Genre : Drama (Muzikal)
Arahan : Saw Teong Hin
Kos : Tidak diketahui (Sejak Finas tidak siar kos filem di laman webnya)
Pelakon : Akim AF, Farah Nazira, Kilafairy, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Harun Salim Bachik dll.
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Magika
Rating : 2.5/5
Selepas mengarah filem besar - PGL, pengarah Saw Teong Hin jarang mendapat/mengarah filem serius. PF merasakan 'graf'nya seakan menurun selepas itu. Apa Kata Hati (komedi romantik) dan yang terbaru Horee! Horee! filem muzikal tribute untuk Allahyarhan Sudirman (A.S). Apa yang PF dapati, jalan cerita seorang gadis lepasan SPM yang gempal dan tidak cantik didorong oleh neneknya (bekas Ratu Kebaya) untuk memasuki rancangan realiti Ratu Idola. PF mungkin takde masalah dengan jalan ceritanya. Mungkin jalan cerita remaja ini saja yang sesuai dalam suasana industri filem kita. Janggalnya, sedikit-sebanyak ada lagu-lagu A.S yang tak kena dengan jalan cerita. Naskah ini cuba sedaya upaya memasukkan lagu dengan lirik yang tak sekata. Contohnya semasa ingin menunaikan haji, kan ada lirik lagu Salam Terakhir “….pemergian ku ini tak dirancang” oh yes pergi haji/umrah sudah tentu dirancang dengan menunggu giliran pergi haji etc. Okay benda2 kecil sebegini mungkin orang akan kata “abaikan” demi tujuan filem ini (tribute) tetapi inilah yang perlu difikir semasa hendak membuat filem ini. Lagi satu semasa lagu Milik Siapakah Gadis ini, lagilah. Akim tidak tahu Aiman milik siapa? Walaupun begitu, semasa lagu Milik Siapakah Gadis Ini, ianya dibuat dengan berkesan dengan lakonlayar yang amat baik dan susunan muzik yang sedap telinga mendengar. Malahan, susunan lagu bagi kesemua yang ada dalam filem ini amat segar sentuhan Audi Mok.
Sebenarnya, 2 perkara saja, samada memilih lagu-lagu A.S kemudian tentukan jalan cerita ATAU sebaliknya. Tapi produksi telah memilih ‘sebaliknya’ yang akhirnya muzikal ini agak tak kesampaian dari segi kesinambungan jalan cerita dan lagu (sorry PF tidak menonton filem tribute yang lain dengan melanggar lirik dan jalan cerita, tidak seperti Magika yang menggunakan lagu original). Tema muzikal riang-ria Horee! Horee! juga cuba bergabung dengan elemen agama membuatkan PF fikir tak tahulah adakah cubaan berani atau silap. Walaupun dalam kelam-kabut itu, apa yang pasti PF dapat merasai perasaan bersulam pilu dan gembira bawaan Aiman, nenek dan keluarganya. Mood itu berjaya dibawa oleh pelakon-pelakon senior itu termasuk adik Farah Nazira seorang pelakon baru. Apa-apapun, orang kata pembuatan filem ini adalah “good effort”, yang tak good effort adalah pelakon extra yang menari-nari i.e orang kampung dan di pasar yang dibuat ala kadar, asal ada. Maksudnya pelakon extra itu tidak ramai. PF faham mungkin kekangan bajet atau produksi tak dapat cari ramai pelakon extra yang boleh menari. Oh dan satu lagi, pelakon-pelakonnya sendiri yang melagukan lagu-lagu tersebut harus diberi tepukan.
Genre : Aksi [2]
Arahan : Rupert Sanders
Kos : US?
Pelakon : Kristen Stewart, Chris Hemsworth, Charlize Theron
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Mirror Mirror
Rating : 3.5/5
Semasa masuk ke pawagam menonton filem ini, PF tak ingat langsung pasal filem Mirror Mirror yang ditayang bulan Mac lepas. Mirror Mirror mengandungi unsur-unsur komedi tetapi SW&TH ini lebih dramatik. Secara keseluruhannya PF LEBIH menggemari SW&TH ini. Pertama, lakonan Charlize Theron lebih jahat berbanding Julia Robert (maklumlah pemenang Oscar 2003), kedua, lebih dramatik, ketiga, CGI yang menarik terutama di taman pari-pari itu. Jalan cerita antara kedua-dua filem ini masih sama cuma dipermain-mainkan di sana-sini. Contoh, Mirror Mirror : anak raja dilain kerajaan yang cuba mencari Snow White yang hilang, tetapi SW&TH, seorang pemburu (Chris Hemsworth) yang pergi mencari Snow White di Rimba Gelap. Cuma, watak Snow White di Mirror Mirror lagi sesuai kot berbanding Kristen sebab wajahnya dekat dengan kartun Snow White. Haha. Dan lagi satu, betapa gelojohnya Raja SW&TH yang berkahwin dengan Snow White keesokan harinya tanpa selidik dahulu latarbelakangnya. Gersang betul!
No comments:
Post a Comment