Rasanya mungkin sudah terlambat untuk buat quick review filem terbaik aku tahun 2010. Tapi takpe, seperti yang dinyatakan dalam entry Festival PerangFilem 2010 (tapi tak ikut susunan), mari kita tengok 10 filem terbaik aku thn lepas daripada 90+ filem yg aku tonton. Sebenarnya susah jugak org mcm aku ni yg takde ilmu filem tapi ini adalah base on my interest. Jom! Jeng..jeng..jeng....
10. TOY STORY 3 - Kisah anak patung dan permainan ini memang tak pernah mengecewakan sejak sirinya yang pertama. Plus, kisah kasih sayang antara pemilik dan anak patung2 disulam dgn rasa sedih, gembira diadun dgn cantik.
9. LOVELY BONES - mengisahkan kehilangan seorang remaja perempuan yang diculik dengan cara mesra dan dibunuh (?) oleh jirannya sendiri. Lakonlayar filem ini amat menarik dan mencemaskan.
8. CASE 39 - Satu-satunya filem seram yg berjaya menarik perhatian aku. Twist pada hujung cerita mmg menawan. Bukan mudah filem seram untuk dapat perhatian sedangkan lambakan filem seram hanyalah kebosanan. Lakonan cemerlang Renee dan pelakon perempuan cilik itu buat korang terpukau.
7. LASKAR PELANGI - Keletah kanak-kanak yang mempersonakan. Tentang pendidikan dan persahabatan yg terjalin antara mereka dalam mengejar cita-cita. Babak mereka menyanyi lagu Seroja amat comel dan ketika itu aku keliru asal manakah lagu itu?
6. EYES WIDE OPEN - Kisah bergenre LGBT dimana dilema seorang bapa beranak 4 yang penuh gelora dan terpendam dgn nafsu. Sila baca ulasan filem ini di entry lepas.
5. AFTERSHOCK - Babak gempa bumi dilihat amat realistik sekali, selain cerita keluarga yang terpisah sekian lama mengundang derita watak2nya sehinggakan berjaya diketemukan semula.
4. THE KIDS ARE ALLRIGHT - satu lagi kisah LGBT dalam senarai top 10. Pergolakan dalam keluarga lesbian memang penuh konflik apabila bapa penderma sperma datang untuk cuba memasuki keluarga lesbian itu. Babak berbincang tentang seks antara pasangan lesbian dan anak remaja lelaki buat aku terkesima setelah si anak mendapat tahu ibu-ibu mereka menonton porn gay!
3. LE GRAND VOYAGE - satu perjalanan yang panjang dari Perancis ke kota Mekah menggunakan kereta untuk menunaikan haji. Permintaan ayah supaya anaknya menghantar ke Mekah bukan calang2 permintaan. Banyak dugaan yg ditempuhi selain merapatkan hubungan antara ayah dan anak. Pengorbanan yg tak ternilai itu 'dibalas' dengan kedukaan.
2. A LOVE TO HIDE - Kisah LGBT yang terbaik antara 3 di top 10 ini, boleh dikatakan menyayat hati. Di mana si adik sanggup mengkhianati abangnya untuk mendapatkan gadis pujaannya. Sedangkan gadis itu suka kepada abgnya yang gay. Tetapi abangnya sudah mempunyai teman lelaki. Akhirnya, si abang menderita.
1. THE FOURTH KIND - kisah misteri di satu kawasan terpencil di Nome, Alaska. Diilhamkan dari kisah benar di mana kejadian kehilangan ramai orang di katakan adalah perbuatan makhluk asing. Dr. Abigail Tyler telah merawat beberapa pesakit yang mengalami kejadian aneh. Tetapi yang peliknya setelah sesi kaunseling/ rawatan dibuat sesuatu yang terjadi kepada pesakit2 berkenaan. Anda akan terpaku dengan adegan2 yang menarik sehingga buat anda melekat khusyuk hingga ke akhir.
Didapati, tema yang berbeza di dalam senarai top 10. Bagaimana agaknya corak untuk 2011 nanti?

No comments:
Post a Comment