13 Sep 2012

Akan Datang : Zaiton Ceritaku & Sembunyi




Setelah bos Bruang Filem iaitu Hj Burhanuddin (Les' Copaque) 'merejek' kerja-kerja seni Zaiton Ceritaku yang diarah oleh Fauziah Nawi dan dilakonkan oleh Mislina Mustaffa, cubaan kedua projek Zaiton Ceritaku akhirnya akan menemui pawagam pada 1 November 2012. Hj Burhanuddin mengatakan beliau kurang puas hati dengan hasil kerja mereka kononnya di bawah standard sebuah filem dan ada lah juga konflik-konflik yang dihadapi antara penerbit dan pengarah yang PF malas nak ingat. 

Zaiton Ceritaku yang baru ini, diarahkan oleh Esma Daniel dan Nadia Aqilah Bajuri (Tari Tirana) sebagai Zaiton Sameon.

TRAILER



Jom bandingkan!

 

*******

SEMBUNYI (tajuk asal "Azazil" arahan Kabir Bhatia)



Aishah (Diana Danielle), seorang wanita muda yang hidup semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Malayu, telah bangun di sebuah kampung yang tenang setelah tidak sedarkan diri ketika melarikan diri daripada cengkaman tentera Jepun.

Penduduk kampung telah memberikan perlindungan dan disitulah bermulanya kehidupan baru beliau. Tidak lama setelah menetap disitu, ia telah menjadi semakin jelas bahawa kampung tersebut ada menyembunyikan rahsia yang misteri. Aishah mula dihantui oleh kehadiran seorang gadis muda yang cacat yang tidak ada orang lain melainkan beliau yang boleh melihatnya. Beliau juga mendapati bahawa ada makhluk yang berlegar-legar di dalam hutan di sekitar kampung yang menjadikan para penduduk sebagai mangsa pembunuhan. Makhluk itu ialah Azazil. 

Penduduk kampung ada membuat perjanjian keamanan dengan makhluk Azazil tersebut namun serangan kembali menghantui kampung tersebut sejak Aishah mula menetap di situ.

TRAILER


No comments: