Showing posts with label Filem Itali. Show all posts
Showing posts with label Filem Itali. Show all posts

5 Jan 2013

Cacamarba : A Royal Affair, Seraphine, Life Is Beautiful



Genre : Drama (Denmark)
Arahan : Nikolaj Arcel
Pelakon : Alicia Vikander, Mads Mikkelsen, Mikkel Boe
Tahun : 2012
Rating : 3.5/5


Sebenarnya PF kurang gemar costume drama. Oleh kerana, filem ini disebut-sebut sebagai top 5 Filem Bahasa Asing Terbaik Oscar ke 85, PF cuba meneroka keistimewaannya. Selain busana dan latarbelakangnya yang cuba direalisasikan pada zaman tersebut, ARA membawa konflik permaisuri yang jatuh cinta dengan physician peribadi suaminya King Christian VII yang agak gila-gila perangainya. Melakukan seks dengan wanita lain walaupun telah berkahwin, tidak serius dalam memerintah dan tidak pandai akan hal-hal undang-undang/politik negaranya. Dr Johann Struensee yang bijak mengawal Christian cuba mempengaruhinya dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah membuntingkan permaisuri. Christian membuat penonton tertanya akan kewibawaannya dan tiada sifat kepimpinan semulajadi hanya kerana mewarisi takhta raja sebelumnya. Filem ini sebenarnya milik Caroline, isteri kepada King Christian. Susunan plot yang teratur buat penonton tidak sukar untuk menelusuri ARA. Dr Johann baik di tangan Mads Mikkelsen dan penamat yang bagi PF tidak dijangka.




Genre : Drama (Perancis)
Arahan : Martin Provost
Pelakon : Yolande Moreau, Ulrich Tukur
Tahun : 2008
Rating : 3/5

Kisah benar tentang Seraphine dalam lingkungan 40an seorang tukang cuci rumah yang sebenarnya memiliki bakat melukis yang luarbiasa. Bakatnya dikesan oleh Wilhelm Uhde lalu membawa lukisannya ke galerinya. Sayang sebenarnya, bakatnya samada lambat dikesan oleh dirinya atau tuhan baru hendak beri dia anugerah melukis pada usia sebegitu. Digambarkan sebagai andartu dan tinggal keseorangan di bilik sewa yang kecil. Lukisannya lebih kepada alam dengan lebih terperinci lagi lukisan dedaunan dan buah-buahan di mana rapat dengan kehidupannya. Filem ini sangat minimal dialog dan bukan kepada peminat filem bising-bising. Banyak scene yang 'begitu saja' tanpa 'keputusan' contohnya dia memanjat pokok dan berjalan ke pokok besar sambil membawa kerusi dan duduk di bawahnya. Mendapat ilham dengan memandang pokok-pokok yang ditiup angin. Mungkin kerana jalan hidupnya sebegitu, maka tiada konflik yang benar-benar maka kita harus terima filem ini seadanya. Melihat lukisannya memang cantik bagi yang pandai menafsir. Bagi mata PF, ada lukisannya yang memang mempunyai sesuatu. Katanya dia ada rahsia dalam bahan-bahan campuran melukis. Diperhatikan dia mengambil darah babi sebagai pewarna merah dan cairan lilin. Kisah benar ini membawa kepahitan pada zaman kemashyurannya. 




Genre : Drama (Itali)
Arahan : Roberto Benigni
Pelakon : Roberto Benigni, Nicolette Braschi, Giorgio Cantarini
Tahun : 1997
Rating : 3/5

