21 Oct 2011

Dalam Mihrab Cinta : Erti Taubat



Genre : Drama (Indonesia)

Klik SINI untuk erti Mihrab Cinta. Terima kasih kepada pemilik blog tersebut.

Sekali lagi PF menyaksikan filem yang ditulis berdasarkan novel Habiburrahman El Shirazy. Bukan peminat beliau sangat tetapi suka lihat filem-filem bertemakan agama kerana di Malaysia kurang filem bertema begini. Secara keseluruhannya filem ini memang tak lari dengan corak persembahan Habiburahman.

Shamsul Hadi dibuang dari pesantren (sekolah pondok) kerana difitnah oleh Borhan atas sebab mencuri. Lantaran itu, dia di buang dari pesantren tetapi kemudian lari dari rumah akibat tertekan. Disebabkan terdesak, dia benar-benar mencuri sehinggalah dipenjarakan. Sehinggalah ditakdirkan bertemu (kemudian dirancang) dengan seorang gadis – Silvi yg mengajar private tuition di sebuah rumah dengan alasan untuk membalas dendam terhadap Borhan. Takdir hidup Samsul Hadi kemudian dipandang tinggi sebagai ustaz. Dia nekad taubat. Keperibadiannya menarik minat orang tua Silvi dan abang Zizi (yang menjatuhkan hukuman mencuri tanpa usul periksa terhadap Samsul Hadi) untuk menjadikan Samsul Hadi sebagai ahli keluarga mereka.

Filem ini bukan filem cinta. Malah tema yang di bawa cukup besar untuk digalas oleh sebuah filem bercorak agama. Filem ini memberi contoh seorang itu bertaubat bukan kerana selepas malapetaka menimpa diri tetapi kerana rasa bersalah dengan umat manusia yang lain. Walau setinggi mana ilmu agama tetapi bila terdesak sanggup melanggari batas. Akibat tak sanggup terus menipu orang lain Samsul Hadi bertaubat dan ingin meneruskan hidup di jalan yang benar.

Bagaimana seorang anak yang telah membikin malu kepada keluarga kini membuatkan keluarga bangga dengan kata-kata nasihat di kaca tv. Di kala ini aku pun turut rasa sebak. Kenapa aku sensitif sejak kebelakangan ini ya? Tatkala ibu Samsul Hadi pergi berjumpa dengan Samsul yang telah lama tak berjumpa tika inilah airmata aku sekali lagi jatuh. Adooi.. aku memang kalah dengan tema ibu/bapa-anak yang meruntun-runtun ni. Sebelum ini Emak Ingin Naik Haji pun sama. Hahaha, ni rahsia kita-kita aje okay… J

Tapi selebihnya kisah lovey-dovey antara Zizi – Samsul Hadi – Silvi seperti tak lari dari Ketika Cinta Bertasbih 2 dulu. Sebenarnya tak ketara sangat kisah cinta dalam filem ini. Watak-watak perempuannya masih terpelihara sebagai muslimah yang malu-malu tentang perasaan cinta. Asmirandah (Silvi) memang comel. Dia juga berlakon dalam Ketika Cinta Bertasbih 2 dulu. Tapi tak lupa adegan  : lamaran – tolak pinangan – alasan – gaduh-gaduh sikit. Habiburahman memang suka benda-benda macam ni kan? Kadang-kadang PF rasa, penulis ini gemar menterjemah his feminine side seolah-olah amat memahami kaum wanita. Bila ada wanita, ada airmata. Airmata yang sarat. Bukan itu, lebih besar lagi, cinta kepada Allah.



3.5/5

No comments: