10 Feb 2012

Tribute to Cinema Paradiso


Seperti dalam post yang LEPAS, PF ada menyebut bahawa filem Cinema Paradiso adalah filem yang paling mengesankan. Filem ini menjadi salah satu all time favourite PF. Mana tidaknya, sudah menonton 5-6 kali filem ini tetapi tidak terasa jemu.

Arahan :



Giuseppe Tornatore 


Pelakon :

Phillipe Noiret : Alfredo
Salvatore Cascio : Salvatore Di Vita kanak-kanak @ Toto
Marco Leonardi : Salvatore Di Vita remaja
Jacques Perrin : Salvatore Di Vita dewasa
Antonella Attili : Maria muda (ibu Salvatore)
Pupella Maggio : Maria tua

Filem Itali 1988 ini mengisahkan Salvatore pembikin filem Roman yang mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya semasa di kampung yang mula mencintai filem. Melalui panggung wayang di tempatnya yang dikenali sebagai Cinema Paradiso kemudian menjalinkan persahabatan yang erat dengan projektor wayang bernama Alfredo.


Toto nak semua ni!
Mereka tak ingin mengecewakan penonton

Filem ini terbahagi kepada 3 generasi Salvatore iaitu semasa Salvatore kanak-kanak yang dipanggil Toto.Toto amat nakal tetapi bijak dalam kelas. Mula mempelajari bagaimana mengendalikan projektor wayang daripada Alfredo setelah puas memujuk Alfredo yang mulanya enggan mengajarnya. Keletahnya membuatkan penonton akan sayang kepadanya! Toto yang mula minat terhadap filem dan mengumpul cebisan-cebisan filem yang dipotong (kebanyakannya adegan bercium) oleh Alfredo dan dibawa pulang ke rumah. Lihat saja dia menggayakan aksi tiap kali melihatnya potongan filem itu. Tetapi minatnya itu amat tidak disenangi ibunya. Pada masa ini kita lihat pada zaman hiburan -penontonan wayang hitam putih diperkenalkan dan penduduk amat taksub dengan filem sehinggakan mereka akan merusuh jika filem tidak ditayang. Penduduk di situ digambarkan hanya wayang gambar saja hiburan yang mereka ada. Pawagam adalah satu tempat untuk berkumpul, bersuka-ria dan bersosial. Sesuatu yang lucu apabila penonton bertepuk tangan apabila melihat adegan-adegan yang mereka suka di panggung dan terlalu emosi sehingga berkongsi sapu tangan apabila menangis. Cuba korang buat macam tu kat pawagam GSC ke, MBO ke... tak menjeling orang sebelah? Tetapi keadaan masih jumud di mana adegan bercium dilarang oleh pihak agama di situ apabila 'pihak penapis' iaitu paderi di situ akan membunyikan loceng. Suatu yang jarang dilihat. PF amat terpesona dengan muzik latar yang seakan mendamaikan ketika Toto leka dialamnya.

Toto yang menyibuk di bilik projektor mula menyintai filem sejak kecil
Tercengang menonton adegan cium
Toto mula menggantikan Alfredo sejak Alfredo buta


Terjadi satu kemalangan, di mana Alfredo menjadi buta. Filem 'dilangkau' terus ke zaman Toto remaja dan mula mengenal erti cinta. Seterusnya, mood filem bertukar menjadi filem cinta. Cinta yang tidak kesampaian antara Salvatore dan Elena anak orang kaya, orang tuanya tidak menyukai Salvatore. Tapi masih berlatarbelakangkan pawagam Cinema Paradiso itu sendiri, Salvatore yang masih bekerja di situ. Alfredo banyak mengajarnya bahawa menjadi tukang projektor hanyalah hamba yang dipergunakan. Setelah dipisahkan apabila Salvatore pulang berkhidmat sebagai tentera, Alfredo berkata Out of The fire of love come ashes. Even the greatest love eventually fizzles out. Alfredo terus mendorong Salvatore untuk merantau dan lupakan cinta agung mereka. Sememangnya, Alfredo seorang yang kuat mempengaruhi hidup Salvatore. Dan sehinggakan, dia tidak pulang ke kampungnya selama 30 tahun.



Toto ketika remaja

Lidah rasa kelu bila bersemuka dengan Elena

PF tak menyangka sebenarnya, versi yang ditonton adalah versi Director's cut di mana filem ini makan masa hampir 3 jam sedangkan apabila diperiksa di internet, tayangan adalah 2 jam saja. Tetapi percayalah, anda takkan merasa lama kerana anda dibuai seterusnya dengan nostalgia apabila Salvatore pulang ke tempat kelahirannya kerana kematian Alfredo, lalu menjejaki Elena dan melihatkan Cinema Paradiso tidak lagi beroperasi seperti dahulu apabila kemunculan tv di rumah-rumah semakin meluas. Cinema paradiso lambang hidup zaman kanak-kanak dan remajanya kini tidak sama dengan hidupnya kini sebagai pengarah filem yang berjaya. Dirasakan benar-benar kita terkenang ke zaman lampaunya dulu. Apabila pandang ke arah Cinema Paradiso bagaikan satu kuasa yang kuat bermula segalanya. Paling lucu kawan sekelas Salvatore semasa kecil yang tak dapat menjawab 5 x 5 apabila disoal gurunya, telah mengahwini Elena. Teringat zaman mereka di sekolah :)))) Jika ditanya zaman mana yang menjadi pilihan PF semestinya zaman kanak-kanak Salvatore amat mengujakan.


Cinema Paradiso berwajah baru selepas terbakar

Saat kematian Alfredo melalui depan Cinema Paradiso

Takdir menemukan mereka semula


Cinema Paradiso banyak plot yang ingin diceritakan. Bagaimana seseorang menghargai filem. Dari kecil hinga ke dewasa hidupnya dekat dengan filem. Begitulah apresiasi yang cuba digambarkan. Walaupun bukan dipapar dengan cara Salvatore buat atau menerbit filem tapi cukup bagaimana filem begitu dekat dengannya dan mempengaruhi hidup masyarakat. Pernah orang mengatakan, jika anda peminat filem, tidak sah jika tidak menonton filem ini. Walaupun Cinema Paradiso telah dirobohkan ironinya, pawagam kini kembali mengambil tempatnya semula. 4.5/5 dari PerangFilem, begitulah ajaibnya Cinema Paradiso.



4 comments:

Hans Hanis said...

ada link dkt youtube x?

PerangFilem said...

rasanya takde.. kena d'load atau dvd di merata tempat :)

Azlin1977 said...

Saya ada filem ini versi DIRECTORS CUT juga...namun versi ini dikatakan merosakkan filem ini..lebih feeling jika menonton Cinema's Cut...ulasan2 di Youtube kebanyakan lebih menyukai Cinema's CUT

PerangFilem said...

TQ for info. PF rasa cinema cut mesti takde adegan ehem dalam gereja tu.