Filem ini dua jam. Satu jam pertama berkonsep komedi romatik dan PF sangat tak menggemarinya seperti filem komedi murahan. PF memang tak mengenali Roberto Benigni (Guido) pada mulanya. Seperti pelakon komedi yang bodoh-bodoh alang untuk memikat Dora. Masuk jam kedua berkenaan dia dan keluarganya yang berbangsa Yahudi ditangkap pihak Nazi dan ditempatkan disatu tempat dan dikerah bekerja. Nazi, German... apa-apa jelah yang berkaitan pasal tu. Pada jam kedua ini Guido berubah dari sifat ceria dan gila-gila tu kepada seorang ayah yang penyayang dalam melindungi anaknya dari apa yang berlaku di tempat tahanan dengan mengatakan itu hanyalah permainan untuk mendapatkan hadiah kereta kebal kepada anak lelakinya supaya tidak mengalami perasaan ketakutan. Bagusnya, Guido hanya senyum dan ketawa yang ditunjukkan kepada anaknya dan seberapa boleh mencari muslihat agar anaknya tidak tahu perkara sebenar. Filem ini pasal itulah. Pasal dia mengorat Dora memula itu terlalu panjang dan macam tak perlu kot sampai 1 jam. Atau ada benda-benda yang PF kurang tangkap? Walaupun ada tragedi di hujung cerita, ianya disembunyikan agar happy ending memihak kepada Joshua, anak Gudio itu. Filem ini menang Filem Bahasa Asing Terbaik semasa Oscar 71 dan Grand Prix di Cannes 1998.


8 Oct 2012

Once Upon A Time In Anatolia & Salo : 120 Days of Sodom






Genre : Drama (Turki)
Arahan : Nuri Bilge Ceylan
Pelakon : 
Muhammet Uzuner, Yilmaz Erdogan, Taner Birsel, Ahmet Mumtaz, Firat Tanis etc
Tahun : 2011
Filem Seumpamanya : Taste Of Cherry
Rating : 3/5


Entah berapa judul filem yang menggunakan frasa "Once Upon A Time...." ni, frasa yang biasa kita dengar bagi permulaan kisah dongeng. Filem yang mengambil masa 2 jam lebih ini yaaa tuhan, amat la perlahan sehingga PF fast foward saja pada bahagian-bahagian tertentu. Begitulah ciri-ciri filem menang awardkan? Kisah polis, pendakwaraya, yang tertuduh dan beberapa orang lagi mencari mangsa pembunuhan yang ditanam di kawasan terpencil di Anatolia. Tertuduh - Kenan mendakwanya dirinya mabuk ketika itu. Filem ini ada part gelap dan ada part cerah. 3/4 pertama filem ini adalah diwaktu malam dan selebihnya siang sehingga PF mengaggap filem ini semuanya adalah malam pada pertengahan cerita. 

Dengan menonton filem ini dengan blue-ray, PF dapat merasakan sinematografi yang menawan terutama di waktu malam dengan satu babak malam angin bertiup dan dedaun berguguran itu dan-lain-lain lagi. Setiap kali polis mencari lokasi tempat mayat ditanam, penonton dibawa dengan kisah-kisah doktor dan pendakwaraya. Mereka Bercerita dengan slow. Begitu juga adegan makan di rumah Mukhtar selepas menyiasat, semasa anak perempuan menghidangkan teh semasa rumah terputus bekalan elektrik, PF terpaksa fast foward, letih la, tetapi jika dilihat adegan ini sangat bermakna. PF mendapati ada 2 persamaan filem ini dengan Taste Of Cherry. Pertama, dari segi teknikal di mana long shot kereta yang melalui sebatang jalan yang berliku (ya kena sabar melihat adegan ini tapi bukan saja-saja pengarah berbuat demikian). Kedua, subjek kematian dan 'penanaman' mayat. Walaupun filem ini mendapat anugerah Grand Prix di Cannes 2011 (tempat kedua), ianya bukan filem PF. Kadang-kadang filem yang menang award menepati citarasa, kadang-kadang sebaliknya, contoh lain The Artist (2011). Pendek kata, semua terpulang kepada citarasa masing-masing. 



Genre : Ganas/Thriller (Itali)
Arahan : Paolo Pasolini
Pelakon : Paolo Bonacelli, Giogo Cataldi, Umberto Paolo, Aldo Valetti, Caterina Bolatta etc

Tahun : 1975
Filem Seumpamanya : -
Rating : 5/5 dalam kategorinya.

