TOP 20 Kutipan Filem Sepanjang Zaman | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(Setakat habis tayangan filem 29 Februari & Leftwings - Ogos 2012) >> SUMBER |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
*Adakah filem tempatan yang lain akan memotong KL Gangster? Pecahan Mengikut Tahun: 2012 - 3 filem 2011 - 7 2010 - 4 2009 - 2 2007 - 1 2006 - 1 2001 - 1 1995 - 1 *2011 menunjukkan prestasi cemerlang sinema Malaysia dari segi kutipan dan penonton yang ke pawagam. Manakala filem pada tahun 2008 gagal memasuki carta dalam kemeriahan filem tempatan. Manakala wakil tahun-tahun sebelumnya pula semakin 'pupus' dengan hanya 1 filem saja di empat tahun iaitu tahun 1995, 2001, 2006 dan 2007. Baru 3 sahaja filem pada tahun 2012 yang memasuki carta setakat 43 filem yang ditayangkan setakat artikel ini ditulis. Adnan Sempit 2 pun hanya di tangga 11 - tidak TOP 10. Mungkinkah disebabkan lambakan filem tempatan sekarang antara punca atau semakin banyak filem segera yang hambar membuatkan penonton kurang ke pawagam? Atau disebabkan Astro First dan Youtube mungkin? Akan tetapi, kehadiran 3 filem 2012 ini (Adnan Sempit 2, Jalan Kembali dan Mael Lambong) mengenepikan Maria Mariana (1996) dan Bini-Biniku Gangster (2011) daripada terus mengungguli carta. Pecahan Mengikut Produksi: MIG PRODUCTION SDN.BHD. - 6 filem SKOP PRODUCTION SDN. BHD. - 3 KRU STUDIOS SDN. BHD. - 2 EXCELLENT PICTURES - 2 SKOP PRODUCTION SDN. BHD. & GRAND BRILLIANCE - 2 ASTRO SHAW & TARANTELLA PICTURES - 1 GRAND BRILLIANCE SDN.BHD - 1 LES COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD. - 1 PRIMEWORKS STUDIOS SDN. BHD. - 1 TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD. - 1 *MIG boleh berbangga dengan jumlah 6 filem yang memasuki carta dari segi kutipan. Filem pertama dan satu-satunya dari Les Copaque berjaya memasuki carta. Mungkin Skop Production dan Grand Brilliance boleh memikirkan untuk berganding lagi dalam menghasilkan filem-filem bermutu pada masa akan datang. Filem terbitan Tayangan Unggul (T.U) sepatutnya lebih banyak masuk carta sebab T.U antara pengeluar yang produktif dan filemnya rata-rata boleh dikatakan baik selain berbeza dari yang lain contohnya Misteri Jalan Lama, Seru, Kala Malam Bulan Mengambang dan yang akan datang Apokalips dsb. Pecahan Mengikut Genre: KOMEDI - 8 filem AKSI - 6 CINTA (Drama) - 3 SERAM - 2 ANIMASI - 1 *Terbukti penonton Malaysia lebih menyukai hiburan ringan. |
21 Sept 2012
Rumusan Dari 20 Filem Tempatan Paling Laku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
waaaa thanks for this entry. sedih lah aku tengok filem2 sampah ..filem2 hantu jugak yang naik. kalau filem hantu serius takper, ni filem hantu sampah tu..ITU yang buat aku trauma nak tengok filem melayu kat wayang tau.
Itulah taste kebanyakan Malaysian yg ke pawagam.
Filem2 bingai sume dari mig..aq xphm la apsal cite diorng ni pling laris..hmm..
Post a Comment