23 Jun 2012

Jalan Kembali : Bohsia 2 Boleh Laa.




Genre : Aksi (1) 
Arahan : Syamsul Yusof
Kos : Tidak Diketahui
Pelakon : Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sofi Jikan, Salina Saibi, Zizan
Tahun : 2012
Filem Seumpamanya : Filem Mat Rempit Kat Malaysia
Rating : 3/5


Nampak gayanya Syamsul Yusof berjaya menarik PF ke panggung untuk menonton filem rempitnya kerana PF tak suka elemen rempit-rempit ni. Mungin sebab kecewa dengan filem eksperimen Osman Ali - Jiwa Taiko yang tak habis-habis menjual adegan ranjangnya tu dari satu filem ke filemnya. Kemon lah, apa jua alasannya, wajibkah semua filem seseorang pengarah itu ada adegan ranjang? Sex sell katanya.

Tanpa menonton filem Bohsia 1, PF merasakan Jalan Kembali memberi sedikit kepuasan yang sederhana. Agak berbaloi jugalah berbanding Jiwa Taiko, bagi filem-filem anak-anak muda liar di Kuala Lumpur.

Walaupun jalan cerita yang tak memberi kejutan aka klise tapi cara persembahan boleh membuat penonton terpaku ke layar, sebab pacenya yang laju. Cuma, adegan-adegan badut tok Bomoh (Harun Salim Bachik), Abu (Kaza), dan Zizan hanya untuk penonton ketawa. Tak salah pun. Ia umpama ‘sengaja memberi rezeki’ kepada mereka terutama watak bomoh dan Abu tu. Zizan pula cuma mengulang apa yang ada dalam KL Gangster. Walaupun begitu aksinya memang melucukan. Kadang-kadang penat tengok dia berlakon sebab cakap sambil tinggi suara sampai naik urat lehernya setiap masa. Bukan Zizan saja. Boleh kata semua pelakon meninggi suara termasuk Kak Rock.

Bagi PF yang tak bergelumang dengan dunia rempit ni (hanya pernah menunggang skooter), agak kurang pasti dengan cara rempit-rempit atau bohsia-bohsia ni bercakap. Kadang-kadang, Tasya (Nabila Huda) agak keterlaluan kadang-kadang agak cemerlang. Watak Sofi Jikan pula mungkin memang dicipta sebegitu rupa bak kata produser Datuk Yusof Haslam

“Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, adegan watak Keting yang merupakan seorang mat rempit itu langsung tidak mengina Islam ataupun memaparkan adegan yang keterlaluan, sebaliknya ia bertujuan memberi keinsafan kepada para penonton filem ini.

“Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam adegan filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu” (Sumber)

Bagi PF, Keting cuba lari dari KL Gangster atau watak-watak Sofi Jikan dalam filem-filemnya, walaupun memang over dan menjengkelkan. PF memang suka lakonan Salina Saibi. Cuma jarang melihat lakonannya dalam filem. Maklumlah dia kroni Syamsul Yusof yang PF tak banyak tonton kecuali Khurafat. Kredit bagi aksi-aksi pertelingkahan dalam filem ini boleh diberi thumbs up. Antaranya, Amy (Salina) yang dipukul oleh orang-orang Keting tu. Pendek kata, say goodbye to Jiwa Taiko.


Trend erk motor kecik ni?
"Ada lagi ke bas malam-malam ni?"
Satu persoalan dari segi timeframing, ketika Musibat (Syamsul) dan Keting berlumba, biasanya mestilah lewat malam kan? Sehingga Keting kalah dan berhenti didepan masjid lalu azan Subuh berkumandang (takkan azan Isyak pulakkan?). Persoalannya, si Tasya (pakai baju yang sama ketika Mus dan Keting race) pergi ke rumah Mus, dan Mus tanya kepada Tasya “apahal kau datang rumah aku malam-malam buta ni?” Jadi, bukan ke dah lepas subuh masa tu? Lagi satu yang PF perhatikan, si Tasya ni naik apa pergi ke sana sini? Tiba-tiba aje dah sampai ke destinasi. Bagi la dia sekurang-kurangnya kancil buruk ke, motor kapcai ke, takpun ada orang hantar ke. Takkan jalan kaki kot. Maklumlah bohsia takde pendapatan tetap. Wakaka. Walaupun benda ni kecik, tapi bila wujud adegan sedemikian tak dapat elak mesti tertanya-tanya juga kat kepala.

PF cukup bagi 3 bintang. Jika jalan cerita lain sikit dan dikurangkan watak badut, akan bagi 3.5. Jika dikurangkan volume suara pelakon-pelakon dan ayat-ayat skema pun 3.5. Dapat 4 jika papar lebih lagi aksi dan perilaku masalah sosial mungkin. Mungkin dah judulnya Jalan Kembali, elemen keislaman mengambil tempat. Tapi okaylah tu, semoga ada yang mengambil iktibar tak kira mat rempit, bohsia atau cikgu sekalipun termasuk diri sendiri huhu. Sehingga ulasan ni ditulis, Jalan Kembali sudah mengutip RM4juta lebih walaupun takde sangat adegan atas katil yang melampau. Tahniah la dari PerangFilem. *Putar lagu Forgive Me - Maher Zain.

No comments: