6 Jun 2012

The Raid : Redemption - 95% Ganas


Genre : Aksi (1) (Indonesia)
Arahan : Gareth Evans
Kos : Tidak DiKetahui
Pelakon : Iko Uwais, Ray Sehatapy, Yayan Ruhian, Joe Taslim, Doni Alamsyah, Pierre Gruno
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Filem aksi tembak-tembak dan lawan-lawan
Rating : 4/5


Akhirnya PF dapat menonton filem sebutan ramai hingga menjadi bualan di alam maya dan alam nyata di US sana.

Anugerah yang dimenangi dan pencalonan :

3 Anugerah Perdana di Armsterdam Fantastic Film Festival 2012 ( Silver Scream Award, Best Director ; Gareth Evans),
Dublin International Film Festival 2012 (Best Audience Awards, Dublin Film Critic ) ,
Toronto International Film Festival 2012 ( People's Choice Awards - Midnight Madness) dan
Tercalon Deauville Asian Film Festival 2012 bagi kategori Action Asia Award.

Jadi, setelah menonton sendiri The Raid : Redemption ini, adakah ianya setimpal dengan segala macam publisiti dan pujian menggunung itu? Jawapannya ya. Cuma yang agak kurang adalah plotnya yang ringkas seringkas-ringkasnya dan PF hanya menonton dilayar kaca saja menyebabkan impaknya sedikit kurang. Kalau korang kata nak filem aksi tanpa aksi cintan-cintun, kaji-mengkaji, main bowling dan bertepuk tampar (rujuk SINI), The Raid mungkin menjadi film of the year anda. Pada satu ketika PF merasakan aksinya adalah sama saja dengan aksi Hollywood atau Hong Kongwood yang lain, yang menyebabkan ianya luar biasa adalah aksi-aksi seni pertahankan diri yang pantas bercampur ganas lagi mengerikan dan mendebarkan. Perghh! banyak no elemen-elemen bombastikThe Raid sememangnya menjual aksi, itu pokok utama bukan perkara remeh-temeh.

Bila kita disogokkan dengan aksi semata, pasti sampai satu tahap terasa sedikit kekurangan di sisi lainnya.  Jika tanya part yang paling best semestinya semasa akhir filem di mana 2 lawan 1. Semacam geram pun ada, semacam tipu pun ada sebab Mad Dog tu kebal sangat tak mati-mati di belasah Rama dan sorang lagi tu. Orang kata Iko Uwais adalah bintang yang perlu diberi perhatian pada masa akan datang, tapi harap-harap jangan buat just another movie. Kepada penggemar, rugilah kalau anda skip filem ini.

p/s : Bila kita tengok kehebatan sesebuah filem tak kira dari mana datangnya, mesti akan ditanya, ADAKAH atau BILAKAH Malaysia mampu/akan buat cerita sebegini? 

Penjahat guna parang saja.
Yayan Ruhian (kanan) penjahat yang tak handsome (biasalah) tapi awesome!

***

Kita saksikan The Raid versi Kucing Tanah Liat yang tak kurang hebat!


10 comments:

Night Aves said...

Memang bro, kalau tak tipu, kita tak panggil filem. Betul tak? Haha.. Kadang-kadang tipu tu yag best layan tu.

PERANGFILEM said...

memang la tapi berpada-pada kot. ini mcm over pulak kebalnya. Patut la Sukan Sea kat Jakarta Indonesia sapu banyak pingat emas acara silat kan....

Night Aves said...

Haha.. Sebenarnya mamat tu di luar filem dia bukan orang biasa. Dia memang pakar silat dan menguasai satu teknik mengawal pernafasan yang boleh membuatkan badan menyerap serangan tapi kurang rasa sakit. Kita pun ada teknik tu, saudara boleh rujuk Senaman Tua oleh Guru Azalan Ghanie.

Selain tu, dia juga pengajar teknik close combat kepada Pasukan Pengamanan Presiden Indonesia, macam Secret Service US. Bab kebal, tu, aku pernah tengok juga secara real live yang Iko tendang perut dia dlm 1 demo, dia boleh buat muka selamba. Tapi lepas Gareth suruh tendang bhg celah kaki tu, dia tak kebal.

PERANGFILEM said...

terima kasih infonya. Jadi, setelah saudara cerita ni, tak mustahil babak pergaduhan panjang Yayan Ruhian tu kan.


Kamu tengok real live maksudnya depan mata sendiri? kat mana? atau di youtube saja?

Night Aves said...

Pakai tangkal kebal kot. Sebenarnya di luar filem Yayan ni memang master dalam teknik mengawal pernafasan yang membolehkan kita mengurangkan rasa sakit apabila diserang dan melambatkan keletihan. Oleh kerana aku pernah belajar silat, jadi aku sendiri pernah mengalaminya. Tapi taklah sampai tak rasa langusng, tapi dari 100% sakit tu, kita dapat dalam 60%.

Kita pun ada teknik tu, Senaman Tua dari Azlan Ghanie, pengasas Keris Lok 9.

Night Aves said...

tolong delete coment yag baru ni, terpos dua kali

Night Aves said...

Ada demo di you tube. Dan berdasarkan pengalam sendiri juga. Tak mustahil tapi, jarang-jarang.

PERANGFILEM said...

Oh tak pa... ada point di situ. PF tak delete :)

Anonymous said...

ak nak tgk iko uwais @filem taichi man (2013)

PerangFilem said...

yeah.. Berandal juga.