdom : The Blood Eclipse telahpun dilancarkan trailernya yang berdurasi satu minit itu seakan mengingatkan kita kepada trailer Hikayat Merong Mahawangsa. Filem yang menjalani pengambaran sepenuhnya di Malaysia ini dibintangi nama besar Domimic Purcell, Natasia Malthe, Craig Fairbrass, Jon Foo dan lain lain lagi.

Sinopsis :

Kisah bermula dengan kehadiran kapal-kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka. Thor harus dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yan boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan liar dan alam sekitar. Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghakang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

TRAILER

2. PAKU


Feature filem berbahasa Melayu pertama Nusantara Seni Karya arahan P Ramessh yang dikhabarkan adalah kisah benar tragedi Highland Towers, namun ada adegan tertentu terpaksa juga diadakan untuk menghidupkan jalan cerita iaitu membabitkan babak di ranjang lakonan Johan dan pelakon baru, Aishah Alias serta Azad dan Diana. Filem arahan P Ramessh bersandarkan kepada skrip yang dikarang oleh penulis skrip dari Indonesia, Alexander yang berpengalaman luas dalam menulis skrip cerita seram di negaranya. Untuk menyesuaikan skrip itu mengikut acuan dan budaya negara ini, skrip itu diolah semula oleh Shahriza Mahmud. SUMBER dan SUMBER

TRAILER

4 Mar 2013

AKAN DATANG : Psiko Pencuri Hati & Penanggal

Filem tempatan yang terpilih untuk entry Akan Datang kali ini adalah 2 filem; filem pertama arahan Ellie Suriaty - Penanggal dan filem pertama terbitan Filmmecca - Psiko : Pencuri Hati (arahan Namron).

1. Psiko : Pencuri Hati


TRAILER

Dipetik dari majalah SKRIP2SKRIN :

Fokus utama yang diberikannya ialah, filem "Psiko" bertajuk "Psiko Pencuri Hati" yang turut dijadikan hiasan kulit (cover) dan cover story. 
Disamping adanya ulasan dan sinopsis, ia juga menyelitkan temubual Pengarah Ekserkutifnya, Khairul Anuar Latip. 

Sedikit sedutan: For Psiko, filem pertama Filmmecca, kita menggunakan dana sendiri atau pun internal funding. Dana yang kita ada bukanlah besar sangat tetapi memang terhad dan kami telah bajetkan filem pertama kami sekitar sejuta hingga ke peringkat master print dan 40 print salinan. 

Kalau dibandingkan, penerbitan rancangan untuk televisyen agak 'kurang risiko' dan tidak memerlukan dana tinggi sperti pembikinan filem, tetapi ianya memakan masa yang panjang dan akhirnya juga kurang menarik dan tidak berbaloi.

Sinopsis panjang yang dicilok dari trailer youtube :

Sejauh mana anda akan mengkaji apabila anda menulis sebuah novel tentang pembunuh bersiri? Adakah anda perlu berfikir seperti pembunuh bersiri? Adakah anda perlu mencari emosi dan kemahiran pembunuh bersiri untuk memastikan watak anda berjaya di atas kertas? Dalam "PSIKO, Pencuri Hati", soalan ini menggunakan Sidi watak utama. Ini penulis, yang celaka jiwa seolah-olah berada dalam perjuangan yang berterusan dengan dirinya, cuba untuk mencari sedikit masa tenang sambil melakukan penyelidikan untuk novel terbaru beliau. Sidi (Bront Palarae) disertai oleh Man pal beliau yang sentiasa bersamanya, egging beliau untuk menulis dengan lebih baik, untuk struktur plot beliau dengan lebih baik dan pada kebanyakan kali bermain peguam bela syaitan. Sidi, yang mengalami Gangguan kompulsif keterlaluan, juga menyelidik seorang pembunuh bersiri yang masih di besar di Kuala Lumpur. Pembunuh bersiri telah digelar Thief of Hearts sebagai cap dagangan adalah untuk mengurangkan dada mangsa dan mengambil hati keluar. Sidi cuba untuk masuk ke dalam kepala pembunuh ini bersiri dalam usaha untuk menjadikan dia watak utama dalam novel seterusnya. Sementara itu, Wani (Sharifah Amani) adalah seorang isteri yang tertekan muda yang telah mengalami tiga keguguran dan berada di ambang kerosakan saraf. Perkahwinan beliau adalah di atas batu dan doktor Khai suaminya (Syed Hussein) mahu sangat banyak untuk mencuba dan membaiki perkahwinan. Beliau mencadangkan perjalanan ke pulau kegemaran beliau Pemanggil di Johor. 

