10 Jun 2012

Formula Kejayaan Filem Iran Kata Mansor Puteh

Mansor Puteh
Mansor Puteh telah menulis satu artikel seperti tajuk di atas di dalam ruangan Rencana - Mingguan Malaysia pada Ahad 10 Jun 2012. Malangnya tidak ada dalam versi online di Mingguan Malaysia dan juga di BLOGnya. Mungkin 2-3 hari lagi baru ada kot tapi yang hairan ada artikel dihari yang sama dan dimukasurat yang sama, ada di upload. Tidak pentingkah? Maka PF mengambil inisiatif sendiri untuk menulis semula isi pentingnya.

1. Iran mula menerbitkan filem empat tahun selepas Revolusi Islam tahun 1979 apabila Ayatollah Khomeini membenarkan mereka meneruskan penerbitan filem tetapi dengan membuat filem yang bersih, halal dan islamik.

2. Kemuncak pencapaian mereka adalah filem A Separation menang di Oscar kategori Bahasa Asing. Kemenangan itu tidak berlaku tanpa sokongan kerajaan Iran. 

< PF : Kerajaan Malaysia ada juga suntik modal RM50jutakan? >

3. Mansor Puteh yang menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Fajr di Tehran baru-baru ini mendapati kerajaan Iran menghadiahkan kereta buatan nasional mereka iaitu Saipa kepada semua pemenang dalam pesta itu.

3. Pengkarya baru di Iran mendapat peluang mengarah filem dengan mudah. Manakala yang lama dapat terus mengarah. Berbeza di Malaysia pengarah baru terpaksa meminjam, merayu dan memberontak.

4. Dalam festival Filem Malaysia, pengarah yang menang ternganga tidak dapat peluang arah filem baru. Pengarah terbaik ada yang menganggur, bekerja sebagai pensyarah atau yang tiada kaitan dengan filem.

5. A Separation yang berkos US 500,000 (RM1.5 juta) lebih kurang sama atau jauh lebih rendah dengan bajet filem Malaysia tapi filem Malaysia tak dapat pergi jauh. Ini kerana >> pengarahnya jujur serta berhati dan berwajah Iran. Sedangkan filem Malaysia meniru gaya Barat atau ala Hollywood dan ala Hong Kong dan ala Thailand <<

6. Filem Malaysia hanya sesuai untuk remaja dan tidak untuk orang lebih dewasa dan lebih matang. Sebab itu pesta filem antarabangsa tolak filem Malaysia. 

< PF : yang datang panggung adalah golongan remaja. Golongan intelek, profesional atau akademik tak pergi tengok wayang TETAPI kenapa karyawan Iran MASIH buat filem yang lebih matang tanpa memikirkan keuntungan? >

7. Di Iran ada pihak beria-ia menggalakkan Iran menang anugerah diperingkat antarabangsa sehingga mewujudkan sistem yang boleh membawa pencapaian itu (tidak dinyatakan sistem bagaimana). Itupun terpaksa ambil 3 dekad sebelum Iran menang Oscar.

8. Di Malaysia tiada seorang pun berkata Malaysia mesti menang Oscar sebab pihak berkuasa kita tak ada fokus. Mereka tidak tahu sejauh mana pengarah dan filem tempatan boleh dibawa. Kalau ada pun Malaysia menang Oscar adalah usaha individu yang menaruh harapan terpendam. 

< PF: Contoh PGL yang dihantar pencalonan Oscar dan usaha filem  Mek Ani yang dikhabar untuk dihantar ke Oscar tetapi projek itu dengarnya terkubur begitu saja >

9. Di Iran tumpuan karyawan adalah filem artistik dan falsafah dalam bidang perfileman. 

< PF : Oh! sama sekali tidak boleh dibanding dengan Malaysia. Karyawan sebegini boleh dikira dengan jari. Kalau filem sejarah sekalipun, adegan seks macam wajib ada i.e Embun, Paloh. Stoning of Soraya M. kisah perzinaan pun takde adegan seksual >

10. Di Iran mereka tak tekankan gosip, acara perkahwinan yang luar biasa dan perangai pelik-pelik artis. Mereka hanya berbincang tentang isi filem dan makna sesebuah filem tersebut.  

11. Selagi Malaysia tidak berusaha untuk mencari jalan keluar dari kepompong dan kebenakan ini, selagi itu perusahaan filem kita tidak akan berjaya. 

< PF : setuju! >

12. Sejarah filem Malaysia bermula dengan Laila dan Majnun sebuah kisah dari Farsi (Iran) maka tidak hairan kalau tradisi atau amalan berganding dengan Iran itu dapat dimulakan setelah ia lama tergantung begitu saja. Tentu boleh diambil ikitbar kenapa perusahaan filem Melayu bermula dengan Laila dan Majnun. Soalannya ialah : Adakah Malaysia mahu dan layak menang Oscar.

< PF : tak tahulah. PF pun harap satu hari akan ada filem Malaysia menang Oscar. Setakat tercalon 5 terbaik pun satu kejayaan besar bagi perfileman Malaysia kerana yang hantar pencalonan adalah beribu dari seluruh dunia. Ingat, bukan taksub dengan Oscar tetapi khalayak Oscar lebih ramai seluruh dunia berbanding anugerah filem yang lain di muka bumi ini (ya kot) >

P/S : semua perkataan adalah dicedok bulat-bulat dari artikel tersebut. Cuba kalian senaraikan filem Malaysia yang benar-benar berciri dan berjatikan Malaysia?

8 comments:

Night Aves said...

Filem-filem P. Ramlee la. Kalau yang moden sikit bagi saya, Kaki Bakar, PGL, Bunohan, err.. ada lagi ke?.

PerangFilem said...

banyak. cuma nak hantar ke Oscar tu mungkin penerbit takut kot. Mereka perlu ada keyakinan tertentu yg buat mereka hantar pencalonan. Atau akan disalahertikan dsb.

Anonymous said...

majid majidi punya filem memg byk yg terbaik

Anonymous said...

So much so I agree with the content given by Mansor, he should emphasis on Film Festival like Cannes, Venice (just to name a few) rather than Oscar. Oscar is more on glamorous (yes, publicity is important) but one should note that to get into Oscar, a huge endorsement and lobbying from film making people are the important keys to get into the list. My two cents, Cannes, Venice etc will make more impact to us than Oscar. I will feel more proud if our film make into Cannes (In Competition) if possible.

PerangFilem said...

Tq Mr/Mrs Anon. Better kalau Anon. put their own name here so i can address to respective commentator. Sememangnya Cannes anugerah berprestij. Mungkin ada sebab Mansor pilih Oscar rather than Cannes. To PF, Cannes, Oscar, Venice n Berlin cukup gah. Tapi mcm mana nak melobi ek? Kena ada kabel besarkah selain produk yang bagus? Kalau filem saja yang benar2 bagus, mustahilkah utk pergi jauh tanpa melobi?

Anonymous said...

Ada filem yg nak di buat semata-mata utk Oscar walaupun dalam katagori Best Short Film tapi tak akan di dengar oleh orang ramai sebab mmg kena buat dlm insiatif sendiri mcam filme PUSAKA KANDA JAGUH

PerangFilem said...

Oh ya ke? Tak pernah dgr Pusaka Kanda Jaguh tu.

PerangFilem said...

Oh ya ke? Tak pernah dgr Pusaka Kanda Jaguh tu.