Genre : Ganas/Thriller
Amaran : hanya yang kuat semangat yang boleh baca post ini.
PF baru berkesempatan menonton filem ini yang menjadi bualan kenalan-kenalan di Facebook. Filem terbitan 2009 ini mengisahkan bekas doktor bedah (Dr Heiter) yang dahulunya membedah kembar siam, kini telah bersara dan ingin membuat eksperimen fantasi gilanya yang berlawan arus pula iaitu ingin mencantumkan 3 manusia supaya mempunyai 1 sistem alur pembuangan seperti gambar di bawah ini :
Jadi, bagaimana agaknya, bila orang yang di depan tu nak buang air besar? Orang yang ditengah dan akhir, makanannya adalah tahi! (walaupun ini dalam filem saja). Ada boleh fikir sendiri betapa disturbingnya filem ini. Apa yang PF boleh katakan filem ini benar-benar gross, jijik, tak sanggup nak tengok dan jika yang lemah semangat boleh muntah dibuatnya. PF sendiri banyak kali berpaling muka supaya tak tonton adegan yang tak sanggup dilihat. Korang boleh google sendiri image2 still filem ini, PF tak sanggup nak share di sini.
Pelakon paling menyerlah pada pendapat PF adalah pelakon lelaki Jepun yang menjadi 'kepala' centipede itu. Penderitaan, ketakutan dan kesengsaraan dapat dilihat jelas dan amat dirasai sejak dia dikatil hospital itu lagi. Dia meronta-ronta, menjerit dan memekik dalam bahasa Jepun, walaupun tak faham kita dapat merasakannya. Tapi pendapat PF watak utama filem ini seorang doktor yang sangat kurus dan cengkung agak tak berapa sesuai, walaupun lakonan dia wajar diberi kredit. Sebab itu kita akan geram dan marah dengan sikap keji doktor ini. Mungkin ada sebab pihak produksi memilih karakter doktor sebegitu. Bagaimana mereka yang menjadi mangsa boleh terperangkap dengan Dr Heiter? Anda kena tonton sendiri.

Yang menambah keperitan lagi, kesudahannya bukanlah "happily ever after...."
Dalam mencari poster filem ini, PF terlihat sekuel ini iaitu Human Centipede 2 : Full Sequence. Adakah, kita mahu diri kita diseksa pabila menontonya? PF kena fikir 2,3 kali untuk itu. Satu, mereka berkarya atas nama 'seni'.
4.5/5 dalam kategorinya.
4 comments:
bro, boleh email info/contact no korang to ajamihashim@gmail.com nak jemput prev Ombak Rindu tQ:)
alamak... seram.
Aku sampai sekarang tak tengok lagi.memang takkan tengok kot.takleh blah la movie camni.haha
PF terpaksa lah tonton coz produksi dah hantar utk pencalonan kategori Ganas/Thriller hehehe.... mmg x sanggup, lari dari norma manusia normal, jarang bagi rating tggi camni
Post a Comment