Genre : Seram
Jalan ceritanya bermula dengan Rafael (PierreAndre), seorang pelakon yang telah 3 tahun hanya berlakon watak extra kini mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama dlm sebuah filem seram – Jalan Mati. Oleh kerana tak percaya hantu disebabkan tak pernah melihat hantu dia berusaha untuk membuka hijabnya dengan bantuan Mak Itam (Maimon Talib) supaya dapat melihat hantu seterusnya dapat memenuhi kehendak wataknya dalam filem seram itu. Hijab dikatakan ada pada setiap manusia. Jika manusia yg pernah melihat hantu, maka hijabnya dikatakan sudah terbuka. Manakala yang tak pernah melihat hantu pula hijabnya belum terbuka atau amat sukar percaya akan kewujudan hantu.
2 sebab aku nak tonton filem Al Hijab ini kerana karya Pierre selepas Seru dan kedua filem seram selain terbitan Metrowealth. Masa hari raya hari tu ada jugak tengok-tengok filem Santau di TV, yang hanya adalah jeritan-jeritan yang buat aku rimas.
Aku tabik juga kepada produksi ini iaitu Empat Semudra (Plantation) menceburi arena perfileman tapi nak playsafe juga dengan memulakannnya dengan filem hantu sebab genre ini salah satu genre pilihan kaki wayang. Apatah lagi rekod Jangan Pandang Belakang yang berjaya. Pierre menulis cerita Al Hijab ini begitu straight forward. Kalau nak tahu filem AL HIJAB sedikit slow. Aku kira sikit draggy di awalnya. Sehingga 45 minit awal hanyalah berkisar tentang tawaran filem seram yang diterima Rafael, kisah dgn girlfrennya Qiss, serta kisah hijab oleh ibu Qiss. Nak kata pembaharuan dalam filem seram Malaysia tak juga. Ada juga plot2 yang aku jangka dan ulangan dari Jangan Pandang Belakang. Kalau ada hanyalah peningkatan berkenaan kemunculan hantu dan rupa hantu itu sendiri. Solekan hantu pun lebih baik aku rasa.
Pada mulanya bila nak masuk ‘pintu’ keseraman filem ini aku dah naik syok dengan filem ini lebih2-lebih lagi ketika Rafael di bangunan tinggalan berek polis, tapi lama kelamaan rasa tu mendatar lagi sebab banyak dialog dan perlahan. Kemudian rasa takut lagi sebab imej2 muka hantu yang kabur datang silih ganti demi memenuhi tuntutan filem seram. Penonton sebelah aku yang berbisik2 dengan temannya pun dah mengagak bila efek bunyi latar yang menyeramkan HILANG, maka bersedialah di kejutkan dengan hantu. Aku sengeh sendirian dalam gelap.
Aku berpendapat, baik plot Rafael dikembangkan lagi setelah balik dari Rumah Mak Itam. Jadi taklah adegan di dalam rumah Rafael yang dikejut-kejutkan oleh hantu saja. Bosan lah. JPB kan dah buat! Kenapa nak ulang lagi? Nak kata seram mmg la seram, sbb ada unsur2 suspen. Cuba buat, apa terjadi di set penggambaran “Jalan Mati” [macam cerita seram Thai pulakkan (yg ada 4/5 cerita dalam satu filem) tajuk dah lupa - yg diorg shoot kat penggambaran filem – krew yang lucu tu]. Tapi buatlah cerita sendiri, cuma ambil inspirasi dari situ. Paham tak? Argghh lantaklah…. Keseluruhannya filem ini lagi baik dari JPBelakang tapi jauh dari Seru. Di ulang, permulaan masuk ke alam seram dah cantik, tapi seterusnya adalah biasa saja dan habis begitu sahaja tanpa pengakhiran yang muktamad. Jadi jangan yakin meletak tagline Filem Seram Terhebat 2011 tetapi jika masih ingin ditakutkan pergi je lah.
3/5
5 comments:
filem siam/thailand yang ko kata tu tak silap Phobia 2....itu kisah yang sebenarnya lucu dan tak seram tapi jadi seram..hehehe..aku suka
apa2pun aku suka filem Al-Hijab nih. :-)
Oh ya Hans 4bhia 2 kan. best sgt movie tu. Btw, Aku sealiran dgn Fadli Akiti pasal Al Hijab ni. Takpe, citarasa memasing :-)
hahahhaa..yups...citarasa masing2 semua nih..kalau manusia semua sama citarasa tak warna warni la dunia :-)
Malaysia kena contohi thai, buat mcm phobia 1 atau 2, ada banyak citer2 pendek dalam satu movie barula puas hati tgk dan yang paling penting mesti ada lawak. So far thai masih champion di mata mak kerana keserammanyer (xreti spell). Pierre punya citer not bad, but still long way to go sblm dapat compete dgn thai
tak semestinya buat banyak cerita dlm 1 movie menjamin kepuasan. Bagaimana bijak cerita hantu, jika dlm filem hantu itu sendiri hantu x muncul, hanya keseraman menimbul tanda tanya penonton.seperti cerita sixth sense.
Post a Comment