PF tertarik dengan filem terbaru dari Turki ini. Mungkin tidak adil untuk menyatakan komen hanya berdasarkan trailer. Tetapi nilaikan sendiri dengan melihat tariler di bawah ini (kalau kecik sangat, double klik aje erk).
Berikut adalah petikan dari Akhbar KOSMO tentang filem ini.
ANKARA - Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.
Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.
Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).
Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.
Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.
"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.
Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.
Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.
Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul.
*****
Beberapa hari lepas PF menonton filem HUGO yang memenangi beberapa anugerah di OSCAR 2012. Apabila semak di imdb ianya melibatkan belanja US 170,000,000! Bayangkan berapa filem Malaysia yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu. Dan dengan bajet yang ada untuk kos filem Malaysia, bajet untuk katering saja tak lepas nak buat filem-filem bajet mahal mereka.
Bukan hendak bandingkan antara Fetih 1453 dan HUGO cuma, terbayangkah anda jika Malaysia membuat filem berbajet besar seperti kedua-dua filem ini, apakah genre yang akan atau patut diangkat? Semestinya apabila melibatkan angka yang besar secara tidak langsung filem tersebut salah satunya bertujuan untuk dipasarkan ke luar atau ke festival filem luar dan memperkenalkan lagi budaya atau sejarah di negara kita. Jadi, genre juga memainan peranan dan kajian teliti perlu dibuat untuk mengambil keputusan itu. Seperti HUGO filem yang mahal itu, mengambil jalan cerita mudah saja dan pelakon utamanya pula dua kanak-kanak lelaki dan perempuan (mesti parent budak-budak ni bangga habis). Pastinya diorang dah buat kajian dan R&D segala macam apabila melaburkan wang untuk (boleh dikatakan) filem kanak-kanak tersebut.
Fetih 1453 semacam kita tengok filem Hollywood yang segenre dengannya tetapi berbahasa Turki. Bila kita boleh buat filem sebegitu? Apa kata, produksi yang ligat macam MIG, kumpul bajet filem-filem yang tah apa2 mereka dalam setahun tu gantikan dengan satu filem yang benar-benar akan orang ingati. Tapi pastikan skrip bukan dari 'panel skrip MIG'. Sekadar cadangan bodoh.
Updated 16/4/2012 dari Forum CARI Filem & Wayang di mana salah seorang forumer mengambilnya di SINI. Penulis blog tersebut telah menonton sendiri filem ini di TURKI.
LATAR BELAKANG FILEM
3. TEKNOLOGI KESAN VISUAL KHASI (CGI)
***********
Updated 16/4/2012 dari Forum CARI Filem & Wayang di mana salah seorang forumer mengambilnya di SINI. Penulis blog tersebut telah menonton sendiri filem ini di TURKI.
LATAR BELAKANG FILEM
''Conquest 1453'' describes the conquest of Constantinople (today's Istanbul) by Sultan Mehmed II. It was screened for the first time on Thursday in more than 130 theatres at exactly the same time, starting at 14:53h. The film has already made history because of its budget, 17 million USD, making it the most expensive production ever in Turkey. There are battle scenes with 15,000 extras and special effects in 3D showing the ancient Byzantium, guaranteeing the film's success. The media has given much attention to the production and the playbill with the bearded Mehmed II leaning on his sword, while hordes of Ottoman Turks attack the walls of Constantinople, can be seen everywhere. It is only the second time a film is made about the conquest of Constantinople, after the first one in 1951.