-Updated-
PF rasa ramai yang dah tonton filem ini. Walau bagaimanapun, PF baru saja dapat menontonnya setelah 37 tahun ia diterbitkan. Apa yang boleh dikatakan : MASYAALLAAAH! Kenapa ada filem sebegini di dunia? Sebab itu banyak negara yang mengharamkan filem ini. Ia memeranjatkan sinema perfileman sejagat. Apalah sangat dengan Brokeback Mountain dan segala macam filem nude lelaki dan perempuan. Pengarah dan pelakon dalam filem ini semuanya sudah gila terutama watak 4 orang lelaki tu! PF bukan tak pernah menonton filem bertema homo atau ganas-ganas ni, tetapi seks, LBGT, penderaan fizikal dalam Salo : 120 Days of Sodom ini melangkaui peradaban manusia. Malu pun ya apabila mengaku menonton filem ini. Bayangkan pada tahun 1975 pun sebenarnya sudah 'akhir zaman' dengan pemikiran umat yang bergelar karyawan seni. Apatah lagi tahun 2012 ni kan?

Disebabkan perasaan ingin tahu dan sebagai peminat filem, PF gagahkan juga menonton filem yang diletakkan sebagai 65th Most Scariest Film Ever Made oleh Pengkritik Filem Chicago pada tahun 2006 ini. Bayangkan tahi manusia menjadi hidangan dan melihat anus siapa paling cantik! 2 orang wanita lingkungan 40an bercerita tentang pengalaman seks dan didengari oleh 'banduan-banduan' yang ditangkap dan 4 lelaki itu terangsang lalu melepaskan nafsu kinky mereka. 'Adegan garfu' yang dicolek atas lantai tu...aduuh dan banyak lagilah hingga tak sanggup nak ceritakan. Ok, PF banned filem ini dari Festival PF 2012 tapi dari segi rating diberi markah penuh dalam kategorinya dan pertama kali bagi 5 bintang sejak PF berblogging. Berdasarkan bacaan, pengarahnya mati ditembak. Baguslah tu, supaya tak menghasilkan movie yang lebih gila dan jijik. 

10 Feb 2012

Tribute to Cinema Paradiso


Seperti dalam post yang LEPAS, PF ada menyebut bahawa filem Cinema Paradiso adalah filem yang paling mengesankan. Filem ini menjadi salah satu all time favourite PF. Mana tidaknya, sudah menonton 5-6 kali filem ini tetapi tidak terasa jemu.

Arahan :



Giuseppe Tornatore 


Pelakon :

Phillipe Noiret : Alfredo
Salvatore Cascio : Salvatore Di Vita kanak-kanak @ Toto
Marco Leonardi : Salvatore Di Vita remaja
Jacques Perrin : Salvatore Di Vita dewasa
Antonella Attili : Maria muda (ibu Salvatore)
Pupella Maggio : Maria tua

Filem Itali 1988 ini mengisahkan Salvatore pembikin filem Roman yang mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya semasa di kampung yang mula mencintai filem. Melalui panggung wayang di tempatnya yang dikenali sebagai Cinema Paradiso kemudian menjalinkan persahabatan yang erat dengan projektor wayang bernama Alfredo.


Toto nak semua ni!
Mereka tak ingin mengecewakan penonton

Filem ini terbahagi kepada 3 generasi Salvatore iaitu semasa Salvatore kanak-kanak yang dipanggil Toto.Toto amat nakal tetapi bijak dalam kelas. Mula mempelajari bagaimana mengendalikan projektor wayang daripada Alfredo setelah puas memujuk Alfredo yang mulanya enggan mengajarnya. Keletahnya membuatkan penonton akan sayang kepadanya! Toto yang mula minat terhadap filem dan mengumpul cebisan-cebisan filem yang dipotong (kebanyakannya adegan bercium) oleh Alfredo dan dibawa pulang ke rumah. Lihat saja dia menggayakan aksi tiap kali melihatnya potongan filem itu. Tetapi minatnya itu amat tidak disenangi ibunya. Pada masa ini kita lihat pada zaman hiburan -penontonan wayang hitam putih diperkenalkan dan penduduk amat taksub dengan filem sehinggakan mereka akan merusuh jika filem tidak ditayang. Penduduk di situ digambarkan hanya wayang gambar saja hiburan yang mereka ada. Pawagam adalah satu tempat untuk berkumpul, bersuka-ria dan bersosial. Sesuatu yang lucu apabila penonton bertepuk tangan apabila melihat adegan-adegan yang mereka suka di panggung dan terlalu emosi sehingga berkongsi sapu tangan apabila menangis. Cuba korang buat macam tu kat pawagam GSC ke, MBO ke... tak menjeling orang sebelah? Tetapi keadaan masih jumud di mana adegan bercium dilarang oleh pihak agama di situ apabila 'pihak penapis' iaitu paderi di situ akan membunyikan loceng. Suatu yang jarang dilihat. PF amat terpesona dengan muzik latar yang seakan mendamaikan ketika Toto leka dialamnya.