Wani, dalam menghadapi dengan kesepian dan kemurungan, mengalihkan perhatian dirinya dengan membaca O.Sidi 's novel. Selepas dipujuk, Khai mengambil Wani ke pulau peranginan di mana hanya pemilik Pak Abu dan isteri tuan rumah Siti muda tetamu. Sebagai luar musim, tidak ada orang lain di pulau itu sehingga kebetulan, Sidi dan Man tiba di pulau itu dalam mencari perlindungan dan ketenangan untuk menyiapkan novel terbaru beliau. Wani serta-merta tertarik kepada penulis misteri ini banyak jijik, Khai manakala Siti, yang pelabuhan tiada cinta untuk suaminya sendiri, berasa tertarik kepada Khai. Ketegangan dibangkitkan, set keping dan peluang di tempat. Dan kemudian, Siti ditemui dibunuh di pantai. Telah mengkaji pembunuh bersiri disebabkan Sidi untuk pergi ke tepi dan menjadi pembunuh sendiri? Adakah Wani tertekan, dipengaruhi oleh pembunuh pula novel Sidi? Bolehkah cemburu Khai cukup untuk beliau untuk membunuh Siti dan bingkai Sidi? Telah Abu bosan perbuatan genit isteri muda seksi sehingga dia terpaksa membunuhnya? Atau adakah ia kawan Man Sidi sebalik pembunuhan Siti dalam usaha untuk mendapatkan Sidi untuk menulis novel jenayah yang sempurna?

2. Penanggal
TRAILER

Sinopsis :

Penanggal mengisahkan Murni (lakonan Ummi Nazeera) yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungan. Di sana, Murni didera oleh orang-orang kampung yang mendapat tahu dirinya adalah penanggal namun diselamatkan oleh Syed Yusof (Azri Iskandar) yang dalam perjalanan ke Kota Lama.
Penanggal menggunakan latar masa sekitar tahun 1930-an.

Trailer filem ini mendapat perhatian laman filem terkenal TWITCH, boleh semak DI SINI.


8 Feb 2013

Meneroka Youtube (I)

Entri khas untuk filem yang tidak disangka kewujudannya dan bukan dari produksi-produksi gergasi di Malaysia. 

1. MONSUN

Terjumpa trailer filem ini di Youtube. Nampaknya seperti amatur. Rupanya filem Monsun adalah hasil pelajar Universiti Malaysia Kelantan. Patutlah semua pelakonnya tidak dikenali.

TRAILER


2. HALILINTAR

Filem terbitan Shahwira Production, jika berdasarkan trailer adalah filem seni mempertahankan diri; silat dan kuasa adiwira. Ingat filem HAQ? (Tidak menontonnya). Percubaan berani tetapi agak takut jika hasilnya seperti MANTERA.

TRAILER


3. GANGSTER MACHA

Tiada subtitle untuk filem ini. Ada 6 Part kesemuanya bermula dengan video di bawah. Search saja video seterusnya dari pemilik akaun asal.

PART 1

PART 2


4. TANAH MATI

Filem pendek ini hasil kerja penuntut ASWARA.

FULL MOVIE

22 Nov 2012

Akan Datang : Mamak Cupcake & Kolumpo

Belum ada poster kot.
Woo Ming Jin kembali dengan filem melayu ketiga beliau selepas Salon (2005) dan Seru (2011 bersama Pierre Andre). Dengan tema yang baru, seorang mamak (Shaheizy Sam - err muka tak berapa mamak) yang ingin lari dari kebiasaan ; mamak dan cupcake. Kata pengarahnya di laporan berita Awani, dia seorang mamak ingin jadi urban. (KL Zombie arahan Woo belum ada press conference).

