Genre : Aksi/Perang [Raw]
Filem mengisahkan adik beradik Ilya (Que Haidar) dan abangnya Indra yang (Hans Isaac) yang kematian ayahnya dalam kemalangan jalanraya (di jalan lama yang sering digunakan oleh ayahnya untuk balik kampung) sehari sebelum hari jadi Ilya yang ke 25. Ayah mereka (Ahmad Tarmimi Sarigar - dah Datu' ke?) meninggalkan wasiat kepada Indra supaya 'memulangkan' semula Ilya kepada yang berkenaan mengikut perjanjian. Perjanjian apa? Kenalah tonton sendiri. Selepas melalui jalan lama, jalan yang sama ayahnya selalu gunakan untuk balik kampung itu (mengikut wasiat tadi), banyak kejadian misteri dan aneh berlaku terhadap kedua-dua adik beradik ini. Walau bagaimanapun, penonton kena bersabar pada part awal filem iaitu di pejabat Ilya dan semasa perjalanan mereka sehingga mereka makan durian yang agak draggy.
Filem bergambar gelap ini tidak menjadi masalah kepada PerangFilem. Mungkin filem bertema fantasi sebegini yang 'dekat' dengan hutan menambah perisanya bukan seperti Magika yang bergambar terang menyala (muzikal katakan.. dan bukan suasana malam yang 'biru' dalam filem-filem Yusoff Haslam). Filem ini tidaklah teruk sangat dan tidaklah mempunyai elemen wow kerana kekangan bajet yang diwar-warkan oleh blogger-blogger dan pembikin itu sendiri (menonton The Making Of....). Tetapi satu hal yang nyata filem terbitan Tayangan Unggul atas ilham Afdlin Shauki ini wajar dipuji kerana jarang ada filem Malaysia bertema sebegini tambah lagi filem fantasi + serius. Bukan itu point yang penting. Kalau lain-dari lain sekalipun tapi hancur macam Abuya Part II taktau lah nak cakap. Misteri Jalan Lama boleh dikatakan separa menjadi tapi boleh dibanggakan pada genrenya pada keseluruhannya yang tidak mengecewakan sangat (PF terlupa filem Fantasia [Aziz M. Osman] kerana tak ingat atau tak tonton langsung).
Menyentuh lakonan Hans Isaac kali ini ternyata merupakan sisi lain Hans Isaac. Sebagai abang Ilya yang suka berjudi, menjual perlumbaan (seorang racer), suka marah dan dominan berbanding Ilya bukan seperti Hans Isaac dalam kebanyakan filemnya dan dia berjaya sbg Indra! Semua itu dilambang dengan jaket hitamnya. Ilya pula dengan kemeja putih hampir di seluruh filem ini yang mewakili sifat lembut dan baik tapi suka bersendirian dan yang penting putih sebagai salah seorang bunian. Ternyata Que dan Hans penggerak kuat filem ini.
Cerita kedua ttg puak Nian dan Ghaul pulak, boleh dikatakan memang misteri ; Indra dan Ilya dah berada lama dalam gelap sepanjang jalan lalu memasuki alam bunian + 'orang kampung' yang memuliakan tetamu dan bersikap pelik terhadap mereka. Mungkin ciri-ciri ini yang digambarkan oleh pengkarya terhadap alam bunian atau alam lain (teringat satu produksi yang katanya nak jumpa Bomoh untuk cuba nak masuk alam Bunian sebab nak keluarkan filem tentang Bunian - sampai sekarang senyap produksi tu. Hint pelakon Nasha Aziz).
Perbalahan antara puak Nian dan Ghaul tak jelas. Puak Ghaul perlukan [spoiler] anak Raja Nian (Ilya) atau rantai yang dipegang oleh Ilya sedari awal ceritera ini untuk menakluki dunia? Antara salah satu sebabnya mungkin kerana ketua Ghaul iaitu Harak yang bersuara GARAU ala-ala MACHO menenggelamkan butir percakapannya. Tak perlu suara jantan sangat pun takpelah. Guna suara Syamsul Yusoff pun ok per...
Ok lah, di sini kononnya sikit kelemahan pada pandangan PF :
> Suara ketua Ghaul tu tak jelas sangat. Kalau ya pun pakai suara 'dalam' atau mesin sediakanlah sarikata.
> Filem Malaysia memang masalah dengan ekspresi wajah-wajah pelakon ekstra. Penduduk-penduduk yang berpakaian putih tu ok lagi cuma pengiring yang lelaki tu muka kena serius sikit nak-nak masa Ilya mengadap Vanidah Imran di singgahsana. Ni muka lemau je hahaha.. Perghh itu pun nak dikomen.
> Penggunaan tali bagi menerbangkan Ilya, ketua Ghaul dan Vanidah Imran (masa jadi ala2 pontianak) nampak tak lancar dan teragak-agak. (Betul kata Dramatic Durian)
> Kostum busana puak Ghaul boleh dipujilah. Gambar yang gelap memang cover kostum puak Nian. Jika waktu siang, part buncit tu jelas nampak, errr.. sayang sudah ada six pax tapi 'buncit'. Kapal layar tu pada PF tidaklah nampak kartun sangat. Sebab itulah ada shot di 'bontot' kapal saja supaya tak nampak janggal. Part dalam istana yang banyak tiang pun nampak OK cuma atasnya pula nampak kartun.
PF yang berbelah-bagi untuk menonton filem ini pada awalnya agak berpuas hati setelah keluar dari panggung. Sekurang-kurangnya kau tak disogok dengan filem mee segera.
3.5/5
p/s : E'aa ada Nasir Bilal Khan...
No comments:
Post a Comment