14 Sep 2012

Chernobyl Diaries & The Possession 2012 : Recycle Lagi


Chernobyl Diaries : Recycle Yang Memuaskan

Genre : Ganas/Thriller
Arahan : Bradley Parker
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Ingrid Bolos Berdal, Dimitri Diathenko, Olivia Dudley, Devin Kelley
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : The Descent, The Hill Have Eyes, I Am Legend
Rating : 3.5/5

Walaupun Rotten Tommatoes hanya memberi 21% kepada filem ini, itu bukanlah alasan PF untuk turut bersetuju dengannya. Antara komen di situ, "short of suspense and originality...", "lacks any effective scares or real moments of tension...." tapi bagi PF Chernobyl Diaries cukup memberi misteri yang seimbang di mana sepanjang jalan menuju ke pengakhiran yang memberi ketakutan dan ketegangan. Permulaannya secukup rasa dan tidak meleret. Berlatarbelakangkan tempat Chernobyl yang terbiar dan ditinggalkan akibat kawasan nuklear adalah satu premis yang tepat untuk memberi impak ketakutan. Keaadaan itu membuat PF teringat pada filem I Am Legend (Will Smith). Sehingga habis apa yang mengganggu 6 orang pelancong di Chernobyl itu tidak dijelaskan wajahnya, hanya sekilas-kilas. Itulah yang dikatakan less is more. Ada satu babak di mana terdapat seorang kanak-kanak tiba-tiba muncul membuatkan filem ini lebih seram tapi sayang, naskhah ini tidak meneruskan tema hantu ke dalam cerita (mungkin itu hanya mainan penjahat). Kadang-kadang PF kurang faham, PF selalu kutuk filem recycle tetapi kadang-kadang pula kita enjoy filem yang di ulang konsepnya. Dari situ, PF merumuskan, filem recycle tu ok jika produksi dan pengarah pandai mengolah dan mengarah cerita. haha...


The Possesion : Sekadar Saja

Genre : Seram 
Arahan : Ole Bornedal
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Jeffrey Dean Morgan, Natasha Calis, Kyra Sedgwick
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Exorcist
Rating : 2.5/5

Filem seram bertema rasukan yang entah berapa kali kita tonton. Filem ini biasa-biasa saja keseramannya. Adakala perlahan, momen seram tidak begitu meninggi. kedengaran sangat bahaya syaitan bernama Abyzou itu di mana saat paderi Yahudi (?) dan pengikutnya itu seakan takut melihat kotak misteri itu dan menolak untuk membantu Clyde dan anak perempuannya, Emily. Tetapi tiba-tiba Tzadok pula menjadi hero (anak lelaki paderi tadi) mudah saja menewaskan Abyzou itu! What the....
Ok, Chernobyl Diaries lebih seram dari yang ini.

1 comment:

Lelaki Ini said...

wah..
nak tgk jugak lah!