Sinopsis : Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.

Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.

Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

TRAILER


Keputusan MOVIE QUIZ 2 dimenangi oleh saudara ZAINI yang menjawab dengan tepat dan pantas. Salute! Fuuu... kena tingkatkan lagi kesukaran nih.

Jawapan (dimana PF telah menonton kesemuanya) :

(1) We Need To Talk About Kevin
(2) Bedevilled (Korea)
(3) Kepong Gangster
(4) Di Bawah Lindungan Kaabah (Indonesia)
(5) Chernobyl Diaries
Bonus : Melancholia

***

Filem KOLUMPO

Filem pertama arahan Bront Palare ini bersinopsis : dari Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita -- cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur. 

Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL. Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari. Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini. 

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

TRAILER

13 Sept 2012

Akan Datang : Zaiton Ceritaku & Sembunyi




Setelah bos Bruang Filem iaitu Hj Burhanuddin (Les' Copaque) 'merejek' kerja-kerja seni Zaiton Ceritaku yang diarah oleh Fauziah Nawi dan dilakonkan oleh Mislina Mustaffa, cubaan kedua projek Zaiton Ceritaku akhirnya akan menemui pawagam pada 1 November 2012. Hj Burhanuddin mengatakan beliau kurang puas hati dengan hasil kerja mereka kononnya di bawah standard sebuah filem dan ada lah juga konflik-konflik yang dihadapi antara penerbit dan pengarah yang PF malas nak ingat. 

Zaiton Ceritaku yang baru ini, diarahkan oleh Esma Daniel dan Nadia Aqilah Bajuri (Tari Tirana) sebagai Zaiton Sameon.

TRAILER



Jom bandingkan!

 

*******

SEMBUNYI (tajuk asal "Azazil" arahan Kabir Bhatia)



Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun.

Penduduk kampung telah memberikan perlindungan dan disitulah bermulanya kehidupan baru beliau. Tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan rahsia yang misteri. Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu ialah Azazil. 

Penduduk kampung ada membuat perjanjian keamanan dengan makhluk Azazil tersebut namun serangan kembali menghantui kampung tersebut sejak Aishah mula menetap di situ.

TRAILER


13 Aug 2012

Trailer Hanyut (U-Wei) Akhirnya DiLancar!


Entah bagaimana PF tidak dapat share secara direct trailer filem yang dinantikan iaitu HANYUT dari youtube ke sini.

PF hanya boleh share link youtube ini saja. Namun bagi PF, trailer ini agak panjang (2 minit lebih) dan seperti terlebih expose sikit.
Apa-apa pun, be prepared!
>>> Hanyut Trailer <<<

Based on Joseph Conrad's 1895 novel Almayer's Folly, this epic film tells the story of Kaspar Almayer ("X-Men Origins: Wolverine" actor Peter O'Brien), a English trader struggling to survive in Malaysia at the turn of the 19th Century. His dream of finding a mythical gold mountain is challenged by his scheming wife, the colonial authorities, the political machinations of the local chief and Arab traders, and his daughter's (Diana Danielle) love for a freedom-fighting Malay prince, Dain Maroola (Adi Putra).

*******************

Tapi jangan terkejut kerana Perancis dan Belgium (menurut imdb) juga ada menghasilkan filem yang serupa berdasarkan novel yang sama arahan pengarah wanita Chantal Akerman diberi judul LA FOLIE ALMAYER. Ianya diterbitkan pada tahun 2011 dan pernah menyertai Toronto Film Festival. Jika dilihat, filem U-Wei lebih dekat dengan novel kerana wataknya sendiri adalah melibatkan orang melayu. Dari aspek lain, kenalah kita tonton sendiri kedua-duanya. 

Mahu atau tidak, penonton secara automatiknya membandingkan filem U-Wei dan Chantal ini. Filem versi Perancis itu boleh dilihat dari trailer ini :