The event used to be marginalised in history, but has gained importance in the eyes of the new Turkey under Erdogan, which has abandoned the focus on the West of the founder of modern Turkey, Kemal Ataturk, and now looks with pride at the glorious past of the empire that covered three continents. The same continents in fact that are on the maps of the so-called ''neo-Ottoman'' diplomacy, a term that Turkey does not appreciate." (Sumber di sini)
"The film opens with words attributed to the prophet Muhammad. "Verily, one day Constantinople will be conquered. What a wonderful commander is he who conquers it, what a wonderful army will his army be!" In production for more than two years, the film is considered a combination of combat action and Ottoman triumphalism. The expectation is that, as a movie prepared in line with Hollywood standards, it will have global impact." (Sumber di sini)
PENDAHULUAN
1. Ulasan ringkas berikut masih BELUM ADIL sepenuhnya kerana filem dipaparkan tanpa subtitle dalam bahasa Inggeris. Faham-fahamlah Turki ni sebuah negara yang semua benda kalau boleh diterjemahkan dalam bahasa Turki, apatah lagi filem keluaran Turki sendiri.
Justeru saya perlu melihat kali kedua. Skrip sesuatu filem khususnya filem epik sejarah - pada pandangan saya - mewakili 40-50 % kualiti filem itu sendiri. Peranannya cukup besar di sebalik aksi yang nampak di hadapan mata kasar. Ini kerana bahasa fakta sejarah telah diolah dalam bahasa skrip filem yang emotif dan menghidupkan karakter watak-watak penting, sesuatu yang tiada dalam teks sejarah 1453 kecuali dalam bentuk novel.
2. Dinasihatkan kepada para penonton untuk membaca dahulu sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih dari sumber-sumber yang 'original' khususnya yang sudah dirumuskan oleh Prof. Maksudoglu dan Prof. Halil Inalchik. Ia penting untuk menjadi lampu suluh bila menonton sesebuah filem 'base on true story' seperti "Fetih 1453" ini (meskipun filem ini sudah dipantau dan dinasihat oleh beberapa profesor sejarah 1453 dari Turki sendiri).
Menonton filem sejarah tanpa pembacaan awal hanya mengundang bahaya penyakit 'berhujah dengan filem' lebih dari fakta dari kitab.
KEKUATAN
1. TOKOK TAMBAH KREATIF
Filem dihasilkan oleh orang Turki sendiri (Faruk Aksoy). Justeru ia wajar dilihat tidak menghadapi masalah dari sudut adegan tokok tambah yang kreatif, dengan tujuan :
- mempersembahkan sejarah dalam bentuk yang benar-benar hidup dan tidak membosankan jutaan manusia yang bukan peminat sejarah.
- ini adalah filem, bukan dokumentari.
Meskipun bertemakan sejarah 1453, seseorang pengarah dan penerbit yang telah melabur jutaan ringgit 'terpaksa' membebaskan dirinya dari keterikatan teks dan meraikan unsur-unsur komersial, 'propaganda' dan bussiness purpose. Adalah satu kesilapan besar bagi golongan Islamik yang menonton filem ini menyangka Faruk Aksoy adalah penerbit dan pengarah filem yang benar-benar 'ikhlas' mahu mengembalikan kesedaran ummah mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih tanpa sebarang 'kepentingan' lain. Lebih malang lagi jika ada yang menyangka dia ahli gerakan Islam (filem dia mesti filem Islamik!!!).
2. SUSUNAN KRONOLOGI
Filem "Fetih 1453" ini meskipun berstatus filem dan bukan dokumentari, namun ia berjaya - pada pengamatan saya - disusun sebaiknya mengikut kronologi 53 hari yang berlaku, kecuali ada dua tiga babak yang mengundang keraguan saya seperti bilakah sebenarnya penemuan kubur Abu Ayyub Al-Ansari, bilakah sebenarnya Knight Justinian tiba di Konstantinopel dan beberapa perdebatan remeh-temeh sejarah yang tidak menarik minat saya untuk debatkan di sini.
Apapun telahan saya, dua profesor sejarah yang menjadi penasihat filem ini memainkan peranan mereka dengan baik (bukan sebaliknya menjadi 'rubber stamp' filem sahaja).
