Genre : Drama
Masa kini - Jack (semasa dewasa - Sean Penn) adalah lelaki pertengahan usia yang bekerja sebagai arkitek mengenang zaman kanak-kanak pada tahun 1950an. Dia hilang jiwanya dalam dunia moden, mengimbau kisah hidup semasa zaman kecilnya.
Flashback : Kisah keluarga Jack adalah intipati filem ini. Jack (semasa kecil - Hunter McCracken) yang tinggal dalam keluarga bahagia pasangan Mr dan Mrs O'Brien (Brad Pitt dan Jessica Chastain). Pasangan O'Brien yg mempunyai 3 anak lelaki. Kesemuanya digambarkan dari mula pasangan ini melahirkan Jack, kemudian melahirkan anak kedua dan ketiga. O'Brien mengajar semua anaknya ciri-ciri maskulinisme. Dalam pertengahan 1960an ibunya mendapat telegram anaknya yg kini berusia 19 tahun telah meninggal dunia. PerangFilam amat keliru di sini, antara 2 adik lelakinya, siapakah yang mati? Mati sebab apa? Di saat ini, keluarga ini dirundung duka terutama ibunya yang berkata dia sanggup mati untuk bersama anaknya yang mati itu.
Filem ini berlapis-lapis sehinggakan tak faham pada mulanya. PF pun terpaksa menonton dua kali filem ini. Namun, filem yang agak berat dan art ini agak sukar difahami. Apatah lagi terlelap juga semasa menontonnya.
Sebelum ibunya mendapat telegram itu (di awal-awal filem), ditunjukkan kisah 3 adik beradik kecil ini mengharungi kehidupan bersama ayahnya (Brad Pitt) yang mempunyai sifat tegas dan kadangkala baran. Ketika O'Brien pergi outstation kerana urusan kerja, anak-anaknya bukan main gembira seakan bebas di rumah. Sehingga Jack berkelakuan nakal dengan melakukan vadalism dan memecah masuk rumah kejiranannya dan mencuri pakaian wanita lalu membuangnya di sungai. Kilang di mana tempat O'Brien bekerja akhirnya ditutup dan dia diminta sama ada ditukarkan ke tempat lain dengan posisi yang tiada orang mahu jawatan itu atau pun lebih teruk lagi berhenti kerja. Sepanjang filem ini, PF tertanya-tanya tentang apa yang berlaku antara Jack dan adik keduanya (adegan di tingkap bilik - Jack kata suruh pukul dengan kayu kalau dia mahu) dan adegan di semak (Jack menangis dengan adik lelakinya yang ketiga) ; sebab apa adegan-adegan ini terjadi? Kita dapat lihat di sini betapa akrabnya hubungan adik-beradik ini.
Shot filem ini banyak lompat-lompat. Pada awalnya, dialog sangat minima dan adakalanya watak itu sendiri yang 'berbisik'. Kerja kameranya ada yang cepat-cepat dan adakala nampak dokumetari. PF paling suka sewaktu Jack berumur dalam lingkungan 1 tahun dan masa itu anak kedua lahir dan Jack seakan cemburu apabila ibunya memberi lebih perhatian kepada baby baru lahir itu. Terkandung dalam filem ini adalah kira-kira 20 minit adegan-adegan alam semulajadi yang ditunjuk dengan sangat jelas seperti menonton melalui mikroskop. Sehingga PF pun keliru apa metaforanya berhubung dengan cerita Tree Of Life ini. Contohnya, langit, galaksi, gunung berapi, larva, molekul/sel-sel, obor-obor, padang pasir, laut, dinasour, hutan dan planet (pada tontonan kali ke dua, PF sanggup guna stopwatch sebab nak tahu selama mana benda-benda ni semua dipaparkan). Memang terasa bosan adegan ini kerana ada yang bergerak amat perlahan. Bukan semua boleh terima filem sebegini.
Tak pernah seingat PF, watak semasa kecil dan watak dewasa 'bertemu' dalam satu frame. Tapi dalam Tree Of Life, kedua-dua watak ini (Hunter McCracken dan Sean Penn) bertemu menunjukkan penyatuan yang sebenarnya satu jasad. Alangkah bertuah jika kita dapat bertemu dengan 'kita' yang dulu di depan mata. Semua watak-watak flashback dan watak semasa bertemu di dalam satu frame menggambarkan kehidupan yang bahagia abadi.
p/s : susah sebenarnya nak 'ulas' pasal filem yg memenangi Palme D'or Cannes 2011 ini.
3/5
No comments:
Post a Comment