Toto yang menyibuk di bilik projektor mula menyintai filem sejak kecil
Tercengang menonton adegan cium
Toto mula menggantikan Alfredo sejak Alfredo buta


Terjadi satu kemalangan, di mana Alfredo menjadi buta. Filem 'dilangkau' terus ke zaman Toto remaja dan mula mengenal erti cinta. Seterusnya, mood filem bertukar menjadi filem cinta. Cinta yang tidak kesampaian antara Salvatore dan Elena anak orang kaya, orang tuanya tidak menyukai Salvatore. Tapi masih berlatarbelakangkan pawagam Cinema Paradiso itu sendiri, Salvatore yang masih bekerja di situ. Alfredo banyak mengajarnya bahawa menjadi tukang projektor hanyalah hamba yang dipergunakan. Setelah dipisahkan apabila Salvatore pulang berkhidmat sebagai tentera, Alfredo berkata Out of The fire of love come ashes. Even the greatest love eventually fizzles out. Alfredo terus mendorong Salvatore untuk merantau dan lupakan cinta agung mereka. Sememangnya, Alfredo seorang yang kuat mempengaruhi hidup Salvatore. Dan sehinggakan, dia tidak pulang ke kampungnya selama 30 tahun.



Toto ketika remaja

Lidah rasa kelu bila bersemuka dengan Elena

PF tak menyangka sebenarnya, versi yang ditonton adalah versi Director's cut di mana filem ini makan masa hampir 3 jam sedangkan apabila diperiksa di internet, tayangan adalah 2 jam saja. Tetapi percayalah, anda takkan merasa lama kerana anda dibuai seterusnya dengan nostalgia apabila Salvatore pulang ke tempat kelahirannya kerana kematian Alfredo, lalu menjejaki Elena dan melihatkan Cinema Paradiso tidak lagi beroperasi seperti dahulu apabila kemunculan tv di rumah-rumah semakin meluas. Cinema paradiso lambang hidup zaman kanak-kanak dan remajanya kini tidak sama dengan hidupnya kini sebagai pengarah filem yang berjaya. Dirasakan benar-benar kita terkenang ke zaman lampaunya dulu. Apabila pandang ke arah Cinema Paradiso bagaikan satu kuasa yang kuat bermula segalanya. Paling lucu kawan sekelas Salvatore semasa kecil yang tak dapat menjawab 5 x 5 apabila disoal gurunya, telah mengahwini Elena. Teringat zaman mereka di sekolah :)))) Jika ditanya zaman mana yang menjadi pilihan PF semestinya zaman kanak-kanak Salvatore amat mengujakan.


Cinema Paradiso berwajah baru selepas terbakar

Saat kematian Alfredo melalui depan Cinema Paradiso

Takdir menemukan mereka semula


Cinema Paradiso banyak plot yang ingin diceritakan. Bagaimana seseorang menghargai filem. Dari kecil hinga ke dewasa hidupnya dekat dengan filem. Begitulah apresiasi yang cuba digambarkan. Walaupun bukan dipapar dengan cara Salvatore buat atau menerbit filem tapi cukup bagaimana filem begitu dekat dengannya dan mempengaruhi hidup masyarakat. Pernah orang mengatakan, jika anda peminat filem, tidak sah jika tidak menonton filem ini. Walaupun Cinema Paradiso telah dirobohkan ironinya, pawagam kini kembali mengambil tempatnya semula. 4.5/5 dari PerangFilem, begitulah ajaibnya Cinema Paradiso.