Kronologi asas filem "Fetih 1453" :
- kelahiran dan pendidikan (main pedang dengan Hassan Ulubate) di Edirne
- kewafatan Sultan Murad dan krisis di Karaman percepatkan usaha menuju Konstantinopel
- dari pembinaan Rumeli Hissari dan penciptaan meriam Orban hinggalah kekuatan armada laut dan darat menuju Konstantinopel
- Maharaja Konstantinopel mendapatkan bantuan Pope dan mengumumkan gabungan Orthodoks dan Katholik, ketibaan Justinian dan pasukan komandonya yang diutuskan Pope di Rome untuk membantu Konstantinopel
- serangan bertubi-tubi dari darat menemui kebuntuan hinggalah kemuncaknya tragedi Palta Oglu di laut
- perbezaaan pandangan berterusan antara Candarli Halil Pasya (Perdana Menteri) dan Zugnush Basya (penasihat ketenteraan) Al-Fatih
- kedatangan Syekh Syamsuddin dan peristiwa pemindahan kapal
- pidato bersemangat Maharaja Konstantinopel dan persiapan Byzantine
- serangan hari akhir dan kejayaan Hassan menembusi pertahanan Byzantine
- Al-Fatih menuju Haghia Sophia
3. TEKNOLOGI KESAN VISUAL KHASI (CGI)
Adegan paling PERFECT dalam filem "Fetih 1453" menggunakan teknologi CGI hingga menelan belanja 17 juta Dollar, antaranya :
- peperangan sengit ke arah tembok darat, aksi pertembungan 'satu lawan satu' ala filem "300", tangan putus, panah masuk dada, darah terhambur keluar dan beberapa lagi aksi ala "Behind Enemy Lines" (khususnya 45 minit terakhir filem 2 jam 30 minit ini)
- gambaran kekuatan dahsyat 200,000 tentera darat Al-Fatih dan 400 buah kapal serta tenaga-tenaga komando yang menaik dan menurunkan rantai di Tanduk Emas. Speechless!
- kemuncaknya adalah adegan kesyahidan Hassan Ulubatli dengan 8 anak panah pada badannya selepas pertembungan sengit dengan Justinian (saya kira babak ini tidak akan mampu disaingi oleh sesiapa yang mahu memfilemkan Al-Fatih termasuk 'aku')
4. ADEGAN MEMBAKAR SEMANGAT DAN MENYENTUH PERASAAN
Adegan yang berjaya digambarkan "Fetih 1453" seperti yang digambarkan dalam teks sejarah, antaranya :
- Kesungguhan Sultan Muhammad merencana pelan pembukaan sehingga lantai biliknya ditampal peta besar Konstantinopel, sentiasa menyendiri dari isterinya (Gulbahar - bab pakaian dan "make-up" Gulbahar dalam filem ini, saya tak nak ulas lagi) dan anaknya (Beyazid) semata-mata untuk fokus pada misi, bermain catur untuk belajar mengatur strategi pintar
- Pembinaan Rumeli Hissari dan Sultan Muhammad memberikan semangat dari seorang ke seorang, menyelia sendiri persiapan, serta kesan psikologi kepada Maharaja Konstantinopel. Paling bersemangat bila percubaan menembak menggunakan meriam dari Rumeli kepada sekutu Konstantinopel yang cuba melalui Bhosphorus ketika itu berjaya
- Pembinaan meriam Orban. Babak ini paling PERFECT saya kira. Laungan takbir mengiringi sepanjang proses meleburkan logam-logam panas untuk menghasilkan meriam gergasi Orban.
- Usaha gigih dari darat yang menemui kebuntuan demi kebuntuan ; antaranya Hassan Ulubate memberi pidato semangat kepada tentera-tentera Islam di atas menara pemanjat dinding sehingga beliau sendiri terjatuh dari menara itu apabila ia diserang oleh pasukan Justinian, 4 orang tentera Islam yang ditawan digantung di hadapan tentera Islam dari atas benteng Byzantine, dan paling menyentuh perasaan adalah pengorbanan - memilih nyawa atau melarikan diri - para penggali lubang terowong dari bawah benteng Byzantine di hari serangan akhir ditujukan di pintu Topkapi
- Syekh Aq Syamsuddin akhirnya datang memberikan semangat kepada Al-Fatih yang terlalu sedih dan marah atas kekalahan pasukan laut dan kematian ramai tentera daratnya - meskipun Al-Fatih mengarahkan tentera yang menjaga khemahnya untuk tidak membenarkan sesiapapun masuk - dengan membawanya melihat lokasi kubur Abu Ayyub Al-Ansari hasil firasat spiritualnya
- Pertembungan sengit Hassan dan Justinian (ala Hindustani dan "Smackdown" sikit adegan ni)
- Al-Fatih menyantuni seorang kanak-kanak perempuan dari Kristian Orthodok sebaik sahaja melangkah masuk ke Haghia Sophia
5. PERANAN MUZIK
Muzik epik yang mantap dan mengesankan setaraf muzik tema filem Braveheart dan Gladiator.
Tetapi agak sedikit kecewa kerana :
1) tiada muzik "1453 Fetih" Bestaci Can Atillah sebagaimana diramalkan. Rupanya mereka tiada kaitan antara satu sama lain
2) tiada muzik semangat melatari aksi dahsyat Hassan Ulubatli berdepan dengan anak-anak panah selepas menumpaskan Knight Justinian, muzik bersemangat hanya muncul selepas Ulubatli berjaya menegakkan panji sebelum menghembuskan nafas terakhir
KELEMAHAN
1. HASSAN ULUBATE DAN STATUS KISAH CINTANYA
Tiada fakta yang terperinci mengenai kisah tentera Sipahi (darat) yang syahid memacakkan panji Osmaniah, Hassan Ulubate dalam teks sejarah - pada pengamatan kerdil saya buat masa ini. Saya hanya mampu merujuk kepada kenyataan Prof. Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk (rujukan terbaik saya kira) dalam bukunya "Ottoman History Misperceptions and Truths" :
Ketiadaan english subtitle menyebabkan saya keliru status Hassan dalam filem ini. Saya tidak pasti adakah Faruk Aksoy cuba mengetengahkan watak Hassan Ulubate dalam filem "Fetih 1453" sebagai seorang non-Muslim yang tiada agama namun sungguh setia pada Sultan Muhammad atau seorang Muslim yang terlalu longgar pegangan agama, hingga tumpas hanya kerana kerdipan dan jelingan mata kepada seorang perempuan yang dijadikan anak angkat Orban.
Sekiranya Hassan digambarkan seorang non Muslim, maka itulah 'jalan selamat' bagi Faruk Aksoy dari menerima kritikan hebat dari dalam negara beliau sendiri. Namun, ia sudah cukup menampakkan Faruk Aksoy terbawak-bawak dengan cara Hollywood mempersembahkan 'perempuan' dalam filem-filem epik sejarah mereka. Sama seperti watak perempuan-perempuan yang bermanja-manja di sisi Maharaja Konstantinopel dan menari-nari di istana Byzantine apabila mereka berjaya mengalahkan Palta Oglu.
Seharusnya 'propaganda' Faruk Aksoy bukan sekadar pada kehebatan tentera Turki Osmaniah yang dahsyat persiapan perangnya dan spiritualnya berbanding musuhnya yang hanya mengharapkan kehebatan Knight Justinian dan ketebalan tembok, tetapi juga pada cara mempersembahkan adegan-adegan 'perempuan' dalam filem beliau sendiri.
Sekiranya Hassan digambarkan seorang Muslim yang longgar pegangan agamanya, saya kira Faruk Aksoy sudah keterlaluan kerana ia sudah memalitkan fitnah kepada Hassan Ulubate yang digambarkan beberapa teks sejarah sebagai seorang Muslim yang tinggi semangat jihadnya mengatasi tentera yang lain hingga berani merempuh tentera Byzantine untuk memacakkan panji Islam.
Genre 'cinta' penting untuk menarik perhatian kaki filem cinta menonton filem ini. Namun, adegan-adegan 'karut' dan 'cinta terlampau' membabitkan Hassan Ulubatli dan anak perempuan Orban seharusnya lebih teliti dan cermat. Adakah ini gambaran "sebaik-baik tentera" ? Bukankah "Fetih 1453" memulakan tirai dengan kata-kata Abu Ayyub Al-Ansari mengenai hadis "sebaik-baik tentera" itu ?
2. AKSI PEMINDAHAN KAPAL TERLALU PANTAS
Adegan terlalu sekejap dan tidak menyerlahkan sepenuhnya kehebatan teknologi CGI Faruk Aksoy. Saya kira Faruk Aksoy agak sedikit gagal dalam babak terpenting 1453 ini kerana ia kisah yang 'mutawatir' dan menjadi 'expectation' semua yang mengetahui sejarah 1453.
3. TIADA ADEGAN PERTEMPURAN PALTA OGLU-JUSTINIAN DI LAUT
4. DI MANA AL-FATIH KETIKA SERANGAN AKHIR
Aksi Hassan Ulubate menumpaskan Justinian lebih menonjol hingga menenggelamkan watak Al-Fatih sendiri ketika serangan 29 Mei 1453. Saya lihat tiada aksi serangan akhir Janissaries yang dipimpin sendiri oleh Al-Fatih - sebagaimana disebut secara 'mutawatir' dalam teks sejarah. Mungkin persoalan 'timing' filem sudah agak kritikal pada waktu ini kerana sudah menjangkau 2 jam lebih. Namun tidak dapat dinafikan, saya melihat 'ending' pembukaan Konstantinopel terlalu pantas dan seakan Al-Fatih terlalu 'mudah' memasuki Konstantinopel selepas kesyahidan Hassan.
5. SEMANGAT KEBANGSAAN (TURKI) AGAK KETERLALUAN
Filem adalah propaganda. Itulah yang sedang dilakukan Amerika. Itulah yang sedang dimulakan juga oleh Iran dan Turki. Musuh Turki kita sedia maklum, dalam situasi hari ini. Namun sebaiknya permusuhan secara balas dendam dan 'zero sum game' itu tidaklah dalam bentuk filem pecah panggung antarabangsa seperti ini kerana ini memburukkan lagi keadaan.
Mungkin analisa Todayszaman ini agak wajar diteliti.
"Yes, the CGI is very good, yes, the battle scenes are choreographed properly, yes, the sword fights are convincing, yes, the costumes are designed meticulously, yes yes yes, it’s one hell of a show in which armies of Ottomans display all their might and glory. And just like on that day, “we” conquered İstanbul and still feel proud about it in our collective memories, and we can possibly feel proud of this major Turkish blockbuster, with its high production values, not to mention that it will probably be watched all around the Middle East and the Muslim world. But let’s be honest, just as many were perturbed by the portrayal of the Persians in “300” as barbaric monsters, many will perturbed by the portrayal of the Papacy and the Greek Orthodox peoples of the Byzantine Empire in “The Conquest 1453.” (Baca lanjut di sini)
Perlu gambaran lebih jelas (melalui olahan perkataan dalam skrip atau masa 'shooting' ditambah) untuk menggambarkan kejayaan pimpinan Osmaniah terdahulu menawan hati rakyat Konstantinopel lebih awal sebelum Al-Fatih membuka Konstantinopel. Kenyataan "kami lebih mahukan mereka yang berserban dari mereka yang bertopi Katholik itu" mestilah diangkat setinggi-tingginya supaya filem ini tidak dilihat terlalu provokatif keagamaan dan mampu mendokong harmonisasi Islam-Kristian suatu masa dahulu. 1453 menyaksikan Islam dan Orthodoks pernah bersatu menolak kezaliman dan kerakusan kuasa (Maharaja Konstantinopel Terakhir, Paleologus)
BARULAH BERBALOI untuk tonjolkan kenyataan Muhammad Al-Fatih ketika melangkah masuk ke Haghia Sophia dan tindakannya memanjakan kanak-kanak perempuan Orthodoks di hujung filem itu !
