11 Sept 2012

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur dan Senarai Pendek Pencalonan Filem Tempatan Terbaik 2012

Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang). PF rasa berbesar hati kerana dijemput sebagai salah satu ahli dalam Majlis ini.

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun. 

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh.  Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di "pawagam" Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Setiap tahun, majlis ini akan menghimpunkan senarai terbaik bagi Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur. Untuk tahun ini (2012), kami telah meneliti 62 buah filem dalam perhatian (Al-Hijab [Okt 2011] - Leftwings [Ogos 2012] ). Terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kotemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan. Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan, 3 Temujanji dan 29 Februari. Senarai pendek di bawah merupakan pengelasan kategori-kategori tertentu yang dianggap "terbaik" dalam kalangan filem yang ditayangkan. Senarai pemenang akan dimaklumkan pada bulan Oktober 2012.

Senarai Ahli MPFKL DI SINI
Senarai Pendek Pencalonan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 
2012


Pengarah Terbaik

Osman Ali untuk Ombak Rindu
Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Dain Said untuk Bunohan

Pelakon Lelaki Terbaik

Syafie Naswip untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk Songlap
Shaheizy Sam untuk SAM (Saya Amat Mencintaimu)
Faizal Hussein untuk Bunohan

Pelakon Wanita Terbaik

Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
Maya Karin untuk Ombak Rindu
Yana Samsudin untuk 3 Temujanji

Sinematografi Terbaik

Haris Hue Abdullah untuk Songlap
Khalid Zakaria untuk Ombak Rindu
***********
(Bunohan tidak layak kerana Charin bukan warganegara Malaysia)

Lakon Layar Terbaik

Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
Afdlin Shauki untuk Misteri Jalan Lama
Khairil M. Bahar untuk Relationship Status
Dain Said untuk Bunohan
Hashim Rejab untuk 3 Temujanji

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Abdullah Omar untuk Songlap
Hasnul Rahmat untuk Songlap
Benji Lim untuk Relationship Status
Fauzi Nawawi untuk Songlap
Hans Isaac untuk Misteri Jalan Lama
Wan Hanafi Su untuk Bunohan
Hushairy Hussein untuk Bunohan
Pekin Ibrahim untuk Bunohan
Bront Palare untuk Jiwa Taiko

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Daphne Iking untuk Relationship Status
Norma Damanhuri untuk Songlap
Wawa Zainal untuk 3 Temujanji
Dira Abu Zahar untuk Chow Kit
Fauziah Nawi untuk Hoore! Hoore!
Nadiyatul Nisaa untuk Jiwa Taiko

4 comments:

Anonymous said...

maya karin boleh menang

NH said...

bil result dia ni?

NH said...

bila result?

PerangFilem said...

Result Oktober.. spesifik date PF tak pasti, tunggu ketua juri je. Sabar ya.