10 Nov 2011

Abuya : Apa Yang Kau Merepek Ni Imran?



Genre : Drama

PF amat menyokong filem Malaysia yang bergenre lain dari lain. Tak lah cinta, komedi seram, hantu, gangster, komedi seram dan komedi seram saja. Atas dasar itulah, PF pergi menonton filem Abuya ini yang ditulis dan di arah oleh Imran Hj Ismail (penulis 2 Alam). Tapi malangnya, ajarat sesat melangkaui batas ini hasilnya memang sesat! 

Banyak sangat yang tak jelas dalam filem ini. Apa yang Abuya perjuangkan dalam gerakan bersenjata tu? Siapa yang dia lawan? Elemen-elemen sesat hanyalah sekadar penghias filem. Siapa yang belot Abuya? Kenapa Ali dimarahi dan dipukul oleh Abuya? Siapa Ali kepada Abuya (Ali - juara Pilih Kasih). Kenapa pengikut-pengikut Abuya jadi samseng menganiaya orang kampung? Apa jadi pada hasil siasatan polis terhadap kegiatan songsang Abuya? Kepala otak PF punyalah puas meneka siapalah isteri Abuya yang berasal dari TURKI tu? Kenapa tak tonjolkan sikit bagi pengenalan yang Sonia tu dari Turki? Polis interpol punyalah kurus dan cengkung, dah tu pakai jaket besar biar tak nampak kurus. Lepas tu polis ni pulak kena rejam dengan pengikut2 Abuya. Kenapa pulak???

Apa yang terjadi 2 hari lepas semasa perbualan di meja makan antara Umi dan Sonia tu? Adegan seks semata-mata nak tarik perhatian penonton. Paling berani Jue Aziz beraksi gersang di katil amat ereksi dengan seluar kecil di betis amat seksi! Tabik Jue! Dia laparlah... Abuya kenapa ko tak jamah dia haaaaa?! Yang buat PF lagi pening, saat Abuya mengajar ajarat sesat, isteri pertamanya Umi (pelakon 'pondan' 2 Alam tu) boleh pulak di landasan yang betul mentaati perintah Allah. Peninglah!

Dan 2 perkara paling MAHAL dalam filem ini, (1) adegan kononnya berperang tapi yang berjuang berapa kerat ajelah! Adoi, bajet sangat erk. Sapa yang diorg serang tu? Last2 berposing macam Power Rangers bak kata Orang Perlis Menulis. Hahaha (2) dah tu siap tulis lagi dihujung filem, BERSAMBUNG... aduhai, siapa nak tengok kalau filem mcm ni. taubat aku......

Saudara Imran, cubalah lagi. Tapi PF takkan tonton lagi filem kamu sebagaimana filem P. Razak Mohaideen. Mungkin PF tak bijak untuk menilai filem kamu.... 

1/5

p/s :  kenapalah filem Malaysia macam ni? Nasib baik tak dibawaknya hero mamat kaku dalam 2 Alam tu.


12 comments:

Mamü Vies said...

Tengok trailer dia sepatah haram aku tak paham.

Hans Hanis said...

hahaha
3 orang dah review dan 3 orang juga lah bagi komen lebih kurang sama
abuya abuya
kelauttt

Review Filem Abuya Disini

PerangFilem said...

takpe lebih baik kot dari Zek Lokman.. :-)))

KhairulZamanKhobin said...

worst film of 2011.... paling teruk!

Cikgumanstation (latest): ReviewL Abu Ya II: Kesesatan Melangkaui Batasan

Hans Hanis said...

hahhaa...baik dari Zek Lokman..aku setuju..kalau Zek Lokman masuk ke dalam laut..haha

PerangFilem said...

Abuya takde jalan cerita..... semuanya kabur!

KhairulZamanKhobin said...

ttg next film tu, kita assume la yang mungkin ada perubahan... haha.. just wait n see la next film macamne

Jazli Safwan said...

nasib baik tak jadi tonton..fuhh

PerangFilem said...

sebab apa kabur? sebab tak semena-mena filem ini adalah PART II (lihat di poster filem ini)

Unknown said...

banyak sangat mende nak sumbat tu yg mengarut tu

Unknown said...

satu lagi yg mahal dlm filem ini ialah pelakonnya, faizal hussein dbayar jumlah paling tggi dlm sejarah tawaran brlakonnya. dia sndiri mngakui filem ini lemah dr segi skrip. boleh baca di buku beliau 'limelight'.

PerangFilem said...

Oh ya ke Ai Rish? tak tahu pula bayaran dia dlm filem ni paling mahal yg penah dia dapat.Tq