6. DAN BANYAK LAGI ....
Kritikan akan terus menyusul dan banyak lagi. Itu perkara biasa bagi sesebuah filem, apatah lagi "Fetih 1453" ini membabitkan kisah sejarah 'sensitif' membabitkan Islam dan Kristian.
Apapun saya tidak mahu membabitkan diri dalam pertelagahan para pesakit Islamophobia di serata dunia atau mereka yang hanya tahu mengkritik sahaja dan tidak mahu bertindak melakukan sesuatu sebagai alternatif.
Ambil yang keruh, buang yang jernih. Go home and buy books. Filem bukan hujah, kajilah sendiri dengan mujahadah!
Sekian saya melaporkan.
Syaari Ab. Rahman
Taksim Cinema,
Istanbul
16 Februari 2012
17 comments:
aku dah tgok filem Hugo tapi tak buat review lagi..tapi aku suka filem tu sebab jalan cerita dia mungkin mudah tapi aku rasa tak mudah...ada nilai dia yg mahal...
filem Turki nih patut tayang dekat Malaysia bulan february lepas tapi sampai sekarang tak tayang2..aku pun tak faham kenapa...tgok trailer memang menarik..lagipun kisah dia berkenaan sejarah Islam..confirm la semua nak tgok tapi lagi sekali Malaysia bila nak tayang filem nih dekat sini aku pun tak pasti...
ko pernah tengok filem Memento? filem nih aku baru tengok..best..hehehe :-)
HUGO mmg jalan ceritanya mudah tak berbelit-belit tapi nilainya mahal terutama pasal George Melies dan zaman gahnya itu. Memento belum tengok.
yups...esok nak tgok Bunohan plak..hopefully wayang sini tayang...
sila tengok Memento...ko download je dekat Urgrove sebab Memento filem tahun 2000...lepas tgok cuba ko bagi pandangan ko pasal filem tu..aku buat review filem tu...hehehe
Insyaallah.... tq
panggung wayang dkt rumah aku tak tayang Bunohan...gila sadisssssss
Pergilah yang paling dekat yg tayang :)
Fateh ni boleh bandingkan dengan Merong... cubaan Malaysia paling tinggi untuk masa sekarang...
Merong cubaan yang baik Harap boleh dibaiki dgn Vikingdom.
mcm mne nk tgok cter fetih 1453 ni?.. tolong.. please~
Aduh PF pun xtau nak tgk kat mana :(
Sejak filem Fetih nih keluar kat paper awal tahun nih, sampai ke sudah, langsung tak de tayang kat pawagam malaysia..dah cari kat internet pun tak ada jugak..patutnye, filem yang hebat macam nih la wajib tayang kat pawagam..ini tidak, filem sampah jugak yang dapat tayangan sampai sebulan..mengenai filem Hugo, sejujurnya, saya amat terkesan dengan tokoh yang diceritakan di dalam filem itu, George Melies..saya merupakan pelajar perfileman dan saya pernah mengkaji sumbangan beliau terhadap dunia perfileman..setelah menonton filem Hugo, barulah saya lebih faham bagaimana Melies sangat bijak mencipta teknik-teknik baru dalam pembikinan filem..
Mungkin ada pihak yang akan bawa ke sini nnti. The Raid sudah lama tayang di Indonesia pun akan tayang juga akhirnya di Malaysia. PF belum siasat siapa sebenar2nya George Melies dan berpendapat itu adalah kisah sebenar beliau dalam Hugo sbb kisahnya diangkat dalam kos berbajet besar itu
terima kasih cadangan atas itu. pada mulanya PF kurang tangkap sbb x kenal George Melies, dan pasti akan lebih memahami jika kita tau latarblkg beliau...
Sorry Anon, PF terdelete komen kamu. Ingat nak delete komen PF yang ter'double' post di komen sebelumnya :)
haha..tak mengapa..anyway, nice blog PF! saya akan selalu melawat blog PF untuk dijadikan bahan rujukan saya..blog PF sangat bagus! =D
terima kasih.
Post a Comment