26 May 2011

Nur Kasih : Sekadar OK




Kategori : Drama

Nur Kasih The Movie adalah kesinambungan daripada drama bersiri Nur Kasih. Sebab itulah kita tau betapa pentingnya THE MOVIE di situ. Di mana perbezaan ketara bila medium penceritaannya berbeza. Jika gambar yg bergerak dan berbahasa itu terpancar di layar perak makan impak dan kesannya (mungkin) lebih besar dari medium kaca televisyen. 

Sedihnya apabila ada nama filem kita sesenang je letak THE MOVIE padahal kita tak tahu asal usul filem tu? Tak faham! (Merujuk filem gadis2 cantik masuk hutan)

Aku memang tak follow drama bersirinya. Memang la gempak drama ni kan, katanya 19 juta org yg menonton drama ni tapi taktau kenapa aku tak terikut dgn gelombang yg tercipta menerusi drama ini seperti mana aku turut lemas dlm gelombang TsuMawi dulu. Jadi, aku mengulaslah dari perspektif org yg tak tau apa2 pasal filem ni (hanya tau drama sikit2 saja dari penceritaan kwn2). Tapi bila aku tonton filem ini jgn khuatir kerana korang boleh paham walaupun tak tgk dramanya.

Ulasan aku yg tanpa sinopsis ini, apa yg aku dapat simpulkan adalah Nur Kasih ini adalah kisah melodrama, perlahan , biasa dan air mata dari kacamata aku. Hampir2 mencapai tahap bosan la jugak di sesetengah adegan. Kisah2 sedih dan malang yang menimpa pasangan suami isteri Aidil (Remy Ishak) dan Nur Aminah (Tiz Zaqyah) yg tunduk dgn takdir tuhan, tidak sedikit pun menggoyahkan hubungan mereka. Aku tak rasa pula penggambaran di Jordan tu penting kalau ya pun nak menurut jalan cerita. Boleh saja nak mengubat hati lara Nur Aminah setelah keguguran kandungannya dgn melawat dalam Malaysia je. Mungkin sebab dramanya ada shooting kat negara2 Arab (kan?) so tak sah la filemnya tak buat benda yg sama yg membuatkan filem ini ‘bermaruah’ seperti dramanya. Tapi bagus gak tu kan filem Malaysia jarang shooting oversea gitu… tak la Nampak KLCC jer. Aku dapati juga mereka berada di dalam dunia mereka sendiri, di mana mereka ‘tak bercampur’ dgn penduduk kampung, walaupun kampung mereka di gambarkan dgn indah. Mungkin sbb penulis skrip mahu penonton menumpukan pada kisah mereka saja.

Satu scene saja yg aku suka di mana saat lagu tema Yasin (Bukan Tiz Zaqyah) tu kedengaran tatkala Adam menghulur/menyarung cincin ke jari Nur di dalam rumah gua tu. Sedikit saja lagi ‘rasa’ tu nak sampai. Memang ada scene2 yg meruntun antara Adam dan Nur tapi tak sampai ke ‘hati’ aku… mungkin sikit lagi...ceh hehe. Mcm mana dgn sinematografi filem ni yg diheboh2kan cantik tu? Bagi aku yg jahil ilmu filem ni, aku rasa biasa je kot. Kdg2 ada Nampak kartunnya semasa di padang pasir tu. Adegan keretapi meletup jgn ceritalah… kartun sgt. Mungkin scene tembak menembak di pasar dan cermin keretapi pecah tu boleh dipuji yg dilakukan dgn teknik slow motion.

Entah mcm mana aku rasakan filem ini Nampak mudah berbanding drama (yg aku sedarlah..). Lagi satu aku nak komplen pasal filem melayu ni, takde org lain ke selain Dato’ Rahim Razali? Kalau pelakon veteren je Dato' Rahim. Nasib baik Dato' Jalaluddin Hassan hanya 'gambar' saja. Bosan aiih.. Soundtrack2 filem ni pun aku rasa biasa je kecuali aku memang suka lagu tema versi Yasin seorang.

Dan yang nyata sekali pengakhiran filem ni sangat “The Notebook” di mana sang isteri yang telah meningkat umur (Nur – Afida Es) seakan hilang ingatan (mungkin kerana terlalu taksub kasih sayang suami lantas tak boleh menerima kehilangan Adam) hingga tidak kenal orang sekeliling lalu ada seseorang yg menceritakan kisah2 lampau dan cuba mengembalikan ingatannya semula. Aku taknak bandingkan filem ni dgn filem ‘Islamik’ lain kerana filem ini walaupun mengangkat nilai2 murni dalam Islam tetapi ianya sangat mudah dan tidak berat utk penonton menikmatinya. Sebenarnya filem ni bukan Islamik sangat pun tapi lebih kepada cinta. 

3/5

p/s : Nur semasa tuanya dah takde tahi lalat di bibir erk? Dan semakin tua semakin nipis bibirnya hehe